Post is pinned.Post has attachment

Post has shared content

Post has attachment
#sehati_sejiwa  , itulah tema hari kebangsaan pada tahun 2015 dan kita sebagai rakyat malaysia perlulah bersatu padu tanpa mengira bangsa , umur mahupun darjat . Jika rakyat malaysia mampu bersatu padu , sudah pasti negara Malaysia akan setanding dengan negara-negara di luar sana . Selain itu , negara Malaysia akan berada dalam keadaan makmur dan sentosa jika rakyat dapat bersatu padu dan sehati sejiwa untuk membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini . Kesimpulannya , kita perlulah berganding bahu dalam membenteras anasir-anasir luar dan juga membangunkan negara Malaysia supaya Malaysia gah di persada dunia.
Photo

Post has attachment
Bertemakan #sehatisejiwa  .Itulah kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.Pada pendapat saya,sehati sejiwa membawa erti kebahagian dan keharmonian kepelbagaian kaum hidup bersama di bumi Malaysia ini.Ia juga mencerminkan kesepaduan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah banyak menempuh pelbagai onak dan duri sambil berganding bahu.Dasawarsa ini juga kita dapat melihat Malaysia diberi dugaan oleh Allah dalam pelbagai aspek.Akhir kata,rakyat Malaysia haruslah mengaplikasikan apakah erti sebenar kemekaan sambil bertemakan #sehatisejiwa   dalam kehidupan seharian kita.Sekian. 
Photo

Post has attachment
Pada pendapat saya,tema kemerdekaan pada tahun ini, #sehatisejiwa seperti yang semua orang tahu membawa maksud rakyat Malaysia bersatu padu dan hidup bersama secara aman dan tidak bermusuhan antara kaum yang berbeza
Photo

Post has attachment
Pada pendapat saya,tema #sehatisejiwa  digunakan kerana Malaysia terdapat pelbagai kaum tetapi boleh hidup aman dan bekerjasama.
Photo

Post has attachment
#sehatisejiwa  Itulah tema pada tahun ini yang menunjukkan bahawa seluruh rakyat Malaysia harus bersatu-padu tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.Sama ada warna kulit kita gelap atau cerah, berbadan besar atau kurus, tiada sempadan yang boleh membezakan rakyat Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangkit dengan anasir-anasir yang bertujuan untuk memecah-belahkan Malaysia sambil membina sebuah Malaysia yang lebih kukuh, baik dari segi ekonomi mahupun sosial .Sudah tiba masanya kita bangkit dan melindungi kepelbagaian budaya kita yang merupakan khazanah dalam usaha kita menjadi sebuah masyarakat yang maju dan matang.
Photo

Post has attachment
Pada pendapat saya tema sehati sejiwa amat bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan .Ini kerana terdapat banyak golongan kaum yang menduduki negara ini dan tema ini akan dapat memupuk semangat bersatu padu antara satu sama lain dan perkara ini dapat mengelakkan pergaduhan antara satu kaum dan kaum yang lain.
Photo

Post has attachment
Pada pendapat saya,tema #sehatisejiwa  ini dapat meningkatkan semangat rakyat Malaysia terhadap tanah air.Hal ini membolehkan kaum lain yang berada di Malaysia bersatu padu antara satu sama lain.  
Photo

Post has attachment
Pada pendapat saya,tema #sehatisejiwa  yang digunakan Hari Kebangsaan pada tahun 2015 ini sangat sesuai bagi melambang Malaysia yang semakin maju.Hal ini menunjukkan rakyat Malaysia bersatu padu dan hati bagi mengejar wawasan 2020 tidak kira kaum mahupun bangsa.Selain itu,Malaysia dapat menaikkan ekonomi negara yang semakin merudum.
Wait while more posts are being loaded