Profile cover photo
Profile photo
Asmaa Yusof
Be Happy! 😊
Be Happy! 😊
About
Posts

Post has attachment
1Juta Rakyat Indonesia Membanjiri Masjid Istiqlal

Oleh: Asmaa Yusof

JAKARTA – Lebih 1 juta rakyat indonesia membanjiri Masjid Istiqlal bagi mendesak pemerintah Indonesia mengenakan tindakan keras ke atas dakwaan menghina agama Islam.

Demikian menurut sumber yang turut menceritakan suasana Himpunan Aman Bela Al-Quran anjuran Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF-MUI).

Himpunan mega itu telah dihadiri rakyat seluruh Indonesia dari Acheh hingga Kepulauan Papua. Setakat jam 2 petang, para peserta demonstrasi bergerak menuju ke Istana Negara Indonesia.

Menurut sumber kompas.com, peserta demonstrasi melaungkan selawat serta berzikir sebelum memulakan perjalanan himpunan.

Memetik sumber sama juga, beberapa orang berdiri di atas kereta komando untuk memimpin zikir dan selawat. Selain itu, mereka juga melaungkan kalimah takbir.

Post has attachment
Cahaya Islam: Urat Nadi Yang Tidak Boleh Dipadam
Oleh: Asmaa Yusof

“Cahaya Islam tidak boleh dipadam. Apabila gagalnya Komunis, Soviet Union berkecai.

Lalu Amerika melalui pemikir-pemikir khususnya Francis Hukoyama, seorang professor yang terkenal di Amerika sebagai seorang pemikir membuat telahan bahawa dunia hanya dikuasai oleh satu kuasa besar dunia, iaitu barat.”

Demikian ujar Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu sesi ceramah beliau minggu lalu.

Meneruskan penjelasan, Tuan Guru menyatakan selepas telahan itu dibuat, barat telah mengkaji semula dan mendapati Islam adalah kuasa yang lebih besar; tidak boleh dipadam mengatasi kuasa barat.

“Tiba-tiba mereka membuat penilaian semula dan mendapati bahawa disana ada suatu kuasa yang tersembunyi; iaitu Islam,” kata beliau.

Beliau menambah, kebangkitan Islam jelas dilihat di kebanyakan negara barat; bukti ajakan Islam tidak boleh dipadamkan.

“Berlaku kebangkitan Islam di barat, di England, di Amerika, di Perancis dan di seluruh dunia Islam termasuk di Soviet Union sendiri.

“Orang Islam berpuluh-puluh juta di Rusia. Manakala solat raya baru-baru ini hampir 100 ribu jemaah di Moscow.”

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu dipetik berkata demikian dalam salah satu rakaman video kuliah beliau seputar isu politik antarabangsa dan dunia Islam.

“Inilah kebangkitan Islam, urat nadi yang tidak boleh dimatikan.”

Post has attachment
Misi Kemanusiaan Myanmar Terima Penghargaan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Oleh: Asmaa Yusof

Misi Food Flotilla For Myanmar, FFFM selamat berlabuh di Yangon sekitar jam 4.40 petang waktu Malaysia semalam, 9 Februari.

Demikian menurut sumber Harakahdaily dengan memaklumkan misi tersebut tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa (MITT) dalam keadaan baik.

Memetik sumber sama, bantuan akan disalurkan melalui Kerajaan Myanmar diwakili Menterinya, Dr Winmyat Aye.

Liputan Al-Jazeera semalam turut melaporkan hal sama dengan menyatakan sebuah kapal dari Malaysia yang membawa 2,300 tan bantuan untuk berpuluh-puluh ribu umat Islam Rohingya tiba di Yangon.

Namun demikian, terdapat berpuluh-puluh sami Buddha dan penunjuk perasaan menunggu sambil mengibarkan bendera kebangsaan dan mengangkat papan tanda “No Rohingya”.

Tindakan tersebut sebagai tanda protes terhadap ketibaan misi bantuan ke atas Etnik Muslim Myanmar.

Terdahulu, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang antara pimpinan Malaysia yang telah mengerah seramai mungkin penyumbang bagi menjayakan misi tersebut dan merakamkan ucapan selamat kepada semua peserta rombongan.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.

“Saya iringi dengan doa, iringi dengan dukungan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar,’ demikian ucapan Naib Presiden KUIS jumaat lalu.

Pelayaran Nautical Aliya diteruskan sekitar jam 6.00 petang semalam menuju ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bagi lanjutan serahan bantuan.

Misi mensasarkan serahan hingga ke Kem Pelarian Teknaf yang terletak kira-kira 6 jam perjalanan darat dari pelabuhan itu.

Post has attachment
Elak Minta Bantuan Musuh Perangi Sesama Islam

Oleh: Asmaa Yusof

SHAH ALAM: Sentimen kaum yang dieksploit hingga mendorong umat Islam meminta bantuan Barat telah memusnahkan pemerintahan Islam Uthmaniyah hingga mewujudkan peta baharu di dunia Arab hari ini, demikian tegas Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam syarahan perdana berkisar pergolakan Asia Barat di Dewan Banquet MBSA.

Pada permulaan syarahan, beliau menghuraikan secara ringkas perincian mengenai sejarah kemunculan dan kepelbagaian mazhab sambil berpesan supaya umat Islam tidak mudah menyesatkan antara satu sama lain.


Seterusnya, Tuan Guru telah menjelaskan sejarah Perang Dunia Pertama, yang memulakan perpecahan Uthmaniyah dan melaksanakan peta baharu yang direka penjajah Barat.

“Pada tahun 1916, keputusan yang turut diwakili oleh Kamal Ataturk telah dibuat untuk membubarkan khilafah Uthmaniyah.

“Seterusnya Raja Hijaz, Syarif Husin mengisytiharkan perang terhadap Uthmaniyah dengan dokongan British melalui dutanya di Mesir.

“Dalam masa yang sama, Ibn Rashid yang merupakan pemerintah di bawah Uthmaniyah juga digulingkan.

“Maka berlakulah Perang Dunia Pertama melibatkan Turki dan Jerman menentang Rusia dan Eropah,” terang Tuan Guru bersemangat.

Meneruskan syarahan beliau berkata, atas semangat nama kebangsaan Arab, Revolusi Agung Arab itu telah sepakat menentang kezaliman Uthmaniyah.

Jelasnya, tidak dinafikan ada unsur kezaliman dalam pentadbiran Uthmaniyah namun persoalan yang wujud kewajaran menggulingkan kerajaan Islam dengan memohon bantuan dari musuh Islam.

Merungkai persoalan tersebut, Naib Presiden KUIS itu membaca huraian dari surah al- Maidah ayat 51 yang menjelaskan perihal larangan memilih pemimpin dari kalangan Yahudi dan Nasrani.

Tambah beliau, kejatuhan khilafah Uthmaniyah adalah akibat berwala’ dengan negara Barat sehingga dapat diwujudkan peta negara-negara Arab seperti yang ada pada hari ini.

Post has attachment
Kerjasama Dua Kerajaan: Hasil Rundingan Hamas & Fatah

Oleh: Asmaa Yusof

Agensi berita Al Jazeera bertarikh 18 Januari melaporkan satu kata sepakat telah dipersetujui bersama antara Hamas dan Fatah.

Perjanjian yang dimeterai selepas tiga hari rundingan yang berlangsung di Moscow itu telah membuka jalan ke arah pembentukan Majlis Kebangsaan baru.

“Pihak Berkuasa Palestin Fatah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan pihak Hamas.

“Persetujuan itu dicapai lewat Rabu lalu selepas berlangsungnya rundingan selama tiga hari di ibu negara Rusia, Moscow,” demikian lapor Al Jazeera.

Kedua-dua organisasi itu akan membentuk Majlis Nasional yang baru dengan mengadakan pilihanraya.

Menurut salah seorang pegawai kanan Fatah, Azzam al-Ahmad, inisiatif diambil kedua-dua pihak itu adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

Hubungan antara pemimpin Palestin Parti Fatah, Mahmoud Abbas dan pihak Hamas tegang sejak kedua-duanya cuba merampas Gaza semasa perang saudara pada tahun 2007.

Tahun lalu, kerajaan Palestin menangguhkan pilihan raya pertama melibatkan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selepas Mahkamah Tinggi memutuskan ia hanya boleh diadakan dalam kawasan yang dikendalikan Fatah sahaja.

Menurut satu agensi berita lain Gulfnews, Selasa lalu turut melaporkan perkara demikian.

Menurut sumber tersebut, rundingan tidak rasmi di Moscow yang bermula pada Ahad lalu itu adalah di bawah naungan Rusia.

Selain itu jelasnya, matlamat rundingan adalah untuk mengembalikan perpaduan rakyat Palestin.

Perjanjian yang dimeterai di Rusia adalah satu isyarat bahawa rakyat Palestin sudah mula beralih arah dari Amerika Syarikat yang sebelum ini terlibat dalam proses damai selama beberapa dekad.

Post has attachment
Pimpinan Contoh Utamakan Ibadah Menjadi Qudwah

Oleh: Asmaa Yusof

Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dikenali sebagai sultan yang sangat mengambil berat soal agama dengan menghadiri solat berjemaah dan kuliah-kuliah agama.

Terbaru, kunjungan baginda solat berjemaah di Masjid Kem PGA Cheras mencuri tumpuan penduduk.

Faizu, salah seorang ahli jemaah masjid tersebut semasa dihubungi media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), semalam menceritakan pengalamannya bersama baginda sultan.

Katanya, beliau cukup teruja dan terkejut semasa melihat YDPA berada di hadapannya semasa solat jemaah.

“Sultan Muhammad merupakan agong yang luar biasa.

“Saya tidak menduga susuk tubuh berdiri di hadapan saya semasa solat maghrib tadi adalah beliau,” ujar beliau seakan tidak percaya apa yang dilihat.

Tambah Faizu, walaupun kehadiran polis yang mengawal pergerakan baginda sultan, itu tidak menghalangnya beramah mesra dengan rakyat.

Ujarnya lagi, ramai mengambil kesempatan untuk bersalaman selepas solat dan dia berbangga terhadap akhlak yang ditunjukkan Sultan Muhammad V.

Mengakhiri perbualan, beliau berharap agar keperibadian YDPA menjadi contoh kepada rakyat jelata.

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai YDPA ke-15 Malaysia pada 13 Disember lalu.

Post has attachment
Diplomatik HAMAS Terus Menjadi Strategi Antarabangsa

Oleh: Asmaa Yusof

Ketua hubungan luar Hamas, Osama Hamdan dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Al Monitor mendedahkan kepimpinan pergerakan itu bertemu delegasi diplomat Eropah beberapa minggu lalu di Qatar.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap keputusan Eropah untuk mengeluarkan Hamas dari senarai organisasi pengganas mereka.

Manakala dalam satu temu bual telefon dari Beirut, Hamdan, salah seorang pemimpin politik Hamas berkata, pergerakan itu adalah bertujuan untuk memperbaiki hubungan dengan Iran selepas beberapa insiden ketegangan antara mereka sejak kebelakangan ini.

Katanya, beliau membincangkan hubungan dingin antara Hamas dan Arab Saudi serta memberitahu bahawa delegasi kepimpinan Hamas bersiap sedia untuk melawat Mesir tidak lama lagi.

Apabila ditanya gambaran ringkas mengenai hubungan serantau dan antarabangsa selepas 29 tahun penubuhan Hamas, Hamdan berkata HAMAS berminat untuk mengekalkan hubungan yang seimbang dan terbuka.

“Ia telah berjaya sejak tiga dekad lalu sejak penubuhannya pada tahun 1987 untuk mewujudkan saluran komunikasi dengan beberapa negara Arab, Islam dan Barat.

“Kini HAMAS mempunyai rangkaian hubungan politik dan diplomatik yang luas, tetapi Amerika Syarikat telah memberi tekanan ke atas kebanyakan negara lain sehingga berjaya mempengaruhi mereka untuk tidak bekerjasama dan membina sebarang hubungan dengan Hamas.

“Hamas hari ini mempunyai sistem komunikasi yang baik, termasuk negara-negara lain daripada negara-negara Arab dan Islam,”jelas beliau dalam sesi temubual melalui telefon bersama wartawan Al Monitor.

Tambah beliau, mereka juga mempunyai hubungan dengan Persekutuan Rusia, Brazil di Amerika Latin, Nigeria dan Afrika Selatan di benua Afrika dan China, Malaysia dan Indonesia di Asia.

Manakala di benua Eropah katanya, Hamas mempunyai hubungan yang kukuh dengan Switzerland dan Norway.

Menyentuh isu serangan berdarah di Mesir termasuk insiden pengeboman Gereja Saint Peter dan Saint Paul pada 12 Disember lalu, Hamas menegaskan Hamas mengutuk tindakan tersebut.

Dalam perkembangan lain pula, beliau menjelaskan hubungan HAMAS dan Iran agak tegang sejak kebelakangan ini menyifatkan ianya berpunca pergolakan negara Arab sejak tahun 2011.

“Iran telah memberikan sokongan yang besar kepada puak Palestin termasuk Hamas.

“Semasa perang Israel ke atas Gaza pada musim panas tahun 2014, Hamas dan Iran hubungan bertambah baik.

“Kedua-dua pihak bersetuju bahawa perkembangan di rantau ini tidak boleh menjejaskan hubungan kami.

“Terdapat peningkatan yang stabil, walaupun terdapat beberapa perbezaan yang saya tidak mahu ulas sekarang.

“Sokongan ketenteraan dan kewangan Iran ke Hamas tidak berhenti, dan kami berharap ia akan meningkat,” jelas beliau dalam temubual sama.

Post has attachment
Catatan Asmaa Yusof

Ujian Dan Dakapan Kasih Sayang Allah

Sesungguhnya orang beriman itu yakin dengan hikmah di sebalik cabaran dan rintangan. Andai keyakinan melangkaui segalanya, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

Ujian itu jika diukur dengan akal, seakan tiada jalan keluar; namun orang beriman yakin bahawa Allah SWT mampu mengubah segala keadaan dengan kehendak-Nya.

Apabila segala sesuatu terjadi lantas meruntun jiwa insan, tiada ubat melainkan kembali kepada hakikat kehidupan dengan pergantungan kepada Allah SWT.

Allah SWT menghadiahkan potongan ayat terindah buat renungan hamba-hamba-Nya tatkala gundah. Firman-Nya:-

(وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ)

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 155)

(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 156)

(أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ)

Maksudnya: “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 157)

Kata Ibn al-Qayyim RHM dalam ‘Tibb al-Qulub’, faktor yang membawa seseorang kepada ‘Al-Sakinah’ (ketenangan) ialah perasaan perdampingan (‘muraqabah’) kepada Allah SWT seakan Dia melihat kita.

Apabila perasaan itu bertambah, maka bertambahlah rasa cinta, tunduk, khusyuk, takut dan harap kepada-Nya.

Justeru, beruntunglah dirimu sahabat. Diriku yakin ujian hebat ini telah membuatkan engkau meletakkan pergantunganmu kepada Rabb dengan cukup kuat lantas setiap detik semestinya hanya Allah SWT dalam ingatanmu.

Sesungguhnya engkau dalam dakapan kasih sayang Allah. Maka bergembiralah, Allah memilihmu membuktikan cinta-Nya kepada hamba-Nya!

Selamat melangkah dengan tenang.

Selamat menikmati setiap saat ujian dengan sabar.

Selamat mengharungi liku hidup dengan penuh keyakinan.

Janji Allah itu pasti!

13 Dis 2016

Post has attachment
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

[HIJJAZ]
Photo

Post has attachment
Atlet Berhijab Pertama AS Di Temasya Olimpik Rio

Oleh: Asmaa Yusof

RIO DE JANEIRO – Februari lalu, pemain pedang wanita Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad, berjaya mencipta sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016 dengan tampil sebagai atlet AS pertama yang bertanding di Sukan Olimpik dalam keadaan berhijab.

Ibtihaj Muhammad terpilih selepas beliau memperoleh pingat gangsa dalam saringan kelayakan dalam satu kejohanan yang disertainya.

Menurut beliau, penyertaannya dalam Sukan Olimpik adalah untuk membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu berjaya tanpa mengira agama.

“Saya mahu bersaing dalam Sukan Olimpik mewakili Amerika Syarikat untuk membuktikan bahawa tiada apa yang menghalang sesiapa sahaja mencapai matlamat mereka; samaada bangsa, agama mahupun jantina,” ujar Ibtihaj kepada wartawan TeamUsa.org.

“Saya mahu menjadi contoh dan membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil jika kita melakukan sesuatu dengan gigih,” ujarnya lagi.

Walaupun tewas kepada atlet Perancis dalam pusingan 16 acara sabre individu wanita, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.

“Ini merupakan pengalaman indah bagi saya. Saya tahu bahawa ia tertulis untuk saya dan saya berasa bangga mewakili pasukan AS walaupun tewas.”

Dalam Sukan Olimpik 2012 yang lalu, Ibtihaj yang kini menduduki ranking kelapan dunia gagal menunjukkan aksi terbaik apabila ligamennya terkoyak.

Beliau bersaing dalam Sukan Olimpik Rio kali ini dalam acara perseorangan dan berpasukan bersama juara Olimpik AS, Mariel Zagunis.

Menurut laporan Al-Jazeera, Ibtihaj yang berasal dari New Jersey itu menyatakan bahawa beliau telah menceburakan diri dalam sukan lawan pedang sejak berusia 13 tahun lagi.

Jelasnya, beliau melibatkan diri dalam sukan lawan pedang kerana minat yang mendalam serta mendapati tidak ramai golongan minoriti yang berminat dengan sukan ini.

“Saya menyedari saya mempunyai kemahiran khusus dalam bidang ini, jadi saya mula menceburi sukan ini dengan sepenuh masa,” katanya dalam wawancara bersama TeamUSA.org.

Dalam sesi temuramah bersama Al-Jazeera pada Julai tahun lalu, beliau mengatakan bahawa apa yang memotivasikan beliau untuk bersaing di peringkat tertinggi sukan itu adalah datang daripada kemahuan untuk mengubah pandangan masyarakat supaya memandang tinggi umat Islam, wanita dan golongan wanita.

“Pada bila-bila sahaja saya boleh berhenti dalam bidang lawan pedang dan berkata ‘benar kata mereka, (sukan) ini bukan sesuatu yang saya mampu lakukan’; namun saya bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang menggalakkan saya untuk terlibat dalam sukan ini dan cuba untuk melawan mereka yang bersikap stereotaip, ” katanya kepada Al-Jazeera.

Ibtihaj bakal beraksi sekali lagi 13 Ogos ini di peringkat suku akhir acara berpasukan sabre yang dijangka mampu memberi pingat kepada atlet tersebut.
Wait while more posts are being loaded