Profile cover photo
Profile photo
Ain Lin Fida Aini Aldi Mubin Pul
8 followers
8 followers
About
Posts

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH PENAGIHAN DADAH
Isu-isu yang berkaitan dengan penagihan dadah telah menjadi masalah sosial yang sangat serius sama ada di dalam negara kita mahupun di Negara-negara lain. Setiap tahun masalah penagihan dadah ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Sesungguhnya isu penagihan dadah ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana penagihan dadah banyak mendatangkan keburukan kepada dirl sendiri, masyarakat dan negara. Kenapakah penagihan dadah ini terus meningkat di Negara kita? Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab berlakunya penagihan dadah.

SIKAP IBU BAPA SENDIRI

Antara sebab yang boleh membawa kepada penagihan dadah ialah sikap ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang tidak memberikan kasih sayang dan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Terdapat juga ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa sunyi tinggal di rumah. Oleh itu, mereka cuba mencari ketenangan dan keseronokan di pusat-pusat hiburan dan akhirnya terjebak dengan penagihan dadah.

SIKAP INDIVIDU SENDIRI

Sikap individu juga merupakan penyebab kepada penagihan dadah. Terdapat individu yang ingin merasai kenikmatan menagih dadah lalu mencubanya. Walau bagaimanapun sikap ini membawa padah kerana individu tersebut akan menjadi ketagih dan tidak dapat berhenti daripada menagih dadah. Dalam sesetengah kes, jika seseorang penagih itu tidak menagih dadah :alam jangka masa tertentu, individu tersebut akan berasa tidak tenteram dan sentiasa gelisah.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga boleh menjadi penyebab kepada aktiviti penagihan dadah. Jika kita memilih rakan yang menagih dadah, pasti lama-kelamaan kita juga akan terlibat dengan masalah aenagihan dadah. Hal ini kerana rakan yang menagih dadah pasti akan mengajak kita mencuba najis dadah yang dikatakan dapat memberikan ketenangan dan menyelesaikan masalah hidup. Seseorang itu biasanya akan menerima pelawaan rakan kerana takut dianggap tidak 'geng' atau ketinggalan zaman.

SIKAP SEGELINTIR MASYARAKAT

Sikap masyarakat juga menjadi penyebab kepada berlakunya masalah penagihan dadah. Terdapat golongan masyarakat yang mengambil mudah masalah penagihan dadah kerana mereka berpendapat bahawa keluarga mereka tidak terlibat dengan masalah tersebut. Ada juga sesetengah masyarakat beranggapan bahawa tanggungjawab membanteras penagihan dadah adalah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Sikap individualistik di kalangan masyarakat inilah yang menyebabkan masalah penagihan dadah semakin bertambah.

Kesimpulannya terdapat banyak sebab berlakunya penagihan dadah, khususnya kepada golongan remaja. Oleh sebab penagihan dadah mendatangkan banyak masalah, langkah mengatasinya periu dilakukan dengan serius dan segera. Adalah amat penting semua pihak mesti memainkan peranan untuk menangani masalah penagihan dadah. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti masalah penagihan dadah akan dapat diatasi.

Post has attachment
penagihan dadah di kalangan remaja
Photo

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
Photo

Post has attachment
Photo



Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan memberi tumpuan kepada menanggani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti. Kerja sosial menjadi satu profesion yang memberi penekanan terhadap kepentingan individu dan masyarakat dengan membekalkan perkhidmatan profesional berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial, etika profesion dan intervensi.
Wait while more posts are being loaded