7.6.104.
Juz:7,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 104:

Bahawa sesungguhnya kamu telah didatangi tanda keterangan bukti Al-Quran yang mengukuhkan iktikad keyakinan terhadap Allah. Manusia berpeluang untuk menjamin kebahagian hidup didunia dan akhirat.
Manusia sesungguhnya telah dituruni al-Quran yang mengandungi keterangan dan bukti sehingga dapat membezakan hidayat dan kesesatan, hak dan batil.
Sesiapa yang mengambil nya sebagai tauladan dan beriman serta mengerjakan kebajikan, itulah tandanya manusia itu telah mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah. Maka diri sendirilah yang mendapat kebaikan dan kebahagian.
Baranag siapa yang tidak mahu menerima sesuatu yang hak lagi benar maka diri sendirilah yang akan menanggung akibatnya yang buruk.
Katakanlah Muhammad kepada orang musyrik, bukanlah aku yang akan mengawasi dan mengira apa yang kamu lakukan kerana aku hanyalah seorang Rasul yang diutus kepada manusia. Pengawal sebenarnya ialah Allah jua, Allah nanti yang akan membalas semua amalan yang kamu kerjakan samada yang kamu kerjakan itu berterang-terangan mahu pun bersembunyi.

Rujuk
[ayat 46 surah Hamim]
[ayat 286 surah al-Baqarah]
[ayat 7 surah al-Isra].
.
Previous, [G+] https://t.co/r1Ku4LrbTP
via, juarasmartherbs@gmail.com


Post has attachment

Post has attachment
Mohd Zaid bin Husain bin Awang bin Alang bin Dualik,  
memerlukan bantuan berikut;
[FB] https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202906109652481
[BS] http://t.co/X4NAIFMo1U
[map] https://goo.gl/maps/xNuSx
1. Kerusi roda
2. Tuala pakai buang
3. Kos perubatan
4. Kos sara hidup

Wait while more posts are being loaded