8.6.144.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 144:

Orang jahiliah dahulu mengatakan, inilah binatang ternak dan sawah ladang sebagai larangan, dan apa yang dikandung dalam perut binatang ternak itu khusus untuk kaum lelaki sahaja dan terlarang bagi isteri mereka. Mereka telah mengharamkan binatang ternak, sebahagian binatang tersebut mereka haramkan dimakan oleh orang lelaki dan orang perempuan, dan setengah pula mengharam kepada orang perempuan sahaja.
Allah menyangkal dakwaan mereka yang salah itu dengan menurunkan ayat ini dan memberitahukan kepada Rasul Nya bahawa apa yang mereka katakan dengan melibatkan pula nama Allah dalam perkara itu, semuanya adalah dusta belaka. Oleh itu Allah menyuruh Rasul berkata kepada musyrik dengan bertanya, adakah kamu hadir menyaksikan apa yang telah ditetapkan Nya tentang pengharaman memakan binatang ternak itu kepada kamu orang musyrik ? dan bagaimanakah kamu dapat menetapkan hukum tersebut walhal yang sebenarnya mereka adalah menjadi pak turut semata-mata hanya meniru perbuatan nenek moyang mereka yang jahil itu.
Tidak ada orang yang lebih aniaya lagi zalim daripada kaum musyrik, kerana kaum musyrik telah berani mengada-adakan dusta terhadap Allah, iaitu apa yang tidak diperintahkan oleh Allah, tetapi musyrik katakan itu perintah Allah. Dengan tujuan hendak meyesatkan orang ramai. Wal hal orang musyrik tiada berilmu yang boleh menyinari kejahilan mereka.
(lihat ayat 28, surah Al-Araf).
.
.
previous, [G+] https://t.co/teHuWRPJR8
via, elken.knajid@yahoo.com
Wait while more posts are being loaded