Profile cover photo
Profile photo
Srikandi
564 followers -
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history
Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history

564 followers
About
Posts

Post is pinned.Post has attachment
Public
Guy Fawkes
Pada masa pemerintahan King James I (1567-1625),Sepanyol memiliki pengaruh tertentu ke atas urusan pentadbiran Inggeris.Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati sebilangan rakyat Inggeris.
Pada masa yang sama,sememangnya terdapat pertentangan yang meruncing di antara golongan Katolik dan Protestan di Inggeris.Golongan Katolik inginkan layanan yang lebih baik dari para pemerintah Protestan dan mereka selalu merancang untuk mengugut raja bagi mengikut kehendak mereka.
Dan di sini bermulanya salah satu rancangan itu,yang digelar 'Gunpowder Plot'.
Terdapat 13 perancang dalam insiden itu,namun yang paling terkenal ialah seorang yang bernama Guy Fawkes.
Rancangannya ialah meletupkan sebuah bangunan,House of Lords (kini salah satu tapak di dalam Istana Westminster) bagi percubaan membunuh raja dan para bangsawan.
Rancangan ini terbongkar apabila William Parker,salah seorang bangsawan Inggeris telah menerima sepucuk surat tidak bernama,memberitahu terdapat plot untuk meletupkan Parlimen.
Kerajaan mengarahkan pemeriksaan dan menggeledah sekitar Parlimen.Dalam satu operasi,mereka terserempak dengan Guy Fawkes yang dikatakan sedang menjaga sejumlah besar kayu api.Fawkes mengatakan bahawa kayu api itu kepunyaan tuannya yang bernama Thomas Percy.Kumpulan penggeledah kembali melaporkan kepada raja manakala Guy Fawkes meninggalkan tempat itu.Raja mengarahkan kembali menggeledah kawasan tersebut.Malam itu mereka kembali menggeledah di tempat yang sama,hanya menemui kembali Guy Fawkes-kini memakai jubah dan bertopi serta sepasang but.Lelaki itu mendakwa namanya John Johnson.Pasukan penggeledah mencurigai Guy Fawkes lantas mereka memeriksa tubuhnya.Di sana mereka menemui jam poket dan fius peledak.Kawasan itu digeledah dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui 36 tong berisi bahan peledak dibawah arang batu dan kayu-kayan,cukup untuk membinasakan House of Lords.Dia segera ditahan dan dibawa kepada raja.
Guy Fawkes disoal siasat namun dia enggan mendedahkan apa-apa atau nama-nama yang terlibat dalam rancangan itu.Akhirnya dia dibawa ke Tower of London dan dikatakan didera dengan menggunakan The Rack.Guy Fawkes akhirnya mengaku namun masih banyak berdiam diri bila diajukan tentang yang lain.
Para perancang yang lain,apabila mendengar berita penangkapan Fawkes segera berundur dan merancang satu rancangan lain.Mereka telah menjarah Istana Warwick untuk mendapatkan bekalan senjata.Kemudian mereka berlindung di Holbeche House,sebuah rumah agam di utara Kinswinsford.Malangnya,mereka dikepung oleh Richard Walsh seorang sheriff di Worcestershire,yang mencari dalang menyerang Istana Warwick tempohari.Pertempuran pun tercetus dan yang masih hidup berjaya ditahan.
Guy Fawkes dan para perancang lain dijatuhkan hukuman berkelas tinggi-khas untuk para pengkhianat dan penjenayah berat iaitu terkenal sebagai 'hanged, drawn and quartered'.Guy Fawkes dikatakan berjaya memperdayakan algojo dan terjun untuk membunuh diri,sekurang-kurang berjaya menghindarkan kematian yang pedih hasil penderitaan digantung,dilemaskan kemudian dikeluarkan organ tubuh hidup-hidup.
Menariknya,lelaki bernama Guy Fawkes ini dijadikan ikon revolusi,namun unik dengan penampilannya yang tersendiri.Di sana terdapat topeng Guy Fawkes,yang terkenal dalam filem V for Vendetta dan digunakan oleh kumpulan penggodam 'Anonymous' serta para pemprotes di seluruh dunia.
Mungkin,tindakan Guy Fawkes berjaya membohongi para penggeledah pada insiden pertama dan percubaan menyamar sebagai 'John Johnson' dengan memakai jubah dan topi pada insiden kedua menjadi inspirasi kepada topeng Guy Fawkes yang terkenal itu,bermula dengan tradisi sub-budaya perayaan Malam Guy Fawkes yang popular dengan pemakaian topeng lelaki bermisai.
~Srikandi
My anonymous isn't a camouflage.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Kajian kes Perang Perak-Siam 1821-1828 ( Rentaka Sekalian Bijasura bab Seven Years' War ) membalas kritikan kosong tanpa fakta.

Sumber-sumber dari Cempakasari Negeri Perak, A History of Perak, sumber arkib dan banyak lagi.

http://halamansrikandi.blogspot.my/2017/06/by-force-not-by-chance-part-ii.html

~SK
By Force Not By Chance Part II
By Force Not By Chance Part II
halamansrikandi.blogspot.my
Add a comment...

Salam,

Hadiah Swafoto PBAKL2017 sudah dihantar. Sila semak emel masing2 ya!
Add a comment...

Post has attachment

Post has attachment
Perang Perak-Siam 1825-Jun 1826 - Selepas pertempuran di perairan Perak pada tahun 1824, Siam semakin berang dan merancang untuk mencuba menyerang Perak sekali lagi. Tidak pernah dalam sejarah kewujudan negeri Siam dari Sukhotai sehingga ke Chakri, terdapat negeri Melayu yang berkali-kali diserang namun tetap gagal [ ]
Perang Perak-Siam 1825-Jun 1826 | TheHistorianLodge
Perang Perak-Siam 1825-Jun 1826 | TheHistorianLodge
historianlodge.historiansecret.com
Add a comment...

Post has attachment

Post has attachment
Perang Perak-Siam 1824 - Selepas kekalahan Siam dan Ligor menawan Perak pada kempen perluasan kuasa bermula 1821 yang melibatkan Kedah dan Perak, Siam membuat perancangan untuk menyerang Perak semula. Peranan Selangor dalam membantu Perak menewaskan askar-askarnya dari tahun 1821 hingga kemenangan Perak setahun selepasnya [ ]
Perang Perak-Siam 1824 | TheHistorianLodge
Perang Perak-Siam 1824 | TheHistorianLodge
historianlodge.historiansecret.com
Add a comment...

Post has attachment
Perang Perak-Ligor & Siam 1821-1822 - Pada tahun 1821, Siam melalui Ligor telah menyerang Kedah dan menduduki Kedah dalam masa beberapa bulan sahaja. Namun sebenarnya pada tahun yang sama, Siam juga mengarahkan Ligor menyerang Perak kerana masih berdendam atas sikap Perak yang kekal berdegil tidak mahu [ ]
Add a comment...

Post has attachment
Jawapan ‘rebel’ Sultan Abdul Malik Mansur (Perak) Kepada Inggeris, Kedah & Siam 1813-1818 - Sultan Abdul Malik Mansur ibni Almarhum Sultan Ahmaddin Shah terkenal sebagai seorang pemerintah yang taktikal secara siasah dan peperangan. Dengan kelicikan diplomasinya, baginda melaga-lagakan Ligor, Siam, Selangor dan Inggeris dalam permainan politik yang kompleks. Keberanian dan ketegasannya menyebabkan Kedah dan [ ]
Add a comment...

Post has attachment
Jawapan ‘rebel’ Sultan Abdul Malik Mansur (Perak) Kepada Kedah & Siam 1813-1818 - Sultan Abdul Malik Mansur ibni Almarhum Sultan Ahmaddin Shah terkenal sebagai seorang pemerintah yang taktikal secara siasah dan peperangan. Dengan kelicikan diplomasinya, baginda melaga-lagakan Ligor, Siam, Selangor dan Inggeris dalam permainan politik yang kompleks. Keberanian dan ketegasannya menyebabkan Kedah dan [ ]
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded