Profile

Cover photo
Selvarani P. Kovil Pillai
Worked at Universiti Sains Islam Malaysia
Attended Sekolah Raja Chulan
Lives in Malaysia
4,595 views
AboutPostsPhotosVideos

Stream

 
Persekitaran yang tidak bersih.

Kalau pergi mana-mana kat Malaysia, mesti ada keistimewaannya namun yang pedih di mata, adalah sampah yang dibuang merata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sewaktu di sekolah, kita telah diajar untuk menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran namun amalan ini sering dilupakan oleh segelintir masyarakat. Mereka membuang sampah di merata tempat.

Adakalanya, ibu bapa sendiri membuang sampah di hadapan anak-anak mereka. Kata pepatah, "bapa borek, anak rintih" nanti anak-anak itu akan mengikut jejak ibu bapa mereka dan menjadi penyumbang untuk mewujudkan persekitaran yang kotor dan menjijikkan. Malah ada pemandu yang membuang sampah dari kereta. kalau kita memandu di sepanjang jalanraya, pasti akan nampak sampah-sampah seperti bekas minuman dan kotak serta kertas pembalut di sepanjang bahu jalan. Timbul persoalan, kalau rakyat Malaysia pergi ke luar negeri, pandai pula dia menjaga kebersihan tetapi di tempat sendiri, tidak mengerti untuk menjaga kebersihan.

Kalau di Singapura, sesiapa yang membuang sampah akan didenda tapi di Malaysia, tidak perlu takut, buang sahaja di mana-mana pun tidak ada masalah. Kalau pergi ke flat di ibu kota, tempat membuang sampah disediakan, tetapi, penghuni flat meletakkan sampah di luar bekas sampah.
Malah ada yang membuang sampah dari tingkat atas dan sampah tersebut sangkut di bumbung penghuni di bawah. Saya sangat bersimpati dengan kawan-kawan kita dari Bangladesh, Indonesia dan India yang bekerja sebagai "Cleaner" di flat-flat di ibu kota. Setiap pagi mereka membersih flat, sebelum petang dah dikotorkan oleh penghuni flat tersebut.

Masyarakat di negara-negara maju bukan sahaja membuang sampah secara bertanggungjawab namun mereka memastikan sampah yang dibuang itu dapat dikitar semula. Mereka membuang sampah mengikut warna yang terdapat di tong sampah yang disediakan. Kalau sampah dibuang di tong yang salah, pekerja yang datang mengambil sampah akan menegur tuan rumah malah akan disusuli dengan surat peringatan supaya memisahkan sampah-sampah mengikut jenis, contohnya, kertas, botol plastik yang harus diasingkan.

Kemungkinan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga persekitaran adalah kurang. Kalau diperhatikan di luar negeri, kanak-kanak di sekolah begitu aktif menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga alam persekitaran. Guru-guru sekolah pun terlibat secara aktif untuk menanam kesedaran betapa pentingnya kita menjaga alam persekitaran. Tetapi di sini ibu bapa dan anak-anak hanya mengejar jumlah "A" dan aspek-aspek kemanusiaan dan rohaniah seringkali diabaikan.

Kita, rakyat Malaysia sudah lahir dengan amalan gotong royong. Secara gotong royong, kita membersihkan kawasan sekolah, pantai dan perkuburan tetapi selepas projek habis, orang pun mula membuang sampah. Kalau kita ke pantai-pantai di Malaysia, begitu banyak sampah dibuang. Kenapa masyarakat kita tidak peka dengan kebersihan. Kalau mereka pandai menghias rumah dengan cantik dan menjaga kebersihan dalam rumah, kenapa mereka abaikan kebersihan di luar rumah. Pemuda yang membuang puntung rokok, malah ada ibu yang membuang lampin anak mereka di mana sahaja. Tergamak mereka mahu mencemarkan alam persekitaran. Tak sakit ke mata kita semasa melihat sampah sarap di merata tempat. Tambah malu lagi, bila kita membawa teman-teman kita dari luar negeri melawat tempat-tempat di Malaysia. Kadang-kala malu, tetapi apa boleh buat, nampaknya segelintir masyarakat kita ini memang tidak peka mengenai kebersihan alam sekeliling.

Kalau kita lihat ke dalam parit di sekitar taman, rasa macam nak pengsan, semua sampah dibuang ke dalam longkang. Bukan sahaja sakit mata memandang tetapi bau amat menjijikkan. Anak-anak membuang kotak pembalut makanan ke dalam longkang, malah ibu bapa sendiri pun ada yang membuang sampah di situ. Kenapa orang Malaysia suka membuang sampah di mana-mana sahaja dan bukan di tong sampah. Adakalanya, di setengah tempat, tidak disediakan tong sampah. akibatnya kita simpan sampah tersebut dalam beg atau dalam kereta dan membuangnya kemudian ke dalam bakul sampah tetapi kebanyakan orang khususnya di pasar malam suka membuang sahaja di atas tanah kerana mereka tidak mahu memegang sampah seperti bekas minuman di tangan mereka. Ini adalah kerana bakul sampah jarang disediakan di tapak pasar malam.

Kita tidak harus berdiam diri dan menerima hakikat bahawa masyarakat kita memang begitu. Kita di abad milenium, dan kita sebagai rakyat Malaysia sudah seharusnya membuka mata dan mencari penyelesaian untuk mewujudkan persekitaran yang bersih. Sama-samalah kita menegur antara satu sama lain, Kalau kita lihat anak kita atau anak orang lain membuang sampah, kita tegur mereka. Pihak polis yang pergi meronda seharusnya juga memerhatikan perkara ini. Malah mereka harus menegur sikap segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab itu untuk menjaga kebersihan di persekitaran. Kalau kita sendiri melihat sampah di atas tanah, marilah kita mengutip sampah itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Tidak perlu menunggu "Cleaner" untuk kutip sampah itu. Marilah kita menjadi "Dare to be different" untuk mengutip sampah di luar sana agar sedap mata kita memandang alam sekeliling kita. 
 ·  Translate
1
Add a comment...
In her circles
1 person
People
In her circles
1 person
Education
  • Sekolah Raja Chulan
    1983
Basic Information
Gender
Female
Work
Employment
  • Universiti Sains Islam Malaysia
    Lecturer
Places
Map of the places this user has livedMap of the places this user has livedMap of the places this user has lived
Currently
Malaysia