Post has attachment

8.6.111.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 111:

Kalau diakdirkan permintaan orang musrikin diperlihatkan oleh Allah, seperti menurunkan melaikat untuk dijadikan saksi bahawa Muhammad s.a.w itu benar-benar Rasul, dan orang mati dapat bercakap dengan mereka untuk membuktikan kenabian Rasul, malah jika dikumpulkan segala sesuatu dihadapan orang munafik untuk tujuan yang sama maka pasti mereka tidak juga mahu beriman.
Oleh itu selagi sifat orang musyrik itu tidak berubah, hanya berpura-pura kononnya mahu beriman, maka selama itu mereka tidak akan ditakdirkan oleh Allah menjadi orang yang benar beriman.
Malah ramai diantara orang mukmin juga tidak tahu akan hakikat orang musyrik tidak mahu beriman walaupun didatangi bukti dan keterangan, kerana mereka yang mukmin itu juga masih jahil lagi tentang sunnatullah yang berlaku atas hamba Nya. Itulah sebabnya terdapat orang mukmin mengharapkan agar permintaan orang musyrik dapat diluluskan Allah dengan harapan mereka akhirnya mahu beriman.
(lihat ayat 256 surah Al-Baqarah).
.
.
Previous, [G+] https://t.co/9h6TcplpOk
via, smartherbsmalays@gmail.com

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded