Profile cover photo
Profile photo
Nursyuhada Fatihah
Hanya Hamba Allah SWT
Hanya Hamba Allah SWT
About
Nursyuhada's posts

Bismillah. :)

Sungguh, perancangan Allah swt itu y terbaik biar cantik atau jelik di pandangan mata kita. <3

#JOMcintaAllah
#SollualanNabiy <3

Bismillah.

Baru perasan blog itu pengubat rindu sebenarnya. Rindu pada taujihat & muhasabah y ditujukan kepada diri sendiri. Tazkirah peringatan..huhu

Allah, jagakan diri ini. :'(

#sollualanNabiy <3

Bismillah :)

Nak sharing.

Majalah 3 hari ni superb ohsem. Menceritakan tentang Kampung Cham di Kemboja iaitu Kampung penduduk Muslim. Mereka penternak lembu, penanam padi.

Lembu mereka perlu menyeberangi Sungai Mekong untuk mendapatkan makanan (rumput). Gigih kan?

Sulaiman seorang tua buta yang sentiasa gigih menjadi Bilal melaungkan azan tepat pada masa. Gigih kan?

Seorang pemuda kudung sebelah kaki y berjalan menggunakan tongkat antara insan terawal menuju ke masjid setiap kali azan dilaungkan. Gigih kan?

Penduduk kampung y berpendapatan RM5-RM10 sehari itu pastinya tidak dapat membeli lembu y diternak penduduk kampung mereka. Jadinya, penduduk luar y sering membeli lembu mereka untuk dijadikan korban antaranya ialah Malaysia. Apabila mereka mendapat tahu pembeli dari Malaysia dalam perjalanan, mereka tidak membenarkan lembu mereka menyeberangi sungai. Mereka sendiri akan mencabut rumput untuk diberi makan kepada lembu tersebut y sudah diasingkan untuk jualan. Gigih kan?

Guru-guru agama berkelulusan pondok & pelbagai lagi lulusan institusi agama mengajar anak-anak Muslim dengan rela hati. Setiap guru kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya 50 org pelajar. Gigih kan?

Anak-anak itu pada waktu paginya belajar mengaji, pada petang hingga ke malamnya belajar hadis & pelbagai bidang agama walaupun dalam cahaya y samar. Gigih kan?

Ketua kampungnya berjaya mendisiplinkan penduduk kampung untuk mula persiapan jamuan Aidil Adha selepas solat sunat sehingga sebelum Zuhur. Selepas solat zuhur berjemaah, seramai 1000 lebih penduduk akan makan jamuan tersebut y hanya ada gulai daging & nasi putih sahaja. Namun, sehingga kini penduduk sentiasa dapat menyiapkan semua kerja itu tepat pada masanya. Gigih kan?

Miskin mereka mengajar mereka gigih berusaha & bersyukur..tapi kita belum gigih berusaha tapi dah selalu kufur. :'(

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah swt untuk tergolong dalam golongan hambaNya y diredhai.

#JOMcintaAllah
#SollualanNabiy <3

Bismillah :)

Bila Allah SWT kata jadi, maka jadilah. Bagaimana caranya? Itu rahsia Allah SWT. Kita...kena sentiasa bersangka baik. Bagaimana ingin dapat kekuatan sentiasa bersangka baik itu? Kena minta dengan Allah SWT. Bagaimana cara minta dengan Allah SWT? Jaga hak Allah SWT dalam setiap perkara y kita lakukan termasuk lintasan hati.

Allah...berikan kami kekuatan itu.

#SollualanNabiy <3

Bismillah :)

Buat dosa itu biasa bagi manusia biasa macam kita..tapi sering bertaubat dari dosa itu ialah luar biasa bagi manusia biasa macam kita. Sungguh, para tentera Badar sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. JOM ambil tempias semangat jihad mereka! ;)

#SollualanNabiy <3

Bismillah. :)

Sayang > Kakyang > Syuhada > Fatihah > Syud > Kak Syud > Cikgu Syuhada > Ustazah Syuhada > ...

Allah SWT Maha Baik. Perubahan sedikit demi sedikit melalui proses pembelajaran sebenar dalam mehnah kehidupan. Siapa sangka kita akan menjadi kita y sekarang?

Aku hanya berimpian untuk menjadi guru, tapi Allah SWT bagi lebih untuk aku digelar ustazah.
Aku hanya berimpian untuk dekat dengan Al Quran tetapi Allah SWT bagi lebih dengan suasana hidupku kini penuh dengan Al Quran.
Aku hanya berimpian untuk bermanfaat kepada ummah tetapi Allah SWT bagi lebih hingga aku ditempatkan dalam tadika quranic sebagai proses pembelajaran sebelum aku membuka tadika quranic kelak.
Aku hanya berimpian untuk sentiasa jadi baik tetapi Allah SWT bagi lebih dengan cara Allah SWT mudahkan urusan aku menuntut ilmuNya dek murah rezekiku sering mendapat bayaran percuma.

Namun, aku juga berimpian untuk mati dalam keadaan Allah SWT redha tetapi adakah usaha aku ini berbaloi untuk mendapatkan rahmatNya y Maha Pemberi Rahmat? T_T

Doakan aku, keluarga, seluruh muslimin muslimat. :(

#SollualanNabiy <3

Bismillah. :)

"Makcik, maaf makcik saya dah bincang. Nampaknya memang sampai hujung tahun ni je saya boleh mengajar anak makcik. Maaf sangat-sangat cik. Tahun depan saya kena pindah ke JB".

"Alahai Syuhada...takpolah gitu. Nak buek camno kan."

"Kak, maaf tahun depan akak kena cari guru utk ganti saya".

"Tu lah..akak dah cakap dengan mak akak yang awak kerja sampai hujung tahun ni je. Mak akak cakap 'alahai..dah lah susah nak cari guru sains. Budak-budak ni pun suka Cikgu Syuhada ajar. Cikgu Syuhada ajar satu-satu."

Erm..erm..
Senyum jela. :p
Tak sangka Allah kabulkan juga cita-cita dari dulu nak jadi cikgu.
Cikgu Syuhada..macam cerita heroin syurga cinta.haha

Cakap pasal cinta, doakan semoga urusan majlis pernikahan saya berjalan lancar, menyemai cinta hingga ke syurga, gagah terus bermujahada menjadi isteri solehah tanpa lupa tanggungjawab pada adik-adik & mak ayah, hingga merasa nikmat mardhatillah di Jannah. T_T

Allah..pemilik segalanya.
Kita berubah kerana cinta, kita cinta siapa? :(

#SollualanNabiy <3

Bismillah. :)

Alhamdulillah. Allah sentiasa beri rezeki cukup walau nampak sedikit. :)

Setiap hari bergedil & crispy kapit yang dibawa Aqilah habis dijual sampai tak cukup katanya. Nampaklah Aqilah yang garang tu mampu berbisnes.hee

Alin pula sudahpun menghadiri training untuk kerja keraninya. Dah nama pun sekadar ada sijil PMR, jadinya tak banyak pilihan kerja yang ada. Dia diterima bekerja pun hanya kerana amanah. Alhamdulillah Allah sampaikan rasa yakin kepada owner itu untuk ambil Alin bekerja. So Alin akan bekerja sebagai kerani di pusat tuisyen yang kakaknya ini mengajar Sains Ting 3,4,5.hee Alin masih kurang confident tu tapi kakak dia ni suka paksa rela so dia kena gagah untuk yakinkan diri dia mampu buat! Doakan dia ye. Aturan Allah untuk kami sekeluarga sangat baik. Alhamdulillah. :)

#SollualanNabiy <3

Bismillah. :)

Alhamdulillah. Allah swt Maha Baik. Hari ini saja, mak adik-adik semua bertungkus lumus buat bergedil untuk aqilah jual kat sekolah. Aqilah pun semangat bawa tupperware penuh dengan crispy kapit & bergedil untuk dijual pada kawan-kawan time rehat dalam kelas tambahan.

Ihsan,adik aku yang paling genius tu plak ikut aku pergi home tutor ajar add math & math. Berbeza sungguh genius & budak terkial math macam aku. Dia datang sehelai sepinggang, tengok soalan je terus dapat jawapan. Aku plak duk terkial la mengira.haha alhamdulillah kali ni mahram lelaki y teman aku keluar pergi home tutor. Setiap kali keluar rumah ada mahram teman. Kalau dulu macam gagah je nak lone ranger selalu, sekarang makin lama makin rasa nikmatnya dijaga mahram setiap kali melangkah keluar. Semoga ini asbab untuk adikku Ihsan terus dalam kebaikan.

Alin pun akan mula masuk kerja bulan ni. Alhamdulillah semua sedang berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Tugas aku selepas ini mohon lesen perniagaan untuk mak. ;)

Doakan urusan mujahadah kami sekeluarga mencari rezeki yang diberkati dipermudahkan Allah swt ye. :)

#SollualanNabiy <3

Bismillah. :)

Allah sedang beri lebih dari apa yang kita minta. Seharian sibuk, dari pagi hingga ke malam. Pagi tuisyen, petang seminar, malam home tutor. Allah beri sibuk dalam ilmu. Allah bagi rasa penat cari rezeki. Allah bagi rasa syukur lelap sebentar. Allah Maha Baik.

Tidak dapat penuhi undangan majlis aqiqah sahabat, dikirimnya lauk sampai ke rumah. Waktu-waktu macam ni, lauk sebegitu memang Allah rahmatnya.

Terdetik di hati aku kena belajar jadi cikgu yang lebih baik untuk ajar anak-anak murid yang memang tak minat belajar. Dapat pula secara tetiba tawaran gantikan seorang kakak dalam seminar bahasa badan, free tanpa bayar apa-apa.

Gaji pertama ya memang tak banyak tapi puas alhamdulillah dapat beri pada insan yang disayangi.

Banyak lagi nikmat yang tidak mampu terhitung. Maka nikmat Tuhan yang mana aku dustakan? Allah..semoga terampun dosa kita. :'(

#SollualanNabiy <3
Wait while more posts are being loaded