Profile cover photo
Profile photo
Mohd Najib
163 followers
163 followers
About
Posts

Post has attachment
SESI 2018 ;-
Transit & Pasti di SEMENYIH:
Berita gembira untuk penduduk SEMENYIH,
Kelas Tadika (PASTI) & Transit telah dibuka disekitar Semenyeh.
untuk mendapat maklumat lanjut hubungi "pm" melalui WhatApp seperti dibawah ini
[G+5] https://t.co/1Icj0GBVwn

.
“pm” melalui whatspp segera;
1) Azli, http://www.wasap.my/+60193434896
2) Karim, http://www.wasap.my/+60162432710
3) Sidah, http://www.wasap.my/+60123142651
2) Mala, http://www.wasap.my/+60133620854
.

[G+5] https://plus.google.com/u/0/108288044316329488113/posts/31UNSz6yUJa

Post has attachment
Transit & Tadika SESI 2018

Transit & Pasti di SEMENYIH:
Berita gembira untuk penduduk SEMENYIH,
Kelas Tadika (PASTI) & Transit telah dibuka disekitar Semenyeh.
untuk mendapat maklumat lanjut hubungi "pm" melalui WhatApp seperti dibawah ini ;-
.
1) Azli, http://www.wasap.my/+60193434896
2) Karim, http://www.wasap.my/+60162432710
3) Sidah, http://www.wasap.my/+60123142651
2) Mala, http://www.wasap.my/+60133620854
.

[map1] https://goo.gl/maps/O8Mkl
[map2] https://goo.gl/maps/vT4qV
[map3] https://goo.gl/maps/SoMtc

Transit & Tadika di SEMENYIH, pendaftaran awal sesi Jan, 2018
[BS1] http://t.co/ujx3edMAzQ
Map;
[BS2] http://t.co/BPJfQvRv7Q
Community view;
[GC1] https://t.co/VZvn9UyTge
,
{Ads validate; 3/Nov/2017}
{Ads expire; 28/Feb/2018}

Post has attachment

Ada pun sebutan hari dalam seminggu oleh kaum Arab jahaliah ialah;
Awwal ialah Ahad,
Ahwan ialah Isnin,
Dabar ialah Selasa,
Jabbar ialah Rabu,
Munis ialah Khamis,
Urubah ialah Jumaat,
Shabar ialah Sabtu.
.
8.7.73~79.
Juz:8,Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 73~79:
[G+] https://t.co/3ubouA4xpC

8.7.73~79.
Juz:8,Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 73~79:
Ayat ini hingga keayat 79, Allah menceritakn tentang Nabi Salih a.s. bersama dengan kaumnya kaum Ad’ kedua (juga disebut kaum Thamud). Nabi Salih menyeru kepada kaumnya agar menyembah Allah dan jangan menyembah berhala seperti nenek moyang mereka yang terdahulu.
(Setengah kaul ulamak berkata) Ada pun Thamud ialah suku kaum kabilah bangsa Arab duduk tinggal dilembah padang pasir yang terlalu amat sedikit air maka digelar sebagai kaum Thamud dan negeri mereka bernama Al-Hijr yang terletak diantara Negeri Hijaz dengan Negeri Syam sampai ke Wadil Quraa.
Susur galur kaum Thamud ialah Thamud bin Abir bin Irma bin Sam bin Nuh
Susul galur Nabi Salih pula ialah Salih bin Abid bin Asif bin Masih bin Abid bin Hadzir bin Thamud bin Abir bin Irma bin Sam bin Nuh.
Susul galur Nabi Hud pula ialah Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud bin Ad bin Aus bin Sam bin Nuh
Ayat 73 menyebut tentang seruan Nabi Salih kepada kaumnya; Hai kaum ku, sembahlah Allah kerana kamu tidak ada mempunyai tuhan selain dari Allah. Sesungguhnya telah datang bukti dari Allah. Inilah unta betina dari Allah yang menjadi keterangan bagi kamu. Dan janganlah menyakiti unta tersebut kelak kamu ditimpa seksa yang pedih. (mukiizat Nabi Salih, unta betina ini keluar dari batu disebuah gunung).
Ayat 74 menyebut tentang seruan Nabi Salih kepada kaumnya agar bersyukur mengenang nikmat Allah yang dikurniakan kepada mereka; Ingatlah kamu dikurniakan kekuasaan sesudah kaum Ad dibinasakan oleh bincana angin ribut. Sekarang kamu dapat memerintah negeri Al-Hijr dengan makmur, dapat membina rumah dilembah padang pasir dan digunung-gunung dengan kukuh.
Ayat 75 menceritakan tentang bangsawan orang besar-besar dari kaum Thamud yang menyombong diri dan berkata kepada kaum lemah pengikut ajaran Nabi Salih; Adakah kamu yakin percaya bahawa Salih itu benar diutus oleh Allah ?. Maka kaum yang lemah itu menjawab; Ya, memang kami yakin percaya apa yang diutuskan itu adalah benar.
Ayat 76 menceritakan kesombongan orang kufur, lalu mereka membalas jawab; Tetapi kami tidak percaya kepada apa yang kamu percayakan itu.
Ayat 77 menceritakan kederhakaan kaum Thamud. Lalu unta betina yang keluar dari batu dipergunan itu hidup sekian lama dikalangan mereka disembelihnya dan seraya berkata kepada Nabi Salih; Hai Salih ! cubalah datangkan apa yang kamu ancamkan kepada kami kalau engkau benar dari para Rasul.
Ayat 78 menceritakan tentang kaum Thamud yang mencabar utusan Allah, lalu Allah turunkan bala kepada mereka seperti yang telah dijanjikan, maka petir halalintar ribut serta gempa bumi yang kuat berlaku dinegeri Al-Hijr dan memusnahkan seluruh penduduk serta bangunan-bangunan hancur.
(Setengah kaul ulamak berpendapat) Hari-hari kemusnahan itu berlaku pada hari berikut ;-
Hari Munis, muka orang kufur menjadi pucat.
Hari Urubah, muka orang kufur menjadi kemerahan.
Hari Shabar, muka orang kufur menjadi hitam legam.
Hari Awwal, orang kufur semua menerima seksaan dari Allah dan hancurlah seluruh penduduk dan negeri Al-Hijr.
Ayat 79 menceritakan tentang penghijrahan Nabi Salih dan pengikutnya meninggalkan negeri Al-Hijr yang telah musnah itu dengan meratap sedih dan berkata kepada kaumnya yang masih hidup; Hai kaum ku ! sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Allah, dan menasihatkan kamu tetapi kamu tidak suka kepada nasihat yang diberi.

Ada pun sebutan hari dalam seminggu oleh kaum Arab jahaliah ialah;
Awwal ialah Ahad,
Ahwan ialah Isnin,
Dabar ialah Selasa,
Jabbar ialah Rabu,
Munis ialah Khamis,
Urubah ialah Jumaat,
Shabar ialah Sabtu.
.
.
previous, [G+] https://t.co/Eb56XQrfzG
via, normazzn@gmail.com

Ads: 7/July/2017
.
TOLET
Apartment Kelisa Ria, Bangi, Selangor
[G+0] https://t.co/RSRsQ55Cu8

8.7.65~72.
Juz:8,Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 65~72:

Pada ayat ini hingga ayat 72, Allah menceritakan tentang Nabi Hud a.s. dengan kaum ‘Ad iaitu kaum Arab purbakala yang hidup dipadang pasir yang bernama Al-Ahqaf diantara Oman dan Hadramaut. Kaum ‘Ad ada dua golongan yang tinggal diperkampungan padang pasir, kaum ‘Ad pertama dan kaum ‘Ad kedua (Thamud).
Kaum ‘Ad pertama diseru oleh Nabi Hud, dan kaum ‘Ad kedua telah diseru oleh Nabi Salih.
Nabi Nuh susul galurnya ialah Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud bin Ad bin Aus bin Sam bin Nuh. Jarak antara Nabi Hud dengan Nabi Nuh lebih kurang 800 tahun, dan umur Nabi Hud ialah 446 tahun dan Nabi Nuh 1240 tahun.
Pada ayat 65, Allah menyatakan bahawa, Allah telah mengutuskan Nabi hud kepada kaum ‘Ad.
Nabi Hud menyeru kaumnya dari masa kemasa supaya menyembah Allah dan meng’esakan Nya.
Pada ayat 66, Nabi Hud mendapat tentangan daripada kaumnya yang kufur dan syirik menyembah berhala, dan kaumnya menuduh Nabi Hud kurang akal dan pembohong kerana Nabi Hud telah menghalang mereka daripada menyembah berhala Somud dan Hatar.
Pada ayat 67 & 68, Nabi Hud menolak tuduhan kaumnya itu dengan mengatakan; Hai kaum ku , bukannlah aku dalam keadaan kurang akal seperti yang kamu sangkakan, tetapi aku adalah utusan Allah seru sekealian alam. Aku diutuskan untuk memperingatkan kamu semua dengan menerangkan dan menjelaskan segala perkara yang diperintahkan Allah dan segala perkara yang ditegah Nya. Aku adalah sebagai penasihat yang jujur dalam menyampaikan perutusan Allah, dan menganjurkan supaya mentaati Allah dan menjauhi larangan Nya dan aku bukan lah seorang pendusta.
Pada ayat 69, Nabi Hud berkata; Apalah yang kamu hairankan hingga tergamak untuk mendustakan peringatan amaran daripada Allah yang dibawah oleh seorang seperti aku ini walhal kamu memang mengenali aku, oleh itu kenanglah kemurahan kurnia Allah nikmat yang kamu perolehi berkuasa diatas muka bumi setelah Allah membinasakan kaum Nuh dan kamu dijadikan kaum yang kuat gagah perkasa.
Pada ayat 70, Tetapi kaumnya menolak penjelasan Nabi Hud walau pun tutur kata pujuk rayu disampaikan oleh Nabi Hud, namun mereka tetap enggan untuk menyembah Allah dan enggan meninggalkan berhala yang disembah oleh nenek moyang mereka. Kaum ‘Ad telah menyombong diri dan melampau batas serta mencabar Nabi Hud dengan berkata; cubalah timpakan seksa yang engkau janjikan keatas kami, kalau engkau benar berani mengancam kami.
Pada ayat 71, Maka cabaran itu dijawab oleh Nabi Hud dan berkata; Sudah pasti seksa kemurkaan dariapda Allah akan menimpa kamu. Tidak usahlah kamu hendak berdalih kepada aku untuk mengatakan bahawa berhala yang kamu sembah itu adalah Tuhan kamu semenjak dari nenek moyang kamu yang membuat patung dengan tangan-tangan kamu sendiri.
Pada ayat 72, Setelah Allah menceritakan soal jawab yang berlaku antara Nabi Hud dengan kaumnya. Maka pada ayat ini menceritakan tentang Nabi Hud dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah dari malapetaka angin sejuk bertiup kencang selama 8 hari 7 malam hingga menerbangkan seluruh kampung kaun ‘Ad kerana mereka telah menderhaka dan kufur terhadap Allah.
.
.
previous, [G+] https://t.co/gnqdKCnLax
via, normazzn@gmail.com
Wait while more posts are being loaded