Profile cover photo
Profile photo
Persatuan Ayam Kampung Malaysia
6 followers -
Ayam Kampung Untuk Semua
Ayam Kampung Untuk Semua

6 followers
About
Communities and Collections
View all
Posts

Post has attachment
Tahniah kepada pasangan otai penternak dan ahli pusaka, abg Dzali & Isteri kak zainab yg juga dibantu anak-anak di Teluk Panglima Garang. Reban dah bertambah besar kapasiti lebih 10k, pejabat pun hebat .... insyallah rakan2 yang lain akan dpt melawat beliau nanti. Kami sedang merancang satu kursus bersama DVS Kuala Langat dan lawatan ladang disini. Stay tune ...
Www.ayamkampung.com.my/reban-ayam-kampung
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
Lawatan Reban Ayam Kampung
11 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Jom sertai Bengkel Pengurusan Penyakit Ayam Kampung yang akan dibentangkan oleh pakar-pakar akademik dan penyelidik dari UPM. Dianjurkan oleh kerjasama antara Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA), Akademi Usahawan MJ Fatonah dan UPM.

Ketahui 6 langkah penting dalam Pengurusan Penyakit Ayam Kampung :
- nama penyakit
- tanda2 penyakit
- punca2 penyakit
- perubatan yang sesuai
- teknik aplikasi ubat / rawatan
- langkah2 pencegahan
Kegagalan mendalami langkah2 di atas adalah antara punca lumpuhnya sesuatu projek ternakan.
Add a comment...

Post has attachment
Industri penternakan ayam kampung di negara ini mendapat pasaran yang luas apabila pengguna kini memilih untuk menikmati daging ayam lebih sihat dan terjamin selain kandungan kolestrol serta lemak yang lebih rendah. Namun penternak ayam kampung sama ada secara kecil-kecilan atau berskala besar perlu dihimpunkan dalam satu wadah yang mampu bergerak lebih jauh untuk menembusi pasaran industri berkenaan.

Penubuhan Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) pada Ogos tahun lalu wajar bagi menghimpunkan semua usahawan yang terbabit dalam industri ayam kampung sebagai satu platform untuk menjalin rangkaian sesama ahli. Presiden PUSAKA Ahmad Najib Habeb berkata, matlamat persatuan adalah untuk membina jaringan rangkaian perniagaan ayam kampung dalam kalangan ahli dan meningkatkan daya saing mengikut pengkhususan bidang masing-masing. Katanya, walaupun pada awal penubuhannya hanya 40 usahawan menyertainya namun kini keahliannya mencecah lebih 200 ahli di seluruh negara. “Melalui persatuan kami
dapat memupuk semangat saling membantu dan mengeratkan kerjasama dalam kalangan ahli.

Ahmad Najib yang juga Pengarah Urusan Marzuq Bayu Sdn Bhd yang mengeluarkan Dedak Warisan khusus untuk ternakan ayam kampung berkata, PUSAKA turut menganjurkan kursus, program dan aktiviti berkaitan penternakan dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatkan pengetahuan dan daya saing ahli.
Add a comment...

Post has attachment
Keperluan menyediakan makanan ternakan yang tiada antibiotik dan tanpa bahan terlarang khususnya untuk ayam kampung diternak bagi memastikan tidak memberi kesan mudarat kepada manusia. http://ayamkampung.com.my

Penternakan ayam kampung dititikberatkan dari segi pemakanan apabila kira-kira 70 peratus daripada kos menternak adalah makanan haiwan berkenaan untuk peringkat tumbesaran.

Oleh itu, syarikat Marzuq Bayu Sdn Bhd menggalas tanggungjawab mengeluarkan Dedak Warisan tanpa antibiotik yang boleh memberi kesan tidak baik kepada manusia jika berlebihan dan tiada kawalan sebaliknya menggunakan inovasi terkini iaitu probiotik.

Pengarah Urusannya, Ahmad Najib Habeb berkata, ia memerlukan proses yang panjang untuk mengkaji formulasi dedak yang dikeluarkan terutama dari segi kandungan, kesesuaian dan keberkesanan kepada ternakan khususnya ayam kampung.

“Probiotik berkualiti sangat bagus bukan saja untuk tumbesaran ayam tetapi juga kualiti telur dan anak ayam. Ayam yang diberi makan dedak probiotik akan lebih sihat dan cepat membesar.
Add a comment...

Post has shared content
Masalah yang dikhuatiri penternak ayam kampung adalah apabila ayam ternakan mereka diserang penyakit. Ayam menjadi murung atau kadangkala menyebabkan kematian yang tinggi. Faktor cuaca panas atau hujan yang berpanjangan juga menyebabkan pelbagai penyakit. Marzuq Bayu Sdn. Bhd. ada menyediakan Panduan Komprehensif Penyakit Ayam Kampung bagi memberikan pencerahan tentang pelbagai jenis penyakit yang biasa menyerang ayam kampung di Malaysia serta langkah-langkah pencegahan samaada menggunakan antibiotik atau dari sudut pengurusan reban atau ayam itu sendiri.

Jika penternak mengenali penyakit-penyakit ini dengan terperinci dan tahu untuk mencegah atau memilih dan menggunakan antiobiotik yang sesuai, ancaman virus berbahaya dan bakteria dapat diatasi supaya kadar kematian dapat dielakkan dan pengeluaran ayam dapat ditingkatkan
Masalah yang dikhuatiri penternak ayam kampung adalah apabila ayam ternakan mereka diserang penyakit. Ayam menjadi murung atau kadangkala menyebabkan kematian yang tinggi. Faktor cuaca panas atau hujan yang berpanjangan juga menyebabkan pelbagai penyakit. Marzuq Bayu Sdn. Bhd. ada menyediakan Panduan Komprehensif Penyakit Ayam Kampung bagi memberikan pencerahan tentang pelbagai jenis penyakit yang biasa menyerang ayam kampung di Malaysia serta langkah-langkah pencegahan samaada menggunakan antibiotik atau dari sudut pengurusan reban atau ayam itu sendiri. Jika penternak mengenali penyakit-penyakit ini dengan terperinci dan tahu untuk mencegah atau memilih dan menggunakan antiobiotik yang sesuai, ancaman virus berbahaya dan bakteria dapat diatasi supaya kadar kematian dapat dielakkan dan pengeluaran ayam dapat ditingkatkan.

Antara penyakit ayam kampung yang biasa menyerang penternakan ayam kampung di Malaysia adalah :

Penyakit Sampar Ayam (ND)
Penyakit ini amat berbahaya yang boleh menyebab kematian mengejut yang tinggi, sehingga keseluruhan reban mampu mati. Ia menyerang sistem pernafasan, pendarahan usus dan sistem saraf.

Penyakit Gumboro (IBD)
Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan penyakit ayam lemah. Ia boleh disamakan seperti AIDS pada manusia. Apa jangkitan Gumburo berlaku, ayam lebih mudah terkena pelbagai penyakit lain.

Penyakit Berak Darah (Coccidiosis)
Ini juga adalah penyakit yang berbahaya dan sering berlaku. Terdapat beberapa peringkat dan beberapa jenis bakteria dari kumpulan Eimeria spp. Apabila ayam telah berak bercampur darah, ia boleh membawa maut dalm tempoh 7 hari.

Berak Kapur (Pollurum)
Ayam akan menjadi murung dan kurang selera makan. Najib ayam akan cair dan erdapat warna putih.

Infectious Coryza
Menyebabkan mata ayam bengkak dan kurang selera makan.
Add a comment...

Post has attachment
Reban amatlah penting dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Ia bertujuan untuk melindungi ayam-ayam daripada hujan, panas dan cuaca buruk serta gangguan musuh selain memudahkan pengurusan pembesaran ayam-ayam. Walaupun hampir sama, reban pembakaan dan reban pembesaran ayam kampung pedaging ada kelainannya. Antara kelainannya adalah reban pembakaan mempunyai sarang-sarang telur, tempat bertenggek untuk tidur, jumlah ayam yang lebih sedikit untuk keluasan reban yang sama. pada masa kini, anak-anak ayam berusia sehari akan terus diletakkan kedalam reban tetapi disediakan kepungan 'gelung-gelung' plywood dan lampu pemanas atau brooder bagi menjaga suhu dan pergerakan anak ayam. Ini adalah penting untuk tempoh 2 minggu bagi mengurangkan kadar kematian anak ayam.

Kebiasaannya, reban ayam kampung dibuat secara terbuka dan 'Sistem Bawah Tanah'. Untuk reban pembesaran ayam kampung pedaging, 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Ini bermakna jika anda membela 2000 ekor ayam, keluasan lantai reban yang diperlukan adalah 2000 ekor kaki persegi. Contoh size reban seperti 20 kaki x 1000 kaki. Reban ayam tidak perlu menggunakan peralatan yang canggih atau kos yang tinggi. Ada yang menggunakan kayu hutan, buluh, besi C-channel, kayu 3x3 sebagai tiang dan zink, plastik jaring hitam, dawai mata punai atau jaring pukat sebagai dinding. Ketinggian reban juga perlu diberi perhatian, kerana jika terlalu tinggi, kemungkinan apabila hujan air hujan akan tempias. Sebaliknya jika terlalu rendah, ayam tidak akan selesa dan suasana reban akan panas.
#ayamkampung #pusakamalaysia
Add a comment...

Post has attachment
Pihak Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang datang dari pelusuk negeri ke booth kami di MAHA 2016. Ucapan setinggi terima kasih juga kepada YBhg. Dato Dr. Quaza Nizamuddin Bin Hassan Nizam. Timbalan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, yang sudi melawat booth kami, dan menyokong usaha persatuan ayam PUSAKA.

Booth kami lebih menjurus untuk tujuan promosi persatuan disamping memperkenalkan produk ahli-ahli sedia ada seperti ayam perab, dan dedak probiotik.Pelawat boleh mendaftar keahlian secara online melalui touchscreen yang disediakan. Paparan TV Digital Signage juga memaparkan ucapan sokongan Dato' Dr Kamarudin, Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, disamping gambar-gambar ahli yang lain.

#ayamkampung
Add a comment...

Post has attachment

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded