Profile cover photo
Profile photo
Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK)
30 followers
30 followers
About
Posts

Post has attachment
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Selamat Kembali ke Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang ditawarkan oleh KPAKK adalah  untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.

Muat Turun Borang Pendaftaran Pelajar Sekarang
http://www.kpakk.edu.my/admission/

#kpakk   #diplomapendidikankanakkanak   #earlychildhoodeducation  
Add a comment...

Post has attachment
Welcome everyone to KPAKK's Youtube channel. 

Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK) offers Diploma and Degree in Early Childhood Education. 

Click here to watch our videos. 
https://www.youtube.com/user/meetkpakk/about 
Add a comment...

Post has attachment
Sistem Mentoran dan Amalan Guru Dalam Meningkatkan Literasi Awal Kanak-Kanak

Kualiti kakitangan yang bekerja dalam program yang melibatkan kanak-kanak prasekolah memberikan impak yang besar dalam sesebuah kualiti pendidikan, penjagaan dan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak (Barnett, 2003). Dalam konteks ini, kakitangan yang dimaksudkan adalah guru-guru manakala kualiti guru pula merujuk kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru (Seng, 2005). Kurangnya persediaan, pengetahuan dan kelayakan bagi guru dalam bidang pendidikan prasekolah membataskan keberkesanan program prasekolah itu sendiri (Barnett, 2003; Morrison et al. 2005). Kajian menunjukkan bahawa guru yang berkualiti memberikan perbezaan yang ketara di dalam kejayaan yang dicapai oleh pelajar (Darling-Hammond & Youngs, 2002).

Klick sini untuk maklumat selanjutnya
http://www.kpakk.edu.my/artikel/sistem-mentoran-dan-amalan-guru-dalam-meningkatkan-literasi-awal-kanak-kanak/
Add a comment...

Post has attachment
Program Institusi Bebas Dadah " Tomorrow's Leaders " bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Kerian.

http://www.kpakk.edu.my

#kpakk  
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
2015-06-22
6 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
The Wan Nong Early Childhood Education College Library

The Wan Nong Library contains more than 2,000 collections of all the latest reference materials, prescribed books, journals and relevant reading materials. Our library is also registered with the Malaysia National Library for the bulk borrowing of books to ensure that our collection of books covers all genre and variety.

Read more here
http://www.kpakk.edu.my/en/wan-nong-library/
#kpakk   #library   #wannonglibrary  
Add a comment...

Post has attachment
Welcome to KPAKK

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak was established with the mission to provide the community from the lower income bracket with an education opportunity set in a conducive learning environment. I envision a child from a rural area that is given an opportunity to study in an environment that is able to foster positive values in him/her, to prepare them in becoming future leaders with character and competency.

Hence, since the college was set up in 2006, it has become our main focus to gather a team of experts in developing the curriculum for our Diploma in Early Childhood Care and Education and hire a set of skilled and experienced lecturers from the ECCE industry. Here in Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK), we belief that quality education starts by having a skilled teacher.

In KPAKK, we aspire to provide the relevant knowledge, training and experience in early childhood care and education; all obtained through an affordable fee yet quality education that will forge our graduates into becoming a household name in the industry.

KPAKK offers Diploma in Early Childhood Care Education
Click here to find out more
http://www.kpakk.edu.my/en/admission-2/

Bachelor of Education (Early Childhood Education) with Honours
http://www.kpakk.edu.my/en/degree-courses/

KPAKK Bukit Merah & Damansara Damai Campus
http://www.kpakk.edu.my/en/college-directories/

#kpakk   #earlychildhoodeducation   #kolejperkembanganawalkanakkanak  
Add a comment...

Post has attachment
Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-kanak

Sains didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain, sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi (Vygotsky, 1984). Ini kerana matlamat pendidikan awal sains kepada kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran (Harlan & Jelly,1989). Bidang ilmu sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap bidang sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

Untuk Maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk url di bawah. 
http://www.kpakk.edu.my/artikel/kepentingan-pendidikan-awal-sains-kanak-kanak/

#kpakk   #kepentinganpendidikanawalsainskanakkanak   
Add a comment...

Post has attachment
Kepentingan Pembelajaran Information & Technology (ICT) Kepada Guru Pelatih di Kolej Pekembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK)

Selamat kembali kepada Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak 
Pembelajaran ICT merupakan suatu bidang yang amat penting dalam membina rangkaian dan memenuhi cabaran persaingan masa kini. Memahami kepentingan ini, Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak ( #KPAKK  ) telah menyediakan pelajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pasaran terutama berkaitan tahap kesediaan guru KPAKK mengaplikasikan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas kepada kanak-kanak. Pembelajaran berasaskan penggunaan ICT mampu memberi kesan keatas hasil kerja dan tingkah laku murid-murid terutamanya kanak-kanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti TASKA, TADIKA dan prasekolah.

Tahap kesediaan guru KPAKK merujuk kepada bagaimana seseorang guru itu bersedia atau menyiapkan diri untuk mengajar subjek yang berkaitan dengan penggunaan ICT atau sesuatu yang berkait dengan penggunaan alat-alat berteknologi seperti komputer. Manakala pengaplikasian penggunaan ICT adalah proses menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi peralatan tersebut seoptimum mungkin dengan melibatkan prinsip, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan bimbingan guru yang terlatih dalam bidang tersebut. Abdul Halim (2008), menyatakan bahawa perisian maklumat ICT yang digunakan mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, mendapat pengalaman bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari ilmu sains dan teknologi.

Pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan ICT ini selaras dengan kehendak yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambilkira keperluan kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara langsung.

Sila klik sini untuk maklumat yang selanjutnya. 
http://www.kpakk.edu.my/artikel/kepentingan-pembelajaran-information-and-technology-ict-kepada-guru-pelatih-pendidikan-awal-kanak-kanak-di-kolej-pekembangan-awal-kanak-kanak-kpakk/

#kpakk   #artikel   #pendidikanawalkanakkanak  
Add a comment...

Post has attachment
Characteristics of Teacher in Early Childhood Education

A diploma in early childhood education teaches teacher the necessary skills to understand children because a child’s behaviour is often difficult to guess. Often they do action that is reflecting their honesty but not their routine habits. For instance, a child can be really obedient to his or her mother but may be very rebellious towards their father. Being an obedient child to a parent might create an expectation that the child would be obedient to the other parent but what if the child is rebellious to the other yet obedient to another. Such confusion, if not handled properly would affect the child’s growth and development. Hence, the importance of having a teacher.

There are three important attributes to becoming a great early childhood education teacher.

1. knowledge
2. patience
3. creativity

Read more here....
http://www.kpakk.edu.my/en/articles/characteristics-of-teacher-education-in-early-childhood/
Add a comment...

Post has attachment
Gajet Dan Kanak-kanak

Selamat Kembali ke #KPAKK  
Pengalaman aktiviti memanjat pokok, mandi sungai serta bermain permainan tradisional seperti teng-teng dan galah panjang semakin sukar dirasai oleh kanak-kanak terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Hakikatnya, gajet berteknologi yang berada di pasaran kini telah mengambil tempat menggantikan permainan tradisional. Ibu bapa terutamanya yang bekerja lebih selesa menggunakan gajet sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk mengisi masa lapang anak-anak.

Dipersilakan
http://www.kpakk.edu.my/artikel/gajet-dan-kanak-kanak/

#kpakk   #pendidikan   #pendidikanawalkanakkanak  
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded