Profile cover photo
Profile photo
BTDM Online
8 followers
8 followers
About
Posts

Post has attachment
NEGERI SEMBILAN: Seramai 28 Pegawai dan 561 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pelbagai formasi dibawah naungan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) terlibat dalam perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Div ke-41 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato' Hasagaya Abdullah bertempat di Litar Memandu KJA Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Gemas pada 14 Dis 2017.

#HUT #HUT3Div

http://www.b2s.pm/FlCaOt
Photo

Post has attachment
KUALA LUMPUR: Tim ME-Creator dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) mengharumkan nama Tentera Darat (TD) apabila dinobatkan sebagai Johan Kategori Bidang Inovasi Sosial-Penambahbaikan dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2017 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd Johari Baharum di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 14 Dis 2017.

#HARIINOVASI #IJED #jlkn #ME-Creator #MINDEF #TD #TLDM #TUDM

http://www.b2s.pm/AE5QNB
Photo

Post has attachment
SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan lima anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 803 Rumah Sakit Angkatan Tentera (803 RSAT), 624 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (624 PGAT), 9 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (Mk 9 Bgd) telah melaksanakan Program Jiwa Murni Mobile Outreach Programme (MOP) di Madrasah Kampung Gelam, Song pada 12 Dis 2017.

#3RRD #624PGAT #803RSAT #9Bgd #JiwaMurni #MOP #MYTV #TENTERABERSAMARAKYAT

http://www.b2s.pm/uCEKPh
Photo

Post has attachment
PERAK: Satu Program Jiwa Murni bersama pasukan 4 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Jambatan) melibatkan tiga pegawai, dua pegawai sukarela, 10 anggota Lain-Lain Pangkat dan 20 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat membina dan mengecat rumah anggota pesara tentera yang kurang berkemampuan di Kampung Serigala, Ulu Behrang pada 12 Dis 2017.

#4SknRAJD #JiwaMurni #PALAPES #TENTERABERSAMARAKYAT #UPSI

http://www.b2s.pm/sMUA3j
Photo

Post has attachment
KUALA LUMPUR: Seramai 163 penuntut kursus terdiri daripada pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga pegawai tentera luar negara terlibat dalam Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 46/2017 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd Johari Baharum di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 13 Dis 2017.

#diploma #ksatm #MTAT #PAT #PTD #PTL #PTU #timbalanmenteripertahanan #WISMAPERWIRA

http://www.b2s.pm/EVc5aJ
Photo

Post has attachment
MELAKA: Seramai 18 pegawai dan 170 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas 21 Grup Gerak Khas (MK 21 GGK) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim di Padang Kawad Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 11 Dis 2017.

#KOMANDO #MK21GGK #PENGHARGAAN #PULPAK #ZolkopliHashim

http://www.b2s.pm/6HhkUU
Photo

Post has attachment
SELANGOR: Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) melaksanakan Program Jiwa Murni di Sekolah Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves yang melibatkan Briged Ke-11 Infanri Malaysia dan Briged Ke-12 Infantri Malaysia termasuk semua trup divisyen pada 10 Dis 17.

Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi turut serta di dalam program ini serta lawatan di sekitar kawasan pusat tahfiz bagi melihat tempat-tempat yang boleh ditambah baik.

#11Bgd #12BGD #4Div #JiwaMurni #TahfizAl-Habbah #TENTERABERSAMARAKYAT

http://www.b2s.pm/I7T5Po
Photo

Post has attachment
SINGAPURA: Briged Keempat Infatri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd (Mek)) telah terpilih menyertai Joint Adventure Training (JAT) bersama Tentera Darat Singapura mulai 4 hingga 9 Dis 17 di Kem Selarang, Singapura.

Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato' Md Din Hj Abu telah merasmikan acara penutup latihan ini pada 8 Dis 17.


Seramai tujuh pegawai dan 19 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 4 Bgd (Mek) telah menyertai latihan dwi-tahunan ini.

#BILATERAL #JointAdventureTraining #Latihan #MK4Bgd(Mek) #SINGAPOREARMY #Singapura

http://www.b2s.pm/4wjY6p
Photo

Post has attachment
SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 803 Rumah Sakit Angkatan Tentera (803 RSAT), 624 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (624 PGAT) dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah melaksanakan program jiwa murni di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit pada 10 Dis 2017.

#9Bgd #JiwaMurni #KKD #NangaTada #TENTERABERSAMARAKYAT

http://www.b2s.pm/9Pr906
Photo

Post has attachment
NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Armor (PULAMOR) telah mengadakan Pertandingan PULAMOR Challenge pada 8 Dis 2017.

Pertandingan ini melibatkan tiga disiplin iaitu Berbasikal sejauh 23 km, Berkayak sejauh 4km dan Berlari Pikul Kayak sejauh 3km dengan simbolik perlepasan peserta telah disempurnakan oleh Komandan PULAMOR, Lt Kol Zulhaimie Ayob.

#PULAMOR #pulamorchallenge #SUKAN #TRIATHLON

http://www.b2s.pm/lmqg89
Photo
Wait while more posts are being loaded