9.7.203. {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 203:

Allah memberitahu kepada Nabi s.a.w, bahawa apabila orang musyrik tidak dibawa keterangan segera kerana terlambat membawa mukjizat quran kepada mereka, maka mererka berkata; mengapakah engkau sendiri tidak dapat mengadakan keterangan sendiri ? .
Maka Allah menyuruh katakan kepada mereka; Saya hanya ditugaskan mengikut Quran yang diturunkan kepada saya, dan tidak sekali-kali boleh mengadakan rekaan keterangan mukjizat. Saya hanya menunggu wahyu apa yang diturunkan oleh Allah , dan kalau tidak diturunkan maka akan mendiamkan diri dan tidak akan melaksanakan perkara yang direka-reka sendiri.
Quran merupakan hujjah dapat memberi pemandangan yang nyata kepada manusia yang berakal untuk melihat dengan jelas bukti ke’esaan Allah dan kenabian yang dilakasnakan dan akhirat yang dijanjikan. .

.
previous, [G+] https://t.co/5SS4w5yLjl
via, ekonomi.selangor@gmail.com

Post has attachment

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded