9.7.150. {Tafsir awalan}

Juz:9,Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat150 :

Sepeninggalan Nabi Musa dari kaumnya untuk pergi kegunung Tursina untuk menerima Kitab Taurat, maka kaum bani Israel telah difitnahkan oleh Samari dan telah menyesatkan kaum bani Israel dengan menyembah patung lembu yang dibuat daripada emas.
Apabila Nabi Musa pulang menemui kaumnya, maka beliau terkejut dan amat marah dari perbuatan kaumnya yang menyembah patung anak lembu itu, lalu Nabi Musa berkata, “jahat sungguh perangai kamu sepeningglan ku”. Lalu berkata lagi, Mengapa tidak mahu bersabar terlebih dahulu dan mengapa terburu mendahului janji yang diperintah oleh Allah iaitu memberi Taurat kepada kaum Bani Isreal.
Oleh kerana Nabi Musa teramat marah, lalu meletakkan kepingan batu yang mengandungi Taurat yang sedang dibawahnya.
Nabi Musa meragut rambut dikepala dan janggut didagu Nabi Harun kemudian ditariknya kerana terlampau geram. Maka Nabi Harun minta dikasihani dengan memohon kepadaa Nabi Musa, wahai anak ibuku walhal keduanya adalah saudara seibu sebapa supaya janganlah diperlakukan dengan cara yang begitu kasar yang menyakiti, dan menjelaskan kepada Nabi Musa bahawa kaumnya telah murtad adalah kerana hasutan Samari yang khianat lagi munafik, dan menyatakan lagi dirinya telah pun berusaha untuk menghalang Samari membuat perkara itu tapi mereka mengancam untuk membunuh kami. Oleh itu janganlah aku dipersalahkan seperti itu kelak musuh-musuh tentunya seronok melihat kesusahan dan kemalangan berlaku seperti ini dan janganlah menganggap saya ini kaum yang aniaya.

.
previous, [G+] https://t.co/XPzpS6ycQj
via, wasiyyahshoppe@yahoo.com.my

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

HARAP MAAF DIATAS SEBARANG KESULITAN.
MOHON RIBUAN AMPUN dan MINTA MAAF,
Wait while more posts are being loaded