8.6.142.
Juz:8,Surah:6.
Surah Al-An’am, Ayat 142:

Binatang ternak ada bermacam-macam, dan yang besar boleh ditungggang, sebagai pengangkut, penarik bajak disawah, penarik kereta dalam perjalanan seperti unta, kuda, baghal, keldai, kerbau, lembu dan seumpamanya. Ada yang kecil yang tidak boleh diguna sebagai pengangkutan, hanya untuk disembelih sahaja, seperti kambing biri-biri dan seumpamanya.
Allah menyuruh memakan binatang ternak dan tumbhan yang telah dihalalkan kepada manusia, dan Allah memperingatkan pula kepada manusia agar janganlah mengikut jejak langkah syaitan pada mengharamkan memakan hasil tanaman dan binatang yang dilakukan oleh jahiliah dahulu, kerana syaitan itu adalah terang dan nyata musuh bagi manusia.
.
.
previous, [G+] https://t.co/R0aPbl4BCF
via, elkenknajid@yahoo.com
Shared publiclyView activity