Profile cover photo
Profile photo
Norzita Abu Bakar
2 followers
2 followers
About
Posts

Hobi saya ialah melukis dan sangat meminati bidang hiasan dalaman dan fesyen.. Sebenarnya saya bercita-cita ingin menjadi ahli psikologi tetapi setelah ditawarkan mengikuti kursus perguruan, saya terpaksa menguburkan impian murni itu. Kini saya berasa bangga kerana dapat menabur bakti dan mencurahkan ilmu di bidang agama kepada anak bangsa .tercinta. Semoga pahala daripada ilmu yang dimanfaatkan oleh anak didik saya akan mengalir ke alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi. InsyaAllah.

Mula bertugas sebagai guru di Sk. Bandar Tua, Kg. Gajah, Perak, berhampiran dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak pada tahun 1995-2005. . Kini bertugas di Sk. Titi Gantong, Bota, Perak (mulai 2006). Memori paling indah di Sk. Bandar Tua ialah pernah melatih murid lelaki sehingga berjaya melangkah ke peringkat negeri selama 4 tahun berturut-turut dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran. Selain itu pernah melatih murid perempuan sehingga berjaya ke peringkat negeri dalam Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Melayu dan Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah. Di Sk. titi Gantong pula, pernah melatih seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan sehingga berjaya ke peringkat negeri dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran dan  juga melatih seorang murid perempuan dalam Pertandingan Deklamasi Sajak sehingga berjaya ke peringkat negeri.   

Makanan kegemaran: Nasi minyak berlauk kari kambing.
Minuman kegemaran: Jus Kiwi

Asal :Terengganu Darul Iman.
Wait while more posts are being loaded