Profile cover photo
Profile photo
Impra Plant Care Solutions
20 followers -
Plant Care Solutions
Plant Care Solutions

20 followers
About
Posts

Post has attachment

Post has attachment
5 Pokok Yang Susah Mati | Memerlukan Kurang Penjagaan & Membersih Udara Rumah Anda
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
8/29/18
6 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Containing anti-insects & fungus material derived from natural & organic sources such as chilly, neem, citronella & others that have been proven effective in preventing pests and diseases on plants. If after using this spray, your plant showing a negative reaction such as drop of leaf, it is most probably that you have use it more than what is suggested on the label. Please read the instruction provided.
Photo
Add a comment...

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
Ada Apa Dengan Durian

πŸƒ Durian kaya bahan asid amino tryptophan – bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

πŸƒ Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

πŸƒ Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi. Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal & boleh menyebabkan β€˜Ketoacidosis’ & sangat merbahaya.

πŸƒ Durian kaya dengan POTASSIUM. Sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialisis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung! Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit – Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!

πŸƒ Kepada pesakit yg mengalami masalah jantung & sedang mengambil ubat-ubatan seperti Frusemide & Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandungan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal & boleh menyebabkan mati mengejut!

πŸƒ Elak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan. Kepada pesakit kencing manis, yang menghidap masalah jantung dan kepada pesakit buah pinggang kronik (sama ada yang sudah kena dialisis atau belum) boleh terus lupakan durian dlm hidup anda!

Sumber : Dr Suri Roowi
Photo
Add a comment...

Post has attachment
3 Langkah Selamatkan Tanaman Anda Ketika Bercuti

Antara dugaan pekebun urban adalah ketika bercuti panjang contohnya ketika musim Hari Raya. Memang menguji sangat-sangat kalau balik ke rumah selepas cuti panjang, pokok kering & ada yang mati! Heart broken kan?

Jadi, kali ini kami ingin kongsikan cara untuk memastikan tanaman anda segar sepanjang bercuti & paling tidak tanaman anda tidak mati! Sebab tanaman anda mati ketika musim cuti adalah disebabkan tiada bekalan air bagi tanaman anda selain dari diganggu binatang lah kan.

Semoga tanaman anda selamat & terus hidup walaupun anda bercuti! Selamat mencuba!
Add a comment...

Post has attachment
3 TIPS PINDAH ANAK POKOK CILI

Kali ini kami ingin kongsikan bagaimana cara memindahkan anak pokok cili setelah sesuai untuk dipindahkan. Persoalannya, bilakah waktu yang sesuai untuk dipindahkan? Kebiasaannya anak pokok cili akan mengeluarkan 2 helai daun pada awal percambahan untuk proses fotosintesis. Apabila anak pokok cili mula mengeluarkan daun yang sebenar, maka itulah masa yang sesuai untuk dipindahkan.

Beberapa langkah patut diambil kira untuk memastikan proses pemindahan anak pokok cili tidak mengakibatkan pembantutan pokok tersebut & seterusnya mati. Jom ikuti beberapa langkah & tips memindahkan anak pokok cili.

Siram anak pokok cili selama 1 jam

Anak pokok cili perlu disiram terlebih dahulu bagi memastikan anak pokok cili anda terus melakukan proses penyerapan air sepanjang proses pemindahan.

Simpan ditempat teduh

Anak pokok cili yang baru dipindahkan perlu di tempatkan di kawasan yang teduh lebih kurang selama 1 minggu bagi menguatkan anak pokok cili tersebut sekaligus mengelakkan terkena cahaya matahari yang terik.

Pembajaan & penyiraman

Media baru bagi anak pokok cili perlu juga dibaja dengan baja NPK hijau atau baja organik bagi membantu tumbesaran yang menggalakkan. Pastikan media baru disiram sehingga basah semua bahagian media supaya proses penyerapan air boleh diteruskan.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda bercucuk tanam dengan lebih berjaya & berhasil. Selamat mencuba!
Photo
Photo
7/18/18
2 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Add a comment...

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded