Shared publicly  - 
 
#bersih
Just want share this post from some policeman working at bukit aman
1. arahan atasan

- tidak ada arahan untuk memukul peserta perhimpunan baik pada taklimat sebelah malam, mahupun waktu pagi. malah diulang berkali2 termasuk oleh timbalan ketua polis KL (datuk amar singh) supaya tidak memukul peserta. hanya tahan dan bawa ke pulapol.

2. jumlah anggota

- dianggarkan sejumlah 8000 anggota bawahan (pangkat konstabel hingga sub-inspektor) bertugas bersama kira2 200+ pegawai dari pelbagai peringkat (bermula dari inspektor percubaan/1 paku). setiap pegawai ditugaskan utk mengawal sejumlah anggota bawahan (lebih dari 20 org).

3. tiada lead commander

- ini dinyatakan sendiri dengan nada kesal oleh seorang pegawai berpangkat tinggi dalam satu mesyuarat tertutup. pegawai berkenaan mengatakan bahawa, dalam ops aman ini, tidak ada seorang lead commander.

maka, ketika berlaku kejadian rempuhan, tidak ada satu lead commander yg memberi arahan. boleh dikatakan, tindakan anggota pada ketika itu berlaku secara spontan dan tanpa arahan rasmi selepas kejadian rempuhan. selepas tembakan gas dilepaskan, kejadian menjadi kelam-kabut. anggota dan pegawai turut terkena kesan tembakan gas. apabila masing2 mulai pulih, didapati anggota bawahan mula menjadi liar, menangkap peserta dan memukul tanpa belas. dan keadaan ini menjadikan pegawai yg bertugas sukar untuk mengawal jumlah anggota bawahannya yg ramai - sedang meleraikan kekalutan di sini, anggota di tempat lain pula sedang berpesta memukul.

oleh itu, tuduhan yg mengatakan anggota mendapat arahan pegawai untuk memukul peserta adalah kurang tepat. boleh dikatakan, kesemua anggota dan pegawai yang bertugas pada hari berkenaan bertindak sendiri tanpa arahan satu lead commander terutamanya selepas rempuhan. hal ini menyebabkan kacau bilau kerana baik anggota mahupun pegawai, mereka tidak mempunyai satu ketua yg dilantik secara rasmi untuk dirujuk. akhirnya, ramai anggota yg berniat jahat berbuat sesuka hati, manakala yg tidak berniat jahat menjadi hilang arah.

ketiadaan lead commander juga mungkin menjadi penyebab kenapa tembakan gas dilakukan tanpa mengikut SOP.

4. tidak ada arahan untuk buka tag nama

- tidak ada arahan sedemikian. hanya sesetangah anggota yg tidak bertanggungjawab yg berbuat demikian. maka kita maklum, hanya individu yang tahu mereka akan/sedang melakukan kesalahan sahaja yg akan cuba menyembunyikan identiti di sebalik uniform rasmi.

5. anggota dan sesetengah pegawai

- tidak adil juga rasanya untuk menyalahkan anggota bawahan 100%. tetapi jumlah pegawai yg terlibat tidak seramai anggota. tak sampai 10% pun. dan kebanyakan pegawai juga tidak bertindak buruk (ada beberapa sahaja yg mungkin bertindak kasar). kebanyakan pegawai terpaksa mengawal, meleraikan tindakan memukul dan terusan memberi arahan kepada anggota. sehingga seorang pegawai berpangkat DSP ada menggunakan healer, untuk mengarahkan anggota supaya berundur (step down).
6. fru hanya cara untuk menakutkan

- jumlah fru (polis anti rusuhan) yg terlibat tidak ramai. tindakan meletak kereta meriam air dan anggota yg memegang perisai dan belantan adalah salah satu cara untuk menakutkan. spt yg dikatakan pada bahagian 3, ketiadaan lead commander menyebabkan anggota fru hilang arahan untuk bertindak untuk memaksa peserta yg merempuh bersurai.

kalau nak diikutkan, fru adalah unit yang sebenarnya diberi kuasa untuk bertindak (termasuk memukul) dalam satu2 kejadian rusuhan. tetapi dalam bersih 3.0, buat masa ini sy belum pernah melihat gambar fru memukul. malah menurut satu sumber, anggota fru juga marah kepada anggota polis bukan fru sehingga ada yg bertempik "jangan pukul".

7. sikap dan mentaliti

- inilah yang paling dikesalkan. ramai anggota menganggap, perhimpunan bersih 3 ini adalah satu peluang kepada mereka untuk memperlakukan org awam seperti punching bag mereka. sikap dan mentaliti murahan yg sukar sekali dibentuk dan diubah inilah yg sebenarnya menjejaskan imej pdrm. tanpa meletakkan 100% kesalahan kepada anggota, kesilapan juga mesti diletakkan kepada budaya dan didikan yg diterapkan dalam pdrm yg semestinya mempunyai pengaruh dan campur tangan besar oleh pihak kementerian dalam negeri.

8. kdn

- siapa yg paling perlu bertanggungjawab? pegawai berpangkat tinggi yg disebutkan dalam bahagian 3 tadi hanya menunjukkan tangan ke atas. siapa? IGP? saya kira, tanpa perlu memberitahu pun, ramai yg lebih maklum. sudah tentulah KDN. permainan siapa semua ini kalau bukan pak menteri yg bertindak untuk kepentingan org2 tertentu?

Meletakkan kesalahan berterusan kepada pdrm sebenarnya bukanlah satu tindakan yg tepat lebih2 lagi sekiranya kita tidak tahu apa yg sebenarnya berlaku dalam strategi mereka. andai benar ada arahan rasmi untuk mencederakan peserta, itulah yg paling mencemarkan professionalisme pdrm. tetapi setakat info ini, perkara ini tidak berlaku (melalui taklimat dan arahan rasmi). maklumat ini dikongsi supaya kita sama2 berfikir dan analyze, di mana silapnya semua ini. di pihak peserta yg juga menjadi saksi mata, mereka beranggapan ini adalah kejadian terancang dan strategi polis. di pihak polis yg terlibat pula mengatakan, tidak ada strategi dan arahan seperti yg didakwa. selain sikap dan mentaliti polis yg tidak bertanggung jawab tadi, kesilapan strategi pdrm meletakkan anggotanya yg bertugas tanpa seorang lead commander sememangnya boleh dipertikai.

Menyedari kekuatan rakyat, seorang polis yg bertugas juga menyatakan, andai rakyat yg berhimpun itu bersatu, jumlah mereka jauh lebih ramai dan mampu melumpuhkan pasukan pertahanan pada ketika itu. tetapi semua pro-bersih 3 sama ada yg hadir atau tidak juga sedia maklum, rakyat bukannya datang untuk merusuh jauh sekali memukul dan melumpuhkan pasukan polis. dan perkara sedemikian tidak akan berlaku kepada peserta yg dtg dengan ikhlas dan rela, bukan oleh upah untuk menimbulkan huru-hara.

pdrm adalah tunggak keselamatan negara. sama2 lah kita berdoa agar pasukan ini mampu dibersihkan dan dididik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Translate
1
Add a comment...