Post is pinned.
BACA INI DAHULU SEBELUM MELAKUKAN KIRIMAN

Komuniti ini adalah komuniti rasmi untuk pasukan Travelholic.my.

Selama anda di dalam komuniti ini hendaklah menghormati sesama ahli dan melakukan kiriman (posting) yang bermanfaat atau bertanya topik yang relevan dengan percutian. Setiap kiriman hendaklah mengikut topik yang bersesuaian iaitu terdapat 12 klasifikasi topik - Berita, Budaya, Inspirasi, Kesedaran, Makanan, Membeli-belah, Panduan, Pengetahuan, Penginapan, Percutian, Restoran dan juga Tip. Jika tiada berkaitan dengan topik-topik yang telah dinyatakan boleh pilih topik Umum.

Post has attachment
Malaysia Airports mengetatkan kawalan keselamatan dengan menetapkan peraturan hanya dokumen pengenalan diri yang asli diterima ketika pemeriksaan di pintu masuk sebelum menaiki pesawat.

Post has attachment
Panduan ringkas tentang pengangkutan awam yang terdapat di Bangkok, khas untuk pengembara yang baru pertama kali jejakkan kaki di kota ini.

Post has attachment
Catatan perjalanan akhir tahun di Kunming, Yunnan, China. Apa yang menarik di Kunming? Baca perkongsian ini.

Post has attachment
Kajian laluan perjalanan darat Kuala Lumpur - Beijing sudah disiapkan, terdapat 9 destinasi utama iaitu Padang Besar - Bangkok - Aranyaprathet - Siem Reap - Saigon - Hanoi - Sapa - Kunming - Beijing. Maklumat lengkap berkaitan tempat-tempat menarik di setiap laluan akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga trip ini dilaksanakan bermula 1 Okt hingga 14 Okt 2018.

Post has attachment
Caj Perkhidmatan Penumpang (Airport Tax) akan diselaraskan bermula 2018 untuk KLIA2 bagi penerbangan luar Asean sahaja supaya ia sama-rata seperti caj di KLIA dan lapangan terbang lain dalam negara.

Post has attachment
Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan larangan terhadap jemaah haji atau umrah daripada bergambar di dalam Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi.

Post has attachment
Bumi Balkan meninggalkan pelbagai warisan sejarah dan keindahan alamnya amat menarik untuk dilawati. Bolehlah berkunjung ke Balkan sebagai destinasi percutian anda akan datang.

Post has attachment
Kisah pertama yang kami mahu siarkan di ruangan topik Inspirasi iaitu pengalaman kembara Tuan Zainuddin Omar sejak 1976 ketika mula-mula beliau tiba di kota London dan terus mengembara sehinggalah sekarang.

Akhir kata daripada beliau supaya perkongsian kisah pengembaraan ini dapat menjadi inspirasi dan contoh kepada pembaca semua.

Post has attachment
Machu Picchu adalah bukti peninggalan Tamadun Inca di Peru, kesenian memahat batu dan ukiran menjadi kebanggaan tamadun ini. Ikuti panduan melancong di Machu Picchu dalam artikel berikut.
Wait while more posts are being loaded