8.6.135.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 135:

Katakanlah kepada orang kufur itu, kalau kamu masih tetap dengan pendirian kamu mengikut cara hidup kamu yang kufur itu, terukanlah ! . Sindiran ini ditujukan kepada kaum yang degil dalam kekufuran yang menganiayai diri mereka sendiri.
Rasul pun akan tetap pula dengan pendiriannya didalam Islam, menigkut petunjuk hidayat Allah yang diberikan Nya kepada Rasul. Dan Rasul tidak sekali-kali akan menyimpang daripadanya. Nanti kaum kufur akan ketahui pendirian siapakah yang benar dan pekerjaan siapakah yang bakal diterima oleh Allah. Akhir kesudahan, siapa pula nanti yang memperoleh syurga, dan sama-samalah diakhirat nanti menunggu.
Orang yang zalim itu ialah penganiaya-penganiaya yang menganiaya diri mereka sendiri kerana mengingkari nikmat Allah dan menyekutukan Nya dengan yang lain. Mereka ini semua diancam oleh Allah, bahawasanya mereka tidak akan senang hdupnya didunia dan akhirat.
.
.
previous, [G+] https://t.co/I35ZduDLTp
via, elken.knajid@gmail.com 

8.6.136.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 136:

Orang musyrik zaman jahiliah telah menetapkan sebahagian hasil tanaman dan ternakan mereka untuk tuhan dan sebahagian pula untuk berhala. Bahagian yang mereka tetapkan untuk tuhan mereka itu digunakan bagi meraikan tetamu dan orang miskin, dan bahagian mereka tetapkan untuk berhala pula dibelanjakan untuk kepentingan berhala dan pemeliharanya.
Pembahagian untuk sekutu mereka, dibelanjakan hanya untuk kepentingan berhala dan keperluan penjaga berhala dan kepada ketua mereka yang menjalankan upacara menyembah berhala. Tidak sedikit pun penbahagian itu digunakan dan dibelanjakan dalam urusan untuk orang-orang miskin, dan mana-mana yang mereka tetapkan untuk tuhan terkadang digunakan dalam urusan yang mereka tetapkan untuk berhala juga.
Maka amatlah buruk apa yang menjadi hukum yang mereka cipta itu, dan mereka membuat peraturan pembahagian yang demikian, kononnya mereka dapat berbakti dan berkorban kepada tuhan dan kepada berhala. Anggapan mereka itu adalah keliru lagi sesat hanya berdasarkan bayangan angan-angan sahaja, kerana sesungguhnya tidak ada keterangan bukti menunjukkan bahawa peraturan yang mereka lakukan seperti itu ditetapkan oleh Allah.
.
.
previous, [G+] https://t.co/8dSnFzzzhm
via, elken.knajid@gmail.com

Wait while more posts are being loaded