Profile cover photo
Profile photo
PA Sistem Surau dan Masjid
6 followers -
Menjual, Memasang dan Menyelenggara Peralatan Audio dan Visual untuk Surau, Masjid dan Bangunan
Menjual, Memasang dan Menyelenggara Peralatan Audio dan Visual untuk Surau, Masjid dan Bangunan

6 followers
About
Posts

Post has attachment
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019

kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada kaum Cina yang menyambut perayaan ini.

https://youtu.be/MExKwX7Xu0I
https://youtu.be/MExKwX7Xu0I
https://youtu.be/MExKwX7Xu0I

Semoga dengan kehadiran Tahun Baru Cina ini, anda dapat meraikannya bersama keluarga dan orang yang tersayang.

Buat yang pulang ke kampung, semoga selamat tiba di destinasi anda dan selamat bercuti!

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

#happychinesenewyear #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe
Add a comment...

Post has attachment
APA PERBEZAAN MIXER, AMPLIFIER DAN MIXER AMPLIFIER?

Assalamualaikum

Kali ini kami nak ceritakan tentang 3 jenis equipment dalam bilik PA yang selalu digunakan untuk PA sistem surau dan masjid iaitu :

Mixer
Amplifier / Power Amplifier
Mixer amp / Power Mixer

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca di bawah ini!

https://pasystemmasjid.com/perbezaan-mixer-mixer-amp-amplifier-pa-sistem-surau-masjid/
https://pasystemmasjid.com/perbezaan-mixer-mixer-amp-amplifier-pa-sistem-surau-masjid/
https://pasystemmasjid.com/perbezaan-mixer-mixer-amp-amplifier-pa-sistem-surau-masjid/

1. Mixer

Mixer ini adalah satu alat yang memproses input. Kebiasaannya input ni adalah input mic, tetapi ada juga dari input lain (bergantung kepada spec model dan brand tersebut)

2. Amplifier / Power Amplifier

Amplifier atau lebih senang kita panggil sebagai amp, adalah satu alat yang menguatkan signal daripada mixer untuk dikeluarkan di speaker.

Amp ini juga sering dipanggil Power Amp, jadi jangan confused pulak ye! Kedua-duanya adalah benda yang sama.

3. Mixer Amp / Power Mixer

Mixer amp pula adalah alat yang di mana ada mixer dan juga amplifier didalamnya. Kiranya macam 2 in 1 lah...

Biasanya mixer amp ini kami cadangkan untuk surau kecil di mana sistem sound mereka adalah sistem yang simple.

Dengan mixer amp sahaja, boleh beri power kepada speaker untuk keluarkan bunyi..

Mixer amp ini juga sering kita panggil sebagai power mixer.

Ok, sekarang dah tahu dah beza ketiga-tiga barang ni kan ? Apakah yang sebaiknya barang atau komponen yang perlu ada dalam PA Sistem ?

Pada pandangan kami, untuk dapatkan sistem yang proper, perlu ada power amp dan juga mixer. Jika ada kedua-dua ini, in shaa Allah sound system akan berfungsi dengan baik.

Power amp dan mixer tidak boleh berfungsi secara independent, jadi perlu ada kedua-duanya bagi membolehkan sistem berfungsi. Lain pula dengan mixer amp, mixer amp ni independent, tetapi kami cadangkan penggunaan mixer amp ini untuk surau-surau kecil yang mempunyai sistem yang sangat simple.

Kami harap dengan info yang kami berikan, dapat memberi pencerahan kepada AJK surau dan juga masjid.

Bagi anda yang mencari barangan untuk PA sistem surau dan masjid, selain daripada menjual, pasystemmasjid.com juga ada membuat installation dan selenggara barangan  untuk PA Sistem surau dan masjid. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau perlukan khidmat nasihat, boleh juga hubungi kami untuk maklumat lanjut.

"Memberi Solusi Audio Visual tanpa Membazir, InshaaAllah"

#afepasistem #infoafepasistem #infosuraumasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasystem #pasistem #surau #masjid #mixer #mixeramp #mixeramplifier #amplifier #amp #poweramp #poweramplifier #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
KETAHUI CABLE YANG DIGUNAKAN UNTUK PA SISTEM SURAU DAN MASJID

Assalamualaikum semua..

Kali ini kami nak cerita pulak tentang cable yang digunakan di dalam installation PA sistem untuk surau dan masjid.

Ada 3 jenis cable yang digunakan iaitu :

1. Signal cable (kabel isyarat)
2. Speaker cable (kabel pembesar suara)
3. Power cable (kabel kuasa)

Nak tahu apa kegunaan dan fungsi cable-cable ini? Jom bacanya di bawah...

https://pasystemmasjid.com/pengenalan-cable-pa-sistem-sura…/
https://pasystemmasjid.com/pengenalan-cable-pa-sistem-sura…/
https://pasystemmasjid.com/pengenalan-cable-pa-sistem-sura…/

SIGNAL CABLE (Kabel Isyarat)

Signal cable adalah cable yang membawa signal (isyarat) dari satu alat ke satu alat yang lain.

Cable ini terdiri daripada tiga (3) komponen :

- Ground
- Positive
- Negative

SPEAKER CABLE (Kabel pembesar suara)

Speaker cable adalah cable yang menyambungkan power amplifier atau mixer amplifier ke speaker.

Jenis wayar yang digunakan untuk speaker cable ada dua (2) iaitu :
- Twisted pair
- Twin flat

POWER CABLE (kabel kuasa)

Power cable pula adalah cable yang memberi sumber kuasa elektrik kepada peralatan PA sistem untuk memastikan ia berfungsi.

Power cable ini terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu:
- Neutral
- Earth
- Life

Cable- cable perlulah dijaga dengan baik agar dapat melindungi dari bahaya. Kebiasannya, kita letakkan cable ini di dalam casing atau lebih senang kita panggil paip. Paip inilah yang melindungi agar cable terlindung dari bahaya dan tahan lebih lama.

TIPS untuk anda!

Sebaiknya kita tidak boleh mencampurkan power cable dan signal cable di laluan yang sama.

Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya signal distortion (gangguan isyarat). Ini kerana power cable membawa arus elektrik, dikhuatiri akan mengganggu hantaran signal sekiranya mereka berada di laluan yang sama.

Ketiga-tiga cable yang kami ceritakan ini adalah penting di dalam pemasangan PA system untuk surau dan masjid. Tanpa ketiga-tiga cable ini, PA sistem tak akan dapat berfungsi dengan baik. Jadi, pastikan cable-cable ini ditempatkan di tempat yang betul dan terlindung.

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memelihara PA sistem di surau dan masjid masing-masing, in shaa Allah.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik tanpa Membazir, InshaaAllah”

#afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #cable #installation #speakercable #signalcable #powercable #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
KENALI SPEAKER YANG ADA DI SURAU DAN MASJID ANDA…

Assalamualaikum semua. Kalau hari tu kami dah terangkan tentang mikrofon, kali ni pula kami nak terangkan tentang pembesar suara atau kita selalu panggil speaker.

Speaker ataupun pembesar suara adalah satu komponen asas yang penting di dalam PA Sistem untuk surau dan masjid. Ini kerana ia adalah alat yang mengambil signal daripada amplifier untuk dikeluarkan sebagai bunyi bagi membolehkan kita mendengar azan , ceramah, tazkirah, khutbah dan sebagainya.

Speaker juga terdiri daripada beberapa jenis tapi di sini kami akan ceritakan tentang speaker yang sering digunakan untuk PA Sistem surau dan masjid.

https://pasystemmasjid.com/speaker-pa-sistem-surau-masjid/

1. Horn speaker (pembesar suara jenis horn)

Speaker horn ini juga dikenali sebagai speaker azan oleh kerana ia berada di luar bangunan surau atau masjid. Biasanya kedudukan speaker ini sama ada di menara surau / masjid atau di tiang yang dikhaskan untuk speaker ini.

Speaker horn ini mempunyai pelbagai jenis variasi ; kecil, besar, panjang dan juga pendek. Ada juga yang menggunakan single driver, 2 driver, dan juga 4 unit driver (Wooww...)

Horn speaker ini di dalamnya ada tweeter (high frequency).

Kelebihan speaker horn ini adalah dengan power yang kecil, speaker ini mempunyai capaian yang jauh. Jadi, sebab itulah kedudukannya selalunya di menara masjid atau pun di bahagian luar surau dan masjid.

Kekurangan speaker ini adalah coil speaker ini (yang ada di bahagian horn driver) mudah terbakar. Jadi, coil ini perlu diganti bagi membolehkan PA sistem boleh berfungsi dengan baik semula.

Selain itu, disebabkan speaker ini jenis high frequency (frekuensi tinggi), feedback juga adalah tinggi. Jadi, kena pandai setting EQ (equalization) untuk sistem berfungsi dengan baik.

2. Column speaker (pembesar suara jenis column)

Speaker column ini adalah compact speaker yang disusun secara menegak. Speaker ini ada beberapa jenis, bermula dengan column 2, 4, 6, 8 dan seterusnya (bergantung kepada model dan brand).

'Throw' speaker adalah midrange, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu pendek. Speaker jenis column ini mempunyai matching transformer, jadi ia boleh balancekan kekuatan speaker bergantung kepada applikasi sesebuah surau dan masjid.

Speaker column ini juga boleh dilintangkan bagi mereka yang inginkan sebaran bunyi secara melintang (horizontal dispersion). 1 line speaker ini boleh disambungkan ke banyak speaker.

Speaker column ini juga adalah speaker yang paling banyak digunakan di dalam aplikasi sound system untuk surau dan masjid.

3. Box speaker (Pembesar suara jenis kotak / box)

Box speaker ini terdiri daripada:
- 2-way speaker
- 3-way speaker

2-way Speaker

2-way speaker ini terdiri daripada tweeter (di bahagian atas) dan woofer / midrange (di bahagian bawah).

Speaker ini mempunyai matching transformer jadi boleh guna high impedance dan juga low impedance. Ia ada fleksibiliti untuk pilih sama ada untuk jadikan sebagai high impedance atau low impedance speaker.

1 line speaker ini boleh disambungkan ke 10 hingga 12 unit speaker dan speaker ini menghasilkan bunyi yang menyeluruh.

Throw speaker ini tak berapa jauh, hanya dalam mid range sahaja. Selain itu, jika speaker ini placement nya salah, akan menyebabkan feedbacknya tinggi, lagi-lagi jika surau dan masjid menggunakan mic jenis klip kerana mikrofon ini agak sensitif.

3-way Speaker

3-way speaker ini pula terbahagi kepada 3 bahagian ; tweeter (high frequency) mid range (mid frequency) dan juga woofer (low frequency)

Untuk sound system atau sistem bunyi, speaker ini menghasilkan bunyi yang sedap tetapi untuk aplikasi surau dan masjid tak berapa sesuai digunakan kerana vokal manusia adalah pada high dan juga mid frequency.

Jadi kita tak menggunakan sepenuhnya fungsi speaker ini iaitu woofer. Kewujudan woofer di dalam speaker sebenarnya menyumbang kepada kos satu unit speaker. Contohnya, jika harga speaker adalah RM500, harga woofer sahaja mungkin dalam RM 280 - 300. Jadi, jika tak gunakan sepenuhnya, agak membazir untuk digunakan di surau dan masjid.

4. Line Array speaker (Pembesar Suara Line Array)

Line Array speaker ini dari segi fizikal dan basic principle nya sama dengan column speaker, cuma line array speaker ini lebih kuat bunyi nya, sebaran bunyi juga lebih teratur dan tersusun (mengikut spec model dan brand sesebuah speaker itu).

Throw speaker line array ini juga lebih jauh dari normal column speaker.

5. Ceiling speaker (Pembesar suara jenis ceiling)

Speaker ini adalah speaker yang dipasang di siling surau dan masjid.

Speaker ini ada beberapa jenis :
- single way
- 2-way
- 3-way

Speaker jenis ini sesuai untuk surau dan masjid yang ada siling kapur. Speaker ini hasil bunyinya daripada atas surau dan masjid, jadi bunyinya lebih menyeluruh.

Speaker ini mempunyai even distributed system jadi, surau dan masjid boleh target ruang atau zon tertentu untuk pasang speaker dan bunyinya akan tembak terus ke bawah dari siling instead of ke depan sebagaimana kebanyakan speaker.

Ok, jadi ini adalah 5 jenis speaker yang sering digunakan untuk aplikasi PA sistem untuk surau dan masjid.

Semoga dengan info yang kami berikan, tuan-tuan lebih bijak dalam memilih speaker yang sesuai dengan keperluan surau dan masjid.

Jika tuan-tuan masih keliru, kami di pasystemmasjid.com juga ada menjual speaker untuk kegunaan surau dan masjid. In shaa Allah, kami cuba membantu tuan-tuan dalam membuat pilihan terbaik untuk surau dan masjid tuan-tuan.

“Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, inshaAllah”

#afepasistem #infoafepasistem #infosuraumasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #speaker #hornspeaker #speakerhorn #columnspeaker #speakercolumn #linearrayspeaker #speakerlinearray #boxspeaker #speakerkotak #ceilingspeaker #speakersiling #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
BILA BUNYI TAK KUAT, TAMBAH SPEAKER BUKAN PENYELESAIANNYA....

https://pasystemmasjid.com/bunyi-tak-kuat-tambah-speaker-bukan-penyelesaiannya/

Assalamualaikum semua..

Jika dilihat di video, kami berada di dewan solat utama yang boleh memuatkan dalam 400 hingga 500 jemaah pada satu-satu masa.

Di dalam ruang ini, ada 10 unit speaker yang dipasang..

Bagi kami, jumlah ini sangat banyak untuk dewan solat bersaiz seperti ini.

Bila bunyi tak kuat, tambah speaker bukan penyelesaiannya. Asal bunyi tak kuat je tambah speaker, tak kuat je tambah speaker..

Untuk dewan solat ini, 10 unit speaker ni diletakkan di sekeliling dewan, jadi bunyinya akan kuat dan jadi tidak dengar kerana ada 8 point of source untuk didengari oleh jemaah.

Cadangan kami, kurangkan speaker, point of source tak banyak tapi kekuatannya atau decibelnya cukup untuk mengeluarkan bunyi di kawasan dewan solat.

Semoga dengan info kami ini, dapat membantu tuan-tuan dalam memelihara PA sistem surau dan masjid tuan-tuan inshaaAllah.

"Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir inshaaAllah"

#afepasistem #infoafepasistem #infosuraumasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #speaker #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
KETAHUI JENIS MIKROFON YANG DIGUNAKAN DI SURAU DAN MASJID..

Assalamualaikum semua.

Ok, kali ni kami nak cerita pulak tentang jenis-jenis mikrofon yang digunakan untuk PA sistem di surau dan masjid. Jom kita tengok bila masa mic ini sesuai untuk digunakan.

1. Handheld Microphone ( Mic Pegang Tangan)

AJK surau dan masjid memanggil mikrofon jenis ini sebagai mic azan. Ini kerana mic ini seringkali digunakan ketika bilal melaungkan azan.

Selalunya mikrofon ini diletakkan di mic stand bagi memudahkan bilal untuk melaungkan azan tanpa perlu memegangnya.

Selain daripada kegunaan untuk mic azan, mic ini juga sering digunakan untuk forum perdana.

Mic handheld ni ada 2 jenis :
- Wired microphone (Mikrofon dengan wayar)
- Wireless microphone (Mikrofon tanpa wayar)

Untuk mikrofon berwayar, untuk disambung ke mixer biasanya menggunakan XLR connector.

Bagi microfon wireless pula, mic akan bertindak sebagai transmitter dan ada satu receiver.

2. Headset Microphone (Mic Imam Jenis Headset)

Headset microphone adalah sejenis mic yang yang disangkut di telinga dan kedudukan micnya berdekatan dengan mulut kita. Mic jenis ini sering digunakan oleh imam ketika solat.

Headset mic ini juga terbahagi kepada dua jenis :

- Wired headset mic (Mic headset berwayar)
- Wireless headset mic (Mic headset tanpa wayar)

Ada headset mic berwayar yang mempunyai input jack (stereo jack, mono jack - contohnya seperti TOA EM-370HS) Input jack ini adalah seperti earphone yang kita cucuk di handphone. Ada sesetengah mic headset ini hanya perlu cucuk di mixer dan boleh terus guna.

Tetapi, ada juga sesetengah mic headset yang memerlukan phantom power jadi mereka perlu disambung menggunakan XLR connector. (contohnya seperti Shure SM35)

Untuk headset mic wireless pula, ia didatangkan dengan headset mic + bodypack sebagai transmitter dan satu receiver.

3. Clip Microphone (Mic Imam Jenis Klip)

Clip microphone atau mikrofon klip ini biasanya diklipkan di bahagian kolar atau di bahagian butang baju (atas dada) mengikut keselesaan seseorang itu.. Ini juga sering digunakan sebagai mic imam ketika solat bagi mereka yang tidak selesa dengan cara pemakaian headset mic lagi-lagi bagi mereka yang memakai cermin mata.

Clip mic ini juga terbahagi kepada dua jenis :

- Wired clip mic (Mic klip berwayar)
- Wireless clip mic (Mic klip tanpa wayar)

Kebanyakan clip mic berwayar mempunyai input jack (stereo jack, mono jack - contohnya seperti TOA EM-360HS). Ada sesetengah mic klip ini hanya perlu cucuk di mixer dan boleh terus guna.

Tetapi, ada juga sesetengah mic klip yang memerlukan phantom power jadi mereka perlu disambung menggunakan XLR connector (seperti TOA EM-410)

Untuk mikrofon klip tanpa wayar pula, ia didatangkan dengan mikrofon klip + bodypack sebagai transmitter dan satu receiver.

4. Gooseneck Mikrophone (Mic Tazkirah / Khutbah)

Gooseneck mic atau kami panggil sebagai mikrofon tazkirah / khutbah ini biasanya digunakan ketika ceramah, tazkirah atau pun khutbah.

Mikrofon ini mempunyai 'gooseneck' atau lebih mudah kita sebut leher mikrofon yang flexible (mudah lentur). Jadi, mudah untuk kita selaraskan mengikut keselesaan kita.

biasanya mikrofon jenis ini didatangkan dengan 2 elemen :
- mikrofon
- base atau tapak mikrofon

Connector yang digunakan untuk menyambungkan mikrofon takzirah ini ke mixer adalah XLR connector.

Jadi , ini adalah jenis-jenis mikrofon yang biasa digunakan untuk sound system di surau dan masjid. Kami dah terangkan secara asas fungsi mikrofon dan bila ia sesuai digunakan.

Apa-apa pun, pemilihan mikrofon ini juga bergantung kepada keperluan surau dan masjid tersebut.

Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda, in shaa Allah.

https://pasystemmasjid.com/jenis-mikrofon-pa-sistem-surau-…/

"Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, InshaaAllah"

#afepasistem #infoafepasistem #infosuraumasjid #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #microphone #mikrofon #handheldmicrophone #clipmicrophone #headsetmicrophone #gooseneckmicrophone #wirelessmicrophone #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

Kami di Alunan Firdausi & Group of Services ingin merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda pada 11 Disember 2018 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1440H.

Kami mendoakan agar Allah sentiasa merahmati dan memberkati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

DAULAT TUANKU

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

Untuk makluman semua, kami akan bercuti pada 11 Disember 2018 (Selasa) bersempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor dan akan beroperasi seperti sediakala pada 12 Disember 2018 (Rabu), in shaa Allah.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Setup PA Sistem Sendiri VS Upah Installer, Mana yang Lebih Baik? [afepasistem]

Assalamualaikum semua...

Kami nak tanya sikit lah..

Antara setup PA sistem untuk surau dan masjid sendiri atau upah installer, yang mana lebih baik ye ?

Ada sesiapa yang boleh jawab tak ? Nak dengar sikit pendapat AJK-AJK surau dan masjid yang ada dekat sini..

Kalau barang PA sistem dah ada untuk setup, ada pulak orang volunteer nak tolong setupkan. Alhamdulillah, sangat bagus menyumbang untuk surau dan masjid..

Tapi apa pulak kelebihan dan kekurangan kalau kita setup PA sistem sendiri ?

https://pasystemmasjid.com/setup-sendiri-vs-upah-installer-pa-sistem-surau-masjid/

Jom baca kat bawah ini untuk tahu lebih lanjut..

PROS :

1. Jimat masa pemasangan PA sistem
Setup PA sistem ni biasanya memang akan ambil masa bergantung pada sekompleks mana sistem yang kita nak setup untuk surau dan masjid.

Bila kita setup PA sistem sendiri, kita dah tak perlu tunggu-tunggu. Bila keputusan dah dicapai, dah boleh terus setup sampai siap.

2. Jimat kos pemasangan PA sistem

Bila kita setup PA sistem sendiri, kita dah boleh jimat pada kos atau pun upah pemasangan. Sebab bila kita setup sendiri, tak perlu ambil tenaga kerja luar dan kos dah dapat dikurangkan di situ.
TAPI!

Tahukah anda bahawa lebih banyak keburukan jika kita setup PA sistem sendiri?

Nak tahu apa dia ? Jom sambung baca di bawah..

CONS :

1. Sistem tak dipasang dengan betul

Ini adalah kemungkinan besar yang akan terjadi sekiranya kita setup PA sistem sendiri. Bila sistem dah dipasang, sound system tak berbunyi lah pulak.. Bila kita cek, kita tak tahu nak detect masalahnya di mana..
2. Kualiti Audio Terjejas disebabkan Setting/Tuning yang tak betul

Bila dah setting semua dah, speaker pun berbunyi. Tapi sayangnya, bunyi yang keluar di speaker tak sedap didengar di telinga jemaah. Kadang-kadang sampai boleh menjejaskan konsentrasi jemaah ketika berada di surau dan masjid.

3. Salah beli barangan PA Sistem yang sesuai

Ini adalah perkara yang paling kami bimbangkan kerana jika ini dilakukan banyak kali, ia secara tak langsung akan menyebabkan kos melambung naik. Katakanlah , kita beli barang dan dah setup tapi sistem sound tetap tak keluar.

Cuba lagi beli barang dari brand B, tetap juga ada problem. Beli lagi barang brand C, masih lagi sistem bermasalah. Bila tengok, rupanya-rupanya barangan yang dibeli tu tak sesuai dengan keperluan PA sistem di surau dan masjid. Jadi, di situ dah berlaku pembaziran. Jadi, berhati-hati ya!

https://youtu.be/yfvyyvWofk0
https://youtu.be/yfvyyvWofk0
https://youtu.be/yfvyyvWofk0

Apa pulak kelebihan kalau upah Installer untuk setup PA sistem?

PROS :

1. Tak Perlu Pening Dengan Masalah PA Sistem

Bila kita upah installer, kita dah serahkan isu kepada installer jadi tak perlu nak pening-pening untuk selesaikan isu pa sistem. Kita biarkan installer yang settlekan sampai siap.

2. Dapat Khidmat Nasihat Berkenaan PA Sistem

Sebelum installer setup atau upgrade PA sistem, biasanya installer akan tengok dahulu sistem dan akan bagi consultation berkenaan PA sistem. Jadi, sedikit sebanyak kita dapat tahu tentang masalah sebenar yang menyebabkan PA sistem tak berfungsi..

CONS :

1. Tersilap pilih Installer

Ini pun sebenarnya adalah perkara yang paling berisiko utk AJK surau dan masjid. Kadang-kadang tu, banyak dah kos dihabiskan untuk panggil installer baiki PA sistem tapi sistem masih lagi tak dapat berfungsi dengan baik.

Sebaiknya carilah installer yang berpengalaman dalam bidang PA sistem untuk surau dan masjid.

Jadi, mana satu yang lebih baik ?

Bagi kami , kedua - dua ini masing-masing punya kelebihan tersendiri.

Tuan-tuan boleh setup PA sistem sendiri seandainya tuan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup dalam bidang audio technical ni. Jika tuan ada kedua-dua ini, in shaa Allah tak menjadi masalah.

Boleh juga untuk ambil jalan upah installer tetapi perlulah memilih installer yang betul supaya PA sistem surau dan masjid tuan-tuan dapat dimanfaatkan dan tahan lama.

Apa kata anda? Jom share pendapat anda di ruangan komen di bawah..

"Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, InshaaAllah"

#infoafepasistem #afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasystem #pasistem #surau #masjid #setupsendiri #upahinstaller #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
ISU 'BANYAK TANGAN' USIK PA SISTEM TERJADI LAGI??

Assalamualaikum semua.

Isu 'banyak tangan' yang usik PA sistem ni memang banyak terjadi di surau dan masjid. Kesian dekat satu surau solat jumaat ini (boleh rujuk video), semua punat dan slider di PA sistem ini digam.

Ini adalah pilihan terakhir yang AJK surau ada bagi mengelakkan orang ramai usik dan adjust sesuka hati hingga menyebabkan PA sistem tak dapat berfungsi dengan baik.

Untuk isu sebegini, kita kena ada jalan untuk menutup rak ini. Kalau ada pintu atau penutup lagi bagus, tapi kita kena pastikan yang kita boleh access sistem ni dengan mudah.

https://pasystemmasjid.com/isu-banyak-tangan-usik-pa-sistem/

"Access sistem dengan mudah? Macam mana tu?"

Maksud access sistem dengan mudah adalah senang untuk kita on dan off kan sistem bila nak azan, iqamat atau ceramah. Juga mudah untuk on sistem untuk zoning tanpa perlu buka penutup atau pintu rak ini.

Kami cuba bantu surau solat jumaat ini dengan interacking yang betul dan user friendly tanpa perlu buka keseluruhan rak ini.

Semoga info yang kami sampaikan ini dapat menjadi peringatan kita bersama. Jaga dan peliharalah PA sistem surau dan masjid kita agar berfungsi dengan betul dan tahan lebih lama, inshaaAllah.

#afepasistem #infoafepasistem #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #surau #pasystem #masjid #mixer #poweramp #serverrack #alunanfirdausi #afe
Add a comment...

Post has attachment
BOLEH KE GUNAKAN MIXER AMP SEBAGAI POWER AMP?

Assalamualaikum semua. Semoga hari anda semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Anda tahu tak bagaimana bunyi terhasil di dalam PA sistem untuk surau dan masjid?

Suara daripada mikrofon diambil dan input tersebut akan diproses oleh mixer, kemudian dihantar kepada power amp untuk diproses sebagai bunyi untuk dikeluarkan di speaker.

https://youtu.be/pB1E73pvuIY
https://youtu.be/pB1E73pvuIY
https://youtu.be/pB1E73pvuIY

Penggunaan mixer adalah baik untuk PA sistem, tetapi seperti yang dilihat di video, mixer amp bertindak sebagai power amp di sistem tersebut.

Jika dilihat di mixer, outputnya adalah line level dan output ni memang kuat. Bila masuk ke mixer amp yang hanya ada mic level, dia akan menyebabkan distortion bunyi berlaku jika kita tak pandai setting.

Jadi, saranan kami adalah untuk gunakan proper power amp sebagai power source kepada speaker.

Semoga info ini dapat membantu tuan-tuan dalam memelihara PA sistem agar dapat bertahan lama dan berfungsi dengan baik, in shaa Allah.

#afepasistem #infoafepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #speaker #mixer #mixeramp #poweramp #alunanfirdausi #afe
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded