Profile cover photo
Profile photo
Norazlinda Amin
103 followers
103 followers
About
Norazlinda's posts

Post has attachment

Post has attachment

dulu, "calon suami awk org jemaah ke bukan?"

Kini, "calon suami awk org GHB ke PAS?"

Woha!



Seorang sahabat bertanya, antara PAS dan Gerakan Harapan Baru, anda pilih yang mana?

Ibarat disuruh memilih antara calon suami berkerjaya atau suami beriman.

Ibarat disuruh memilih spageti carbonara atau bolognaise.

Susah. Akhirnya pilih untuk hidup membujang. Dan makan makaroni.

Dunia semakin pelik. Mengapa Islam itu hanya dilihat sebagai dalil. Mengapa Islam tidak ditafsirkan dengan akhlak, gerak kerja, cara berfikir, cara muamalah, dan sebagainya.

Innalillah. Lebih baik keluar daripada pilihan. Dan fokus kepada tarbiyah apa yang berada dekat dengan diri. 

Salah satu erti kegagalan bagi saya ialah apabila dalam otak dah set nak belikan baju raya untuk mak je. Tapi akhirnya terbeli sehelai untuk diri sendiri juga.

Ya. Gagal. Gagal mendidik hawa nafsu shopping.
😂

Punyalah eksaited nak bayar zakat sendiri dan mak tahun ni. Tetiba mak call, bagitahu abang aku dah bayarkan.

"Dah kenapa abg uda tolong bayarkan? Kite kan dah keje..."

"Takpelah abg uda dah bayarkan. Simpanlah duit tu.."

"Alah. Bukan mahal pun. Rm7 je.."

"Bukan sebab mahal tak mahal. Linda tu perempuan. Selagi tak kawin, wali yang bertanggungjawab utk bayarkan zakat fitrah ni..."

"Hmmm.."



"Alhamdulillah mak. Sekarang kite dah ada itu.. dah ada ini... "

"Suami linda tak de."

Ohoiiiii

Post has attachment

Ketepikan segala teori yang kau belajar daripada john r covey, dale carnegaei dan sebagainya mengenai bagaimana ingin meladeni jiwa manusia berlainan jantina. Teori mereka bukan teori agung. Kerana hakikatnya, apabila datang kepadamu sesuatu keadaan yang membutuhkanmu bertingkah, kamu tidak akan sempat untuk merujuk segala teori itu. Namun, yang ada hanyalah sikap spontanmu.

Dan kerana itu, hanya dengan hati yang tulus ikhlas, jiwa yang suci, cinta yang murni itulah yang mampu melahirkan peri akhlakmu yang terpuji memuliakan. Bukan menghinakan.


Post has attachment
Wait while more posts are being loaded