Profile cover photo
Profile photo
Cikgu Hailmi
2,368 followers -
Seorang cikgu Sains dan Kimia yang fanatik dengan sofbol dan drama
Seorang cikgu Sains dan Kimia yang fanatik dengan sofbol dan drama

2,368 followers
About
Cikgu's posts

Post has attachment
Saponifikasi adalah proses menghasilkan sabun. Proses pembuatan sabun ada banyak, tetapi ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di dalam makmal. Bahan yang perlu disediakan juga mudah, seperti minyak sayuran, alkali dan garam. Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana proses saponifikasi dijalankan.

Post has attachment
Murid kreatif datangnya daripada guru yang kreatif. Di dalam sebuah kelas, akan ada murid yang kreatif, dan juga murid yang tidak kreatif. Saya sendiri pada mulanya, melihat kreativiti ini seperti satu bakat semulajadi. Ada kes di mana, guru seorang kreatif, tetapi muridnya tetap tak kreatif sepertinya. Jadi persoalannya, bolehkah kita guru mengajar murid untuk menjadi kreatif?.

Post has attachment
Saya kongsikan laluan perjalanan bagaimana saya dapatkan Guru Cemerlang DG48 dalam tempoh 11 tahun, berserta 5 nasihat berguna. Semoga bermanfaat!

Post has attachment
Pada 16 April yang lalu, saya telah menerima satu kunjungan daripada PPD Sabak Bernam seramai lebih kurang 22 orang. Rombongan ini terdiri daripada tuan PPD sendiri, pegawai unit kurikulum dan juga pegawai SIPartner+ dan juga SISC+. Tidak lain dan tidak bukan, adalah bagi melihat bagaimana saya melaksanakan Pembelajaran Abad 21 dalam bilik darjah.

Post has attachment
Aku Negaraku. Lagu ini merupakan lagu patriotik terbaharu bagi negara kita Malaysia sebagaimana yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Bagi sambutan Hari Guru 2017 juga lagu ini kerapkali dimainkan bagi meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Post has attachment
Kali ini ke Lanjut Beach Resort bagi program Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Rompin dengan kerjasama ECER. Alang-alang dah ke Pahang, terus buat tour!

Post has attachment
Bertemu dengan warga pendidik Pekan yang peramah dan sabar menjalankan tugas merupakan satu kenangan yang manis untuk saya kenang sepanjang berada pertama kali di Pekan. Semoga perkongsian ini memberikan kita ilmu bermanfaat untuk kita terus berjaya sebagai warga pendidikan di Malaysia!

Post has attachment
Setelah hampir setahun bertungkus lumus menyiapkan Video STEM KPM bersama rakan-rakan, selesai juga. Tapi kali ini misi kami disambung dengan Seminar Kepenggunaan Video STEM KPM yang akan diadakan di Zon Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Sabah Sarawak. Beberapa kali sesi pertemuan diadakan, dan akhirnya kemuncak majlis pelancaran adalah di SMAP Kajang.

Post has attachment
Niat asal cuti sekolah mahu dimanfaatkan dengan hanya berehat sahaja di rumah. Tetapi bila ada peluang jauh sebegini, rasanya ok juga jika saya ambil peluang untuk sebuah pengalaman.

Post has attachment
Sempat juga saya promosikan buku "Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja" saya bersama guru-guru di sekolah ini. Kebetulan semasa saya berada di SMK Tunku Sofiah, buku ini masih dalam fasa preorder.
Wait while more posts are being loaded