Profile cover photo
Profile photo
Mohd Najib
1 follower
1 follower
About
Mohd's posts

(part 4),

Teringat kembali tempoh jaminan yang diberikan oleh pemaju liquidator selama tahun dari tarikh pelancaran rasmi yang dilaksanakan oleh mereka. Maka banyaklah aduan telah dibuat oleh pemilik petak kepada pihak pemaju (liquidator, kontraktor, sub kontraktor) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, tapi mereka tidak membaiki sepenuhnya kerosakan yang diadu oleh pemilik petak.

Penduduk tidak putus asa membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, JPN, KPKT, MPKJ dan menteri-menteri berkaitan, dan akhirnya pihak JPN membuat lawatan ketapak perumahan pada 8/April/2016 yang dihadiri beberapa orang pemilik petak yang dipilih oleh pihak JPN untuk hadir bersama kelawatan tapak. Banyak perkara yang dibangkitkan kepada mereka dan sudah tunjuk bukti yang pihak pemaju liqidator gagal membaiki defect yang telah diadu oleh pemilik petak seperti berikut ;-

1. Talian telefon
2. Talian singnal TV
3. Pagar sekeliling.
4. Kebocoran paip.
5. bilek air tandas bocor.
6. lantai bocor, retak, tile tercabut.
7. alat pencegah kebakaran.
8. strata title.
9. bil air atas nama pemaju liquidator.
10. yuran selenggara tidak sama antara petak lama dan petak yang dijual oleh pemaju liquidator.
11. dan lain-lain lagi masalah yang masih belum dilaksanakan oleh pihak pemaju liquidator.

Pihak wakil JPN itu memaklumkan kepada penduduk bahawa satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak liquidator pemaju kontraktor untuk mencari penyelesaian bersama. Dan pada 27/Mei/2016 penduduk menerima surat jawapan dari hasil mesyuarat mereka dan apa yang menyedihkan bahawa JPN mengarahkan supaya pemilik petak membuat aduan terus kepada pihak kontraktor untuk membaiki kerosakan tersebut, sedangkan pemilik petak telah buat aduan kerosakan berpuluh-puluh kali kepada pemaju, liquidator, kontraktor dan sub kontraktor.

Akhir sekali tunggu-tunggu punya tunggu maka tarik jaminan selama satu tahun sudah tamat dan pihak pemaju liquidator memaklum kepada penduduk bahawa tempoh jaminan sudah tamat. Jadi aduan yang dibuat oleh pemilik sebelum tamat tempoh itu terhapus secara otomatik dan tidak meneruskan lagi untuk membaiki kerosakan itu. Sekali lagi aduan dibuat kepada pihak KPKT dan JPN, dan tiada sebarang jawapan dari mereka hingga kehari ini.





(part3):

Apabila ramai orang yang duduk jadi penghuni Apartment Kelisa Ria, maka timbul isu baru ketiadaan air sepanjang masa menyebabkan terbantut sebahagian pemilik untuk duduk tinggal disana kerana isu air berpanjangan, sedangkan keliling Apartment Kelisa Ria di perkampungan Sungai Tangkas sentiasa ada air sepanjang masa dan sepanjang hari.

Disebalik cerita air ini, teringat kami dari penduduk keliling sentiasa melawat dan melihat projek tersebut semasa dalam pembinaan yang dilaksanakan oleh pihak pemaju T.J.Plaza dan kemajuan projek nampaknya berjalan lancar sehingglah syarikat tersebut gulung tikar dan KPKT mengambil alih projek dan menyediakan peruntukan yang sangat besar dan melantik liquidator sebagai memaju baru untuk siapkan apartment tersebut.

Semasa perjalanan kemajuan projek yang dilaksanakan oleh pihak T.J.Plaza adalah didapati kemudahan awam seperti kedai, surau, tangki air, tadika dan padang permainan kanak-kanak ada tercatit lakaran plan dalam master plan pada pihak pemaju tersebut. Tapi malang nya apabila pihak JPN menyerahkan projek tersebut kepada GG, maka surau dan tangki air besar tidak kelihatan dan sepatutnya keduanya (tangki air dan surau) berada dijalan pintu masuk atas padang depan blok B.

Mungkin pihak pemaju baru itu telah menyakinkan pihak JPN dan MPKJ untuk tidak pasang tangki besar dan memadai dengan hanya mengadakan dua tangki kecil setiap petak seperti yang kita lihat pada setiap rumah ada 2 tangki kecil disediakan oleh mereka. tangki ini juga tiada dalam pelan dalam master plan di T.J. Plaza.

Oleh yang demikian penduduk keseluruhan Apartment Kelisa Ria memohon dan merayu kepada pihak JPN dan KPKT dapat menyediakan peruntukan untuk menyediakan tangki besar supaya keselesaan penghuni tersebut berada dalam keadaan baik.





(part2):

Ada segelintir penduduk kurang arif dengan perkataan "Persatuan" dan "JMB", berikut sedikit penjelasan ringkas;
1. Persatuan, ialah sebuah pertubuhan yg mesti didaftarkan dgn ROS.
2. JMB, ialah satu badan pengurusan yg mesti disediakan oleh pemaju liquidator melalui COB dan perjalanan pengursan dilaksanakan bersama antara pemaju dan ajk penduduk selama satu tahun selepas tempoh "default time" tamat. Kemudian selepas 1 tahun berlalu maka baru pemaju serah 100% kpd komuniti penduduk.

Jadi ini bermakna
1. dalam tempoh "default time" adalah satu tahun diurus sendiri oleh pemaju liquidator
2. dan tambah 1 tahun lagi dalam tempoh usahasama antara pemaju liquidator dengan ajk penduduk.
3. Setahun kemudian barulah diurus sendiri oleh penduduk dibawah pengurusan MC (JMB).
4. Sekiranya penduduk gagal untuk mengadakan MC maka disinilah baru pihak COB campur tangan untuk mengambil alih pengurusan selenggara dengan melantik agen pengurusan melalui tender terbuka.

Tapi malangnya pemaju liquidator lepas tangan dan menbiar Kelisa Ria tanpa pengurusan penyelanggaraan, dan pihak Mpkj & Lphs tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemaju liquidator tersebut. Malah khabarnya COB sekarang memandai-mandai sedang mencari kontrektor sebagai agen untuk urus penyelenggaran di Kelisa Ria dengan yuran bulanan belum pasti lagi .....

Sepatutnya COB hendaklah mengadakan mesyuarat dgn penduduk dan mesti mendapat persetujuan 2/3 dari penduduk terlebih dahulu untuk COB melantik Agen Pengurusan Penyelenggaran melalui proses tender terbuka.



(part 1):

Memang sudah menjadi kelaziman kepada masyarakat Malaysia yang tidak ambil berat tentang kesatuan mahu pun semangat kejiranan dan dalam komuniti sudah mula pudar dan kadang kala jiran sebelah menyebelah pun tak kenal antara satu sama lain.

Bagitulah juga dengan Apartment Kelisa Ria yang sudah sekian lama terbengkalai dan kini sudah siap sepenuhnya yang diuruskan oleh pihak JPN (KPKT) dengan melantik pemaju baru (liquidator) untuk menyiapkan apartment yang terbengkalai itu dengan peruntukan yang besar diberikan kepada kontrator.

Apabila rumah tersebut telah siap maka pemaju membuatlah upacara rasmi bagi membuat kenyataan rasmi kepada kerajaan dan pembeli rumah bahawa projek tersebut sudah siap 100%. Disebalik itu maka "pahat pun berbunyi" disana sini yang dikemukan oleh pemilik petak yang menerima kunci dan telah tidak berpuas hati tentang kerja-kerja yang tidak sempurna itu. Aduan demi aduan kesana kemari dikemukan kesana kemari, tapi pihak pemaju buat tak kisah sahaja sehinggalah sampai tempuh default time selesai, maka cepat-cepat pemaju tersebut cabut lari dan lepas tangan.

Dan nasib yang sama menimpa kepada perkara berkaitan dengan Pengurusan Penyelenggaraan (JMB) juga ditinggalkan dan dibiar bagitu sahaja oleh pihak pemaju dan menyatakan tempoh "default time" sudah tamat, dan mereka serahkan fail-fail berkaitan kepada pihak COB (MPKJ) untuk penyerahan kepada Jabatan tersebut.


And check this all items .....

01. Who is Founder ?
02. Who is Principle (tauke) ?.
03. Who is Partner ?
04. Who is Consultant ?
05. Who is Facilitator ?
06. Who is Player ?
07. Who is Speaker ?
08. Who is Leader ?
09. Who is Networker ?
10. Who is Programmer ?
11. Who is Marketer ?
12. Who is Stokist ?
13. Who is Kiosk ?
14. Who is owner of company ?
15. Who is owner of factory ?
16. Where is location of factory ?


Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
Mandi Junub,
[tr10] https://t.co/S7T0v0fIBi
,
Perkataan "BERSENTUH" n "BERSETUBUH,
[tr11] https://t.co/XRwdZKPmjF


Khatam Juzuk2, Surah2
Tafsir (2.2.212);
[BS] http://pekanampang.blogspot.my/2016/08/212.html
 
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS] https://t.co/0EUkXravGr    
Wait while more posts are being loaded