8.6.115.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 115:

Sudahlah sempurna Al-Quran yang merupakan perkataan Allah , kerana Al-Quran itu mengandungi kisah dan hukum. Semua kisah mengenai umat yant terdahulu diceritakan Nya dengan benar, bagitu pula peristiwa yang akan datang menjelang ketibaan kiamat adalah benar, seterusnya janji tentang adanya balasan akhirat adalah benar. Dan Allah itu adalah adil dalam memerintah, menegah, menghalal, mengharam dan adil dalam seluruh hukum Nya.
Perkataan Allah yang merupakan Al-Quran itu adalah terpelihara daripada diubah, diganti, dipinda atau dirosakkan, bahkan akan kekal selamanya sampai hari kiamat. Begitulah ketetapan Allah tidak akan berubah.
Sesiapa yang kesudahannya menjadi bahagia bererti ia telah ditulis didalam azali sebagai orang yang bahagia, dan siapa yang kesudahannya menjadi celaka bererti ia telah ditulis didalam azali sebagai orang yang celaka. Seseorang yang celaka disebabkan kekufuran mereka tetapi kemudian insaf dan masuk Islam, maka berubahlah ia menjadi bahagia tersebab keislaman nya.
Allah maha mendengar akan kata yang mengandungi tipu daya lagi
mengetahui akan sebarang niat cita-cita jahat yang dirancangkan oleh manusia.
.
.
Previous, [G+] https://t.co/LRw4lKxMHE
via, najid.ahsa@gmx.com


8.6.116.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 116:

Allah turunkan ayat ini yang bertujuan memperingatkan kepada Rasul Nya supaya berhati-hati jangan sampai terpedaya dan terpengaruh dengan ucapan kaum musyrikin yang akan menyesatkan manusia.
Tidak lain yang mereka ikut hanyalah persangka semata-mata, kerana mereka sebenarnya kurang jelas untuk memahami hakikat dan kebenaran agama mereka itu sendiri hanya menganut secara jahil sahaja. Dan tidak lain mereka hanyalah mengada-adakan dusta, kerana tidak dapat membuktikan kebenaran agama yang mereka anuti dengan yakin dan berdasarkan ilmu pengetahuan maka yang dapat mereka kemukakan hanyalah mengada-adakan dusta nastapa.
.
.
Previous, [G+] https://t.co/Ha4F0ZX61p
via, najid.ahsa@gmx.com


Experimental translation study of research trial,

Ulasan Surah;
1. Al-Fatihah, [gs] https://sites.google.com/site/f15s58/4  

. 

Apakah polisi kerajaan pusat tentang perumahan rakyat ..
"RUMAH SIAP DULU, BARU JUAL" ?
[Tw2] https://twitter.com/junknajid2/status/609265817776095232

 

Post has attachment

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded