Profile cover photo
Profile photo
Afdholul Rahman CA
258 followers -
Afdholul Rahman bin Che Ani. Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.
Afdholul Rahman bin Che Ani. Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.

258 followers
About
Afdholul Rahman's posts

Terjemahan dari Tulisan Syeikh Issam Talimah
(Dedikasi kepada Ust Dr Al-Faqih Solah Sultan, salah seorang tawanan penjara Al-‘Aqrab yang disekat dari makanan, sebagai satu kredit untuk ilmu dan jihadnya, dan juga kerana memetik sebahagian besarnya daripada tulisan dari kitabnya yang menarik : Imtiyaz Al-Mar’ah ‘Alar Rajul Fil Mirath Wan Nafaqah. Semoga Allah membebaskannya)

Dunia menyambut pada 8 March setiap tahun dengan Hari Wanita. Persoalan wanita merupakan antara persoalan yang mengundang pendirian Islam padanya, di mana telah digambarkan bahawa Islam memperlakukan wanita dengan merendahkan nilainya dan menjadikannya darjat kedua selepas lelaki terutama dalam persoalan penyaksian wanita bahawa penyaksian wanita adalah separuh penyaksian lelaki. Dikatakan dalam persoalan mirath (faraidh), Islam memberikan kepadanya setengah daripada lelaki. Oleh sebab itu, nampak Islam telah berat sebelah kepada lelaki bertentangan dengan wanita, dan mereka itu berdalilkan dengan beberapa potong ayat dari ayat Al-Quran Al-Karim yang berbicara tentang mirath, tetapi dalam masa yang sama, sama ada mereka itu lupa atau memang tidak tahu tentang baki-baki ayat yang lain, serta baki situasi-situasi lain, yang mana kalau mereka berpegang pada yang lain itu juga, akan jelas pandangan Islam yang sempurna terhadap mirath wanita dan lelaki. Hal ini Islam telah jelaskan dalam satu sistem operasi yang besar dinamakan dalam Islam sebagai sistem An-Nafaqah Wal Mawarith (Perbelanjaan dan Pewarisan) atau Nizham Al-Mali (Sistem Kewangan) dalam keluarga.

Adapun tentang persoalan penyaksian wanita, bahawa ia adalah separuh penyaksian lelaki, ia adalah sesuatu yang tidak tepat dan perlukan penjelasan dalam tulisan lain. Tetapi pada hari ini, kami akan menyentuh berkaitan persoalan mirath wanita. Adakah sememangnya bahagian wanita sentiasa separuh daripada lelaki dalam harta pewarisan?

Bagi sesiapa yang meneliti hukum-hukum mirath bagi wanita, akan mendapati situasi-situasi yang berbeza dalam syariat Islam. Kadangkala wanita mewarisi separuh daripada lelaki, kadangkala sama banyak dengan lelaki, kadangkala lebih sekali ganda daripada lelaki, kadangkala ada situasi wanita mewarisi, lelaki tidak mewarisi. Hal ini disebutkan dalam ayat yang sama yang digunakan oleh orang yang mengatakan bahawa Islam menzalimi wanita dan memberikan kepadanya separuh daripada lelaki. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kadangkala syubhah (keraguan) terhadap Islam dilemparkan kepada kita, kita pun terus menerimanya tanpa menggunakan fikiran dan aqal dengan pertimbangan syara’. Maka ini adalah penerangan tentang 4 keadaan yang saya sebutkan tentang situasi mirath wanita dengan lelaki :

A) Keadaan di mana lelaki sekali ganda lebih daripada wanita : Di sana ada situasi di mana lelaki mengambil bahagian sekali ganda lebih dari wanita. Ia – sebagaimana yang telah jelas pada kita – apabila mati seorang lelaki kemudian meninggalkan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan. Maka bahagian lelaki adalah sekali ganda daripada bahagian perempuan sebagaimana dalam firman Allah Taala : “Allah telah mewasiatkan kamu untuk anak-anak kamu bagi setiap lelaki bahagiannya semisal 2 orang perempuan.” [An-Nisa’ : 11]

B) Situasi-situasi di mana wanita mewarisi seperti juga lelaki : Di sana ada situasi-situasi yang mana perempuan sama dengan lelaki dalam hal mirath (pewarisan harta). Tersangatlah aneh dan menunjukkan kejahilan orang yang menyerang Islam dengan tohmahan bahawa Islam tidak adil terhadap wanita dalam hal mirath. Situasi pertama dalam hal ini yang menunjukkan bahawa perempuan sama dengan lelaki dalam mirath ini berada dalam ayat yang sama. Allah berfirman : “Allah perintahkan kepada kamu bahawa bahagian anak-anak kamu iaitu untuk anak lelaki sama dengan 2 bahagian anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2 pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya : satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagan ibunya ialah satu perenam.” [An-Nisa : 11] Situasi yang menyamakan bahagian antara wanita dengan lelaki ini adalah apabila seseorang mati dan meninggalkan ayah dan ibu. Ayah dan ibu di sini sama bahagiannya daripada harta yang ditinggalkan itu. Kedua-duanya masing-masngnya adalah lelaki dan perempuan yang berada pada darjat kerabat yang sama terhadap si mati. Masing-masing mewarisi 1/6 dari peninggalan.

Situasi kedua yang menunjukkan bahawa wanita mewarisi sama banyak seperti lelaki dalam mirath adalah apabila seseorang itu mati, dan dia tidak mempunyai anak-anak lelaki, tidak ada ayah atau ibu, meninggalkan saudara lelaki atau perempuan, atau saudara-saudara lelaki dan perempuan. Maka ketika itu, saudara-saudara lelaki dan perempuan itu sama jumlah harta mereka dalam pewarisan. Allah berfirman : “Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tia-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu), lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan).” [An-Nisa’ :12]

C) Situasi di mana wanita mewaris harta lebih dari lelaki. Contohnya kalau mati seorang wanita dan meninggalkan seorang suami, ibu ayah dan 2 orang anak perempuan, maka pembahagian harta peninggalannya seperti berikur : Suami (seorang lelaki) mendapat ¼. Ayah 1/6 juga seorang lelaki. Ibu 1/6. Bagi kedua-dua anak perempuannya 2/3 yakni setiap bahagian dari setiap orang anak perempuan itu lebih dari bahagian si ayah yang merupakan seorang lelaki, bahkan besar juga dari bahagian datuk yang juga seorang lelaki. Kalau 2 orang anak perempuan ini di sini adalah satu saja bilangannya, dia akan mengambil ½. Dia akan mengambil sekali ganda lebih dari ayah yang merupakan seorang lelaki dan lebih banyak dari datuk yang juga seorang lelaki.

D) Situasi di mana wanita mewarisi tetapi lelaki tidak mewarisi apa-apa. Di sana ada situasi para wanita mewarisi harta peninggalan tetapi tidak pula bagi lelaki. Mereka berada di darjat kerabat yang sama bagi si mati. Ia adalah situasi di mana adanya nenek kepada ayah bersama dengan datuk kepada ibu, juga terdapat 2 para pewaris lain. Nenek kepada si bapa adalah seorang wanita dan dia mewarisi harta peninggalan dan datuk kepada ibu yang juga seorang lelaki tidak mewarisi apa-apa.

Inilah situasi-situasi itu secara ringkas, dan saya tidaklah mahu memanjang-manjangkan dalam menaqalkan hal ini. Ini adalah untuk syarah dan penjelasan sahaja. Kalau kami mahu tambahkan semua yang telah Islam sebutkan sehingga tahap Islam menyuruh meninggalkan urusan nafaqah di rumah, mahar dan kos hidup kepada lelaki dan menanggungjawabkan kepadanya, kita akan dapati bahawa Islam sangat melebihkan wanita dan tidaklah meyisihkannya sebagaimana yang disebar-sebar oleh orang tertentu itu. Ia adalah ruang yang telah didahului oleh Islam berbanding syariat-syariat lain dan hal itu memerlukan tulisan khusus yang lain.

Sesungguhnya fiqh mar’ah (kewanitaan) dan hukum-hukumnya memerlukan pembaharuan dan dalam masa yang sama mengangkat keagungan syariat Islam dalam pandangan-pandangannya terhadap wanita. Kita juga hendaklah bersihkan pemikiran yang telah diwarisi tentang wanita, yang mana melalui kajian dan penelitian kita dapati sangat jauh dari syariat Islam kita yang hanif sepertimana persoalan mirath wanita, penyaksian wanita, diyah wanita. Semua persoalan ini tidak bermaksud Islam mengurangkan kemanusiaan seorang wanita dan kesempurnaan aqalnya, keahliannya dalam apa yang dia berhak. Dalam ruang yang lain, kami akan jelaskan sebahagian persoalan-persoalan yang diragukan ini dari sudut pandang Islam terhadapnya.
Wallahu a’lam.

Post has shared content

Post has attachment
Seni Sesama Kader
Kalau
menjawab soalan perlukan kemahiran, bertanya soalan pun perlukan kemahiran
juga. Bukan semua
soalan sesuai ditanya, bukan semua soalan yang sesuai ditanya itu pula, sesuai
dengan tempat dan orang yang ditanya. Seperti
bertanya soalan bahasa arab tingg...

Post has attachment
Teori Peralihan Marhalah Dakwah
~pic by cetusanminda. Marhalah yang sering disebut-sebutkan. Dakwah yang
dilakukan secara jamaie’ tak dapat tidak perlu kepada rantaian perkembangan
marhalah agar dakwah tak hanya berputar di marhalah lama dan kekal dengan cara
yang sama saja. Kerana
perkem...

Post has attachment
Lelaki Dakwah Adalah Rijal Masjid. 

Jemput baca. 

Post has attachment
Lelaki Dakwah Adalah Rijal Masjid
Para daie’
adalah orang yang sepatutnya sentiasa berusaha memelihara keterikatan hatinya
dengan Allah. Sebelum keterikatannya dengan mad’unya, terlebih utama adalah
untuk dia memastikan hatinya benar-benar terikat dengan Allah. Sungguh
canggung rasanya, dai...

Post has attachment
Sudahkah anda dapatkan buku Pimpin Aku Ke Syurga?

Semoga bermanfaat bagi mereka yang membeli,
Barakah juga kunjung mengiringi.
Photo

Post has attachment
Virus Nifaq Dalam Barisan Dakwah
Selalu yang
dipesan oleh Rasul s.a.w. itu melalui ciri nifaq atau munafiq ada tiga. Apabila
berjanji, memungkiri, apabila diberi kepercayaan dia mengkhianati, apabila
bercakap ia berdusta. Sifat yang
dipesan bukan untuk kita carinya pada susuk tubuh orang l...

Post has attachment
Dilema Antara Pengorbanan Dan Kebajikan Dalam Harakah Islam. Jemput baca. 

Boleh contact saya di raudhatulhimmah@gmail.com untuk sebarang perkongsian/ pertanyaan atau apa-apa soalan.

Semoga bermanfaat.
Wait while more posts are being loaded