Profile cover photo
Profile photo
Rasa Hub
1 follower
1 follower
About
Posts

Post has attachment
[Illin Cendol House | Sungai Buloh]

Ilin Cendol House terletak di Bandar Baru Sungai Buloh dan berhampiran pasaraya ECONSAVE Sg Buloh.

Kedainya hanya merupakan sebuah kiosk sederhana besar menyajikan pelbagai hidangan cendol. Selain cendol biasa, Ilin Cendol House turut menyajikan cendol pulut, Cendol Keladi, Cendol Jagung, Cendol Kacang, Cendol Campur, Cendol Durian dan Cendol Special.

Harganya memang murah dan sudah pasti anda akan kembali mendapatkan cendol di sini kerana kelazatan cendol yang disediakan serta harga yang sangat berpatutan. Biarpun gerai ini dinamakan Ilin Cendol House, namun ia juga menyajikan ABC untuk para pelanggannya.

Gabungan pelbagai bahan di dalam ABC membuatkan anda tersenyum puas.

Gerai ini juga menghidangkan menu sampingan lain antaranya mee udang, mee kari dan nasi berlaukkan asam pedas.

Pemilik gerai ini sentiasa bercita – cita besar untuk mengembangkan perniagaannya dengan menambah menu baru iaitu Yong Tau Fu kepada para pelanggannya.

Lokasi Ilin Cendol House ini mungkin agak jauh dari ibukota, tapi rasanya tak salah anda singgah di sini untuk mencuba.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Restoran Asam Pedas Selera Melayu Melaka | TSB Sungai Buloh]

Asam pedas sememangnya terkenal di Melaka. Bercuti ke Melaka sememangnya tidak lengkap jika tidak menjadikan hidangan asam pedas sebagai salah satu menu wajib di Melaka.

Namun begitu, tidak semua orang dapat memenuhi keinginan untuk merasai asam pedas Melaka tatkala jarak yang agak jauh membataskan perjalanan ke sana. Jika anda berada di Selangor dan mengidamkan asam pedas Melaka, anda tidak perlu lagi ke negeri itu semata – mata ingin menikmati kelazatan asam pedas Melaka.

Restoran Asam Pedas Selera Melayu Melaka telah pun dibuka di TSB Sungai Buloh beberapa tahun yang lalu. Bagi para peminat asam pedas Melaka, anda boleh datang ke restoran ini dan mencuba sendiri keenakkan asam pedas yang disediakan di sini. Restoran ini menyediakan pelbagai menu asam pedas untuk para pelanggannya.

Antaranya adalah asam pedas ikan pari, asam pedas patin, asam pedas ikan parang dan sayur asin, asam pedas asam, asam pedas siakap dan sayur asin serta asam pedas ayam. Selain asam pedas, terdapat juga lauk pauk lain disediakan di sini.

Asam pedas yang disediakan sangat sedap dengan kuahnya yang pekat dan terasa masamnya. Sambal belacan bersama ulam-ulaman turut disajikan bagi membangkitkan selera para pelanggan dan anda mungkin terpaksa menambah nasi putih jika menikmati hidangan asam pedas di sini.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Harganya juga berpatutan.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Sate Sri Subang | Sungai Buloh, Selangor]

Jika anda berada di Kajang, sate Kajang sangat sinonim di bandar tersebut. Sebut sahaja sate Kajang, sudah pasti ramai yang mengetahui kewujudannya.

Sehinggakan ada yang datang dari jauh semata – mata ingin menikmati sate Kajang ini. Namun begitu, di Sungai Buloh juga terdapat sate yang sangat popular di kalangan masyarakat di sana.

Anda sebut sahaja di mana gerai Sate Sri Subang, pasti ramai yang tahu. Keenakan sate di Sungai Buloh juga tiada tandingannya. Sate Sri Subang menjanjikan kepuasan bagi para pelanggan yang menikmati hidangan satenya.

Sate ayam dan daging yang dijual dibakar sempurna dengan rempah ratusnya yang tersendiri membuatkan anda tidak kecewa untuk menikmatinya. Ketulan dagingnya pula tidak terdapat banyak lemak yang memualkan.

Saiz satenya juga agak besar dan sesuai dengan harga yang dikenakan. Walaupun satenya agak besar, namun anda tidak perlu risau kerana dagin satenya lembut dan tidak liat.

Sate yang dibakar juga tidak terlalu kering dan terasa sangat juicy membuatkan anda ingin terus menikmatinya tanpa henti. Kuah kacang untuk dimakan bersama sate pula sangat sedap dengan kekacang yang masih terasa dan boleh dikunyah lembut. Selain sate, Mee Bandung juga merupakan menu istimewa di sini.

Jika anda ingin mendapatkan sate Sri Subang ini, adalah dinasihatkan agar tidak datang semasa waktu puncak jika tidak sanggup menunggu lama. Ia terletak di Jalan Kuang, Kampung Cempedak Sungai Buloh dan dibuka dari jam 5.30 petang hingga jam 11.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Kedai Makan Nasi Kuning Khoumok | Kelantan]

Pernah menjadi pilihan dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan, mungkin anda terfikir apakah keistimewaan restoran ini sehingga masuk TV.

Ini kerana menunya yang rata-rata sedap untuk dicuba dan keunikan masakan Kelantan dan Thai yang menyelerakan.

Santapan yang menjadi trademark di sini semestinya Nasi Kuning Khoumok. Nasinya rasa lemak-lemak digandingkan dengan isi ayam yang besar dan sambal yang yummy. Berikut adalah menu pilihan penulis anda singgah ke kedai makan ini:

Pulut Ayam
Sup Perut Air Asam
Colek Pokwa – buah yang dimakan bersama sos (orang Kelate panggil colek) yang cukup pekat dan menyelerakan
Lokcin E one dengan kuah secukup rasa
Nasi kuning khoumok

Maklumat Restoran

Lokasi kedai makan nasi kuning di Lot2577 Jalan Lebuh Raya, Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang
Anda boleh hubungi mereka di talian ini 014-5003339
Beroperasi dari pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Restoran Man Asam Pedas | Melaka]

Asam pedas boleh dikatakan makanan rasmi negeri Melaka. Jika anda teringin nak rasa yang ori segeralah ke Restoran Man Asam Pedas.

Dihidangkan di dalam mangkuk claypot, rasanya memang syok sampaikan anda mungkin akan hirup kuahnya sampai licin.

Anda boleh memilih jenis ikan yang diingini samada ikan pari, parang, kembong, tenggiri atau telur ikan.

Selain itu ada menu masakan panas seperti nasi pattaya dan nasi kampung. Roti canai pun ada, makan dengan kuah asam pedas terangkat memang syok gila bhai.

Harga yang dikenakan adalah berpatutan jadi jika datang Melaka jangan lupa menjamu selera di sini.

Lokasi: Seksyen 3 Kota Laksamana

Lihat lagi di: www.rasahub.com
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Le Que | Melaka]

Di sini anda boleh memilih antara menu Timur atau Barat dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Kami cadangkan anda ke sini sendiri untuk mencuba pelbagai jenis asam pedas, nasi lemak ayam bakar, teriyaki, sup cendawan dan lamb chop.

Pencuci mulut yang anda wajib pesan antaranya creme brule, pisang bakar dan kek keju oreo.

Suasana restoran yang menarik, menu yang sedap-sedap pada harga yang berbaloi serta staf yang mesra pelanggan melayakkan Le Que berada di tangga pertama lokasi tempat makan terbaik di Melaka.

Lokasi: Taman Lagenda 1 berdekatan Jonker Street

Lihat lagi di: www.rasahub.com
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Coffee Affair]

Kafe kopi ini terletak di Lebuh Bishop menawarkan pelbagai menu kopi dan makanan barat.

Jika anda penggemar kopi, kafe ini wajib anda kunjungi. Anda pasti teruja mengambil selfie di sini kerana suasana restoran yang menarik dengan dekorasi yang comel.

Antara lokasi makan yang santai untuk anda, kawan-kawan dan hali keluarga berkumpul. Antara menu di sini yang patut anda cuba adalah Mocha dan Kopi Madu Liar.

Kami jamin sememangnya berbaloi dengan setiap sen yang anda bayar.

Selain kopi yang yummy menu lain seperti pasta, risoto dan pelbagai masakan laut tidak kurang hebatnya,

Yang paling penting, portion banyak beb!

Mungkin anda perlu berkongsi dengan rakan untuk menghabiskan pasta yang anda pesan.

Lihat lagi di: www.rasahub.com
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Restoran Hameediyah]

Sebuah lagi restoran yang menawarkan menu masakan India yang lazat.

Murtabak, Ayam Tandoori, Roti Naan Bawang Putih, Kari yang maveles, Nasi Kandar dan Briyani Kambing antara tarikan utama di restoran ini. Percaya atau tidak, kualiti masakan di Hameediyah masih sama setiap kali anda berkunjung dan restoran ini terkenal di kalangan penduduk tempatan.

Kami cadangkan anda datang awal untuk makan tengah hari, atau mungkin perlu menunggu lama. Harga yang ditawarkan berpatutan dan restoran ini berhawa dingin sepenuhnya.

Pekerja di sini juga ramah belaka, membuatkan anda rasa ingin datang lagi. Jika anda datang melancong ke Pulau Mutiara, singgahlah ke sini.

Kami beri jaminan anda tidak akan menyesal.

Ayam Tandoori dan tikka sangat sedap dan dagingnya empuk, cukup berperisa.

Cubalah juga menu lain seperti rendang daging yang dan murtabak. Rata-rata menunya semua sedap belaka.

Baca lagi di: www.rasahub.com
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Roti Canai Transfer Road - Penang]

Rasa lapar selepas bangun pagi?

Sebelum anda memulakan aktiviti jalan-jalan di Penang, kami cadangkan anda ke port tempat makan sarapan pagi terbaik di Pulau Pinang untuk caj “bateri” anda.

Bermula dari 8 pagi, pelanggan sudah mula membanjiri kedai makan ini, terutamanya pada pagi Sabtu dan Ahad.

Sebab itulah kami sarankan anda datang awal atau mungkin anda tidak dapat tempat duduk.

Ok, jika tidak dapat tempat duduk, tapaw pun masih berbaloi. Jika anda datang ke sini, terus duduk dan pesan makanan jika tidak anda mungkin menunggu sedikit lama untuk menerima pesanan.

Menu terbaik adalah Roti Bakar Telur Goyang (RM4) dan Roti Canai Kuah Kari Ayam atau Daging (RM8) ditemani teh tarik superb.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
[Melting Pot Cafe - Hotel Concorde Shah Alam]

Lokasi kulinari ini menawarkan buffet meliputi pelbagai menu Timur dan Barat.

Kesemuanya dijamin sedap, samada untuk seisi sarapan pagi atau makan malam.

Roti canai yang tersedia di sini pun sedap rasanya apatah lagi menu sarapan yang lain.

Buffet untuk makan malam juga tidak kurang lazatnya.

Ikan, udang, tiram dan makanan laut lain didatangkan segar.

Bagi kami RM80 satu kepala adalah berbaloi dengan kualiti masakan dan servis dari staf yang mesra orang ramai.

Untungnya warga emas mendapat diskaun 30%.

Jika anda datang waktu hujung minggu ada badut yang akan menghiburkan kanak-kanak dan persembahan muzik secara live.

Baca lagi di: http://buff.ly/2rM0Lma
Photo
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded