Post is pinned.
ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
dan Selamat sejahtera kepada semua ahli HMLive di Google+

Berikutan peredaran zaman dan teknologi, kami mohon ahli HMLive dapat berkongsi VIDEO aktiviti anda di tempat anda. Sama ada gotong-royong, kemahiran atau apa saja.

Ini kerana kami hendak mewujudkan laman khas di METROTV untuk anda apabila sejumlah video yang diperlukan mencukupi. Jika ada yang bertanyakan pembayaran, kami juga dalam perancangan mengusahakannya.

Terima kasih semua

Pengarang Digital Harian Metro

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
MUSTAHIL..? Hanya jadi referral JOMRIDES anda boleh dapat RM500 sebulan? Selepas itu tiada apa2 lagi anda perlu lakukan. Hanya perlu tunggu tiap awal bulan hasilnya dalam akaun anda...

Anda pernah naik teksi @ Grab? Rekemenkan JomRides pada kenalan anda dan JomRides akan memberikan 1% setiap kali kenalan anda menggunakan servis JomRides...

Anda kenalkan rakan anda si A utk guna e-hailing JomRides.

Katakan tiap hari A ulang alik kerja guna JomRides dgn tambang RM10 satu perjalanan.

Sehari tambang dibayar pergi balik
= RM20
maka anda mendapat 1%
= RM0.20
Sebulan 26x0.20
=RM5.20
Bagaimana kalau anda jadi referral kepada 100 atau 1000 kenalan dan sedara mara...

Dan income sampingan ini anda akan dapat sepanjang hayat setiap kali kenalan anda menggunakan JomRides.

Berminat? Ikut step ini...

1. Download app JomRides
https://h678z.app.goo.gl/?link=https://jomrides.com/MSM23020711&apn=com.jomrides&ibi=com.jomrides.user&isi=1341572609&ius=Jomrides

2. Isikan maklumat

3. Kemudian dalam apps JomRides, buka tab Referral dan promote code pada kenalan anda..

Post has attachment
PERKUMPULAN “DARAH AYER HITAM” LEBIH 300 AHLI KELUARGA, MUNGKIN ANTARA PERJUMPAAN HARI RAYA TERBESAR DAN UNIK DI RANTAU INI

AYER HITAM, JOHOR: Setiap tahun, Hari Raya adalah antara hari yang paling dinantikan oleh warga berdarah jawa yang lebih dikenali sebagai kumpulan DAH iaitu “Darah Ayer Hitam”, lebih 300 anggota keluarga ini berkumpul untuk saling bertemu dan bermaaf-maafan.

Kesepakatan antara ahli keluarga Hajah Siti Esah Binti Hj Siraj dan Allahyarham Haji Ali Bin Haji Yusof, akhirnya terlaksanalah yang melibatkan 4 generasi daripada 13 buah keluarga. Yang terdiri dari keluarga Allahyarham Mohamudiah, Puan Hajah Siti Rakhinah, Puan Hajah Siti Rosminah, Puan Hajah Kartini, Puan Hajah Miskiah, Puan Siti Kamaliah, Puan Hajah Fauziah, En Akashah, Puan Morny, Encik Ghazali, En Abdul Rahman, Datin Azlin Nor dan Encik Abd Hamid.

En Irka Rekhan mantan pengerusi berkata “Merupakan suatu tradisi yang dimulakan sejak tahun 2008 serta diadakan 2 tahun sekali dan sehingga kini dikekalkan bagi mengumpulkan anggota keluarga dari lingkungan seusia satu bulan hinggalah 94 tahun”.

Lokasi yang menjadi pilihan adalah bertempat di kampung halaman iaitu Parit Haji Siraj, Ayer Hitam, Johor.

BERMULA SEBAGAI PERJUMPAAN AMBIL GAMBAR
Ini merupakan kali ke enam perjumpaan keluarga besar-besaran itu dianjurkan, pada awalnya tradisi itu dimulakan sebagai satu sesi bergambar keluarga. Ia kemudianya menjadi satu pertemuan yang wajib diadakan setiap 2 tahun sekali. Setiap kali perjumpaan diadakan akan membawa kenangan manis dan rasa kemeriahan yang tidak dijangka.

“Semangat gotong royong juga dipupuk bagi menjayakan aktiviti perkumpulan ini dan segala gerak kerja dibuat bersama-sama bagi mempermudahkan perjalanan aktiviti, yang berjalan selama 3 hari 2 malam”, kata Encik Faridz Alwi selaku pengasas DAH.

MARHABAN SECARA BERKUMPULAN
Kemeriahan Hari Raya terus dirasai di Hari Raya Pertama iaitu kami semua dapat berkumpul dan berkunjung ke rumah sanak saudara yang berhampiran di Parit Haji Siraj dengan berjalan kaki bersama-sama serta bermarhaban secara berkumpulan. Selain berjalan kaki utk bermarhaban, kumpulan Darah Ayer Hitam akan mengunjung rumah saudara yang berada di Kluang dan Batu Pahat dengan menaiki Bas Persiaran bagi mempermudah perjalananan trafik di jalan raya.
Kesepakatan antara kami lebih terserlah kerana semua ahli keluarga memakai pakaian tema warna yang sama tanpa mengira batasan umur, perkara sebegitulah yang menyuntik rasa kekeluargaan di antara mereka.

WATIKAH PENGISYTIHARAN PENUBUHAN DARAH AYER HITAM (DAH)
Bagi meraikan Darah Ayer Hitam yang berusia genap 10 tahun serta pertemuan kali ke - 6, sebuah majlis rasmi untuk pengisytiharan telah diadakan dengan menurunkan cop jari pada watikah oleh Hajah Siti Esah Binti Hj Siraj selaku nenda / penaung Darah Ayer Hitam.
Watikah ini adalah tujuan menyampaikan hasrat dan harapan serta merasmikan Perkumpulan Darah Ayer Hitam sebagai perkumpulan yang mengekalkan silaturahim pertalian 13 Darah dari generasi terkini hingga seterusnya.
“Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan bagi warga DAH menjaga keharmonian dan kebahagian perkumpulan ini agar penubuhan ini akan terus berkekalan menjadi satu perkumpulan yang dicontohi akan tradisi serta keunikkannya” kata Encik Faridz Alwi selaku pengasas DAH.

PELBAGAI AKTIVITI DISEDIAKAN
Encik Nairul Akmar selaku pengerusi terkini akur akan cabaran yang dihadapi beliau seperti dana kewangan, masa dan tempat yang selesa untuk mengadakan aktiviti yang sesuai untuk bergambar beramai-ramai kerana itulah tradisi perjumpaan dalam keluarga DAH.
Perjumpaan itu juga diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti solat jemaah, bacaan tahlil, tazkirah, sukaneka, jamuan makan malam, tayangan video di layar besar yang berkaitan aktiviti-aktiviti DAH sepanjang tahun. Tayangan ini bertujuan menunjukan bahawa DAH bukanlah sebuah perkumpulan biasa tetapi penuh dengan aktiviti bersifat persaudaraan untuk menunjukan betapa eratnya ikatan antara ahli keluarga.

Anugerah Pejuang diberikan kepada barisan perlaksana program DAH 2018. Tanpa komitmen yang jitu perkumpulan besar seperti ini sukar untuk di laksanakan. Sikap keihklasan para pejuang ini semestinya layak diberi pengiktirafan agar menjadi contoh kepada perlaksana yang seterusnya.
Selain itu juga Anugerah King & Queen merupakan sebuah anugerah yang ditunggu-tunggu bagi meraikan pemakaian yang cantik mengikut tema warna yang diberikan. Selain itu diadakan juga aktiviti bertukar-tukar hadiah dan bermain bunga api sebagai kemuncak dan penutup tirai.

Walaubagaimana pun secara keseluruhan memerlukan kos untuk dibelanjakan untuk menghidupkan terus tradisi unik ini, tetapi apabila ia berjaya diadakan, perasaan rindu terubat di kalangan kami, wajah sanak saudara pada hari gembira ini, secara tidak langsung wang ringgit itu tiada nilai berbanding pertalian silaturahim yang lebih cukup berharga.

Aktiviti perkumpulan DAH ini akan tamat pada jam 12 tengahmalam dengan bermarhaban beramai-ramai. Pada Hari Raya Ketiga, kebanyakan ahli keluarga mula beredar ke destinasi masing-masing yang sebahagian besarnya tinggal di KL, pantai timur dan utara semenanjung. Tetapi dengan hubungan yang akrab dan sikap kerjasama serta kasih sayang yang kuat, kami dapat berkumpul dan menjayakan aktiviti DAH. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokan malah yang lebih utama dapat merapatkan ukhwah dan sentiasa saling mengenali satu sama lain.
Itulah satu keunikan Perkumpulan Darah Ayer Hitam di Hari Raya ini.

https://www.youtube.com/watch?v=iQH79K_dJac&t=1s

Post has attachment

Post has attachment
Buy Now!
Buy Now!
xox.com.my

Post has attachment

Post has attachment
Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Perak Zon Sarawak - UNIMAS
PhotoPhotoPhoto
5/18/18
3 Photos - View album
Wait while more posts are being loaded