Profile cover photo
Profile photo
Farihan Han
About
Farihan's posts

Post is pinned.Post has attachment
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
http://gotomelaka.blogspot.com
Malacca World Heritage City UNESCO
Melaka Bandaraya Bersejarah
#Melaka #Malacca #Malaysia


melaka #attraction
melaka #food
melaka #history
melaka #tempatmenarik
melaka #flag
melaka #map
things to do in melaka
Photo

Post has attachment
MENGHALAL YANG HARAM
blogtunm.blogspot.com Tun M  1. ​Cash is King atau Wang Tunai itu Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang rasuah boleh menjayakan apa sahaja. 2. ​Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melal...

Post has attachment
FOREST CITY Malaysia
http://blogtunm.blogspot.com/2017/03/bandaraya-hutan-forest-city.html BANDARAYA HUTAN (FOREST CITY)
1. Saya pergi ke #ForestCity . Saya telah baca banyak laporan berkenaan Forest City ini. Saya juga telah membuat banyak teguran terhadap pembangunannya. Tetapi semua maklumat berkenaannya saya dapati second hand. Oleh itu saya perlu lihat sendiri Forest City ini.

2. Ia dibina di atas empat buah pulau buatan di Perairan #Johor dekat dengan #Pelabuhan #TanjungPelepas . Luasnya luas. Jalan kelas Satu yang agak panjang telah dibina ke arah Forest City.

3. Apabila sahaja memasuki jalan dalam kawasannya, tiba-tiba landscaping yang cantik luar biasa menghiasi jalan.

4. Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “ #Hartanah Hak Milik Kekal ”.

5. Tetapi #Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara China ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

6. Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain.

7. Sebenarnya Najib boleh batal syarat “ #Freehold ” kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang mana semua #hakmilik tanah baru mestilah leasehold – 30, 66, 90 atau 99 tahun. Ramai rakyat #Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal.

8. Kata pepatah #Melayu (yang tidak perlu kita pedulikan) “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan”. Kesian.

9. Ya, memang cantik dan mengkagumkan pembangunan Forest City. Yang menarik sekali ialah landscaping yang sudah menang berbagai hadiah antarabangsa. Pelawat Malaysia dan luar diberi layanan istimewa. Selain dari menunjuk model plan Forest City, pelawat boleh guna kolam renang yang luas, pantai indah dihias dengan binatang anjing laut diperbuat dengan simen. Makan tengahari percuma.

10. Kebanyakan dari pelanggan datang dari negara China. Diadakan penerbangan khas dari beberapa bandar China ke #Senai , Johor. Walaupun rakyat Malaysia boleh beli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara #China .

11. Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama. Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu #visa jika ingin ke #Singapura .

12. Forest City ini pula diberi status #bebas #cukai . Status #bebascukai #Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan #import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

13. Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat China dari membeli flat mewah di Forest City.

14. Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati #percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara #China . Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini.

15. Jika duit tidak boleh dikeluar dari negara China, pembeli mungkin pinjam duit dari #bank di Malaysia. Saya difahamkan bahawa seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia. Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram.

16. #ForestCity ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya #JB atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

17. 700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

18. Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi #warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

19. Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum.
Syabas.
Read more at: http://blogtunm.blogspot.my/2017/03/bandaraya-hutan-forest-city.html
Tun Dr Mahathir Mohamad http://blogtunm.blogspot.com

Post has attachment
BANDARAYA HUTAN (FOREST CITY)
blogtunm.blogspot.com Tun M  1. Saya pergi ke Forest City. Saya telah baca banyak laporan berkenaan Forest City ini. Saya juga telah membuat banyak teguran terhadap pembangunannya. Tetapi semua maklumat berkenaannya saya dapati second hand. Oleh itu saya pe...

Post has attachment
RASUAH
http://blogtunm.blogspot.com/2017/03/rasuah-di-malaysia.html
1. Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga #Malaysia . Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli #UMNO bahawa melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga menjadi menteri dalam Kerajaan. Apabila mendapat tempat maka peluang menjual apa juga kuasa boleh menjadi seseorang itu kaya.
2. Maka Kerajaan pun menubuh badan-badan pencegah rasuah untuk membendung amalan yang buruk ini. Masyarakat sedar bahawa rasuah adalah jenayah yang buruk dan agama #Islam melarangnya. Sedikit sebanyak badan-badan pencegah rasuah berjaya membendung amalan jenayah ini.
3. Sesungguhnya tidak ada masyarakat yang berjaya membendung rasuah seratus-peratus. Tetapi apabila pemimpin tertinggi menggalak amalan ini dan terlibat secara terbuka dengan rasuah, maka rasuah lebih menjadi-jadi apabila pengikut ambil iktibar dari amalan pemimpin.
4. Inilah yang sedang kita lihat di Malaysia. Kita bangga dengan kejayaan badan pencegah rasuah #SPRM membuat penangkapan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang telah kumpul berjuta-juta Ringgit melalui rasuah. Mungkin ini disebabkan pencegah rasuah lebih cekap mengesan jenayah ini. Mungkin juga kerana hari ini lebih ramai pegawai tinggi yang bersedia menerima duit rasuah kerana percaya #cash is #king .
5. Rasuah di peringkat bawahan dan kecilan mungkin dipandang enteng. Apalah sangat sogokan ratusan atau ribuan Ringgit kepada pengundi dalam #pilihanraya. Sedikit sebanyak wang sogokan yang sedikit boleh meringan tekanan kehidupan si miskin.
6. Tetapi yang harus disedari ialah sogokan kecil-kecilan ini boleh membawa malapetaka yang amat besar.
7. Perlu diingat bahawa sogokan dibuat kerana niatnya ialah bagi menjayakan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang salah yang akan membawa malapetaka dan kerosakan. Mereka yang berniat baik dan menghormati institusi pilihanraya dan kebebasan rakyat tidak akan menghulur wang atau lain-lain untuk mendapat undi pengundi.
8. Dan sesungguhnya yang menghulur wang rasuah dalam pilihanraya umum berhajat untuk menyalahguna kuasa sebagai #PM , #Menteri dan lain-lain jawatan yang diperolehi. Kita sedang lihat bagaimana pemimpin yang kita pilih dituduh melesapkan berbillion Ringgit, mengagihkan wang Kerajaan secara salah hanya kerana ingin menjadi popular supaya menang lagi dalam pilihanraya.
9. Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai #Ringgit , kekurangan duit Kerajaan yang terpaksa potong #budget 30%, tidak cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui #GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk menang. Kita lihat bagaimana duit Kerajaan (rakyat) dimasukkan dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.
10. Akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar #Harimau #Asia , sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap rasuahnya tertinggi di dunia. Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST dan meminjam berbillion dengan menggadai negara. Dan rakyat pun menderita, mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima.
11. Inilah sebabnya yang rasuah menjadi kesalahan dan ditegah sebagai jenayah. Inilah sebabnya rasuah dikutuk dan diharamkan. Duit yang diterima adalah duit haram seperti duit yang dicuri.
12. Apabila rasuah sudah menjadi sebahagian dari #budaya bangsa, pemulihan tidak mudah dilakukan. Untuk ini badan-badan pencegah rasuah mestilah bebas dan dikuasai oleh Kerajaan seperti sekarang.
13. Jika terdapat Kerajaan dan pemimpin tertingginya yang terlibat dengan rasuah, pemulihan hanya boleh dijayakan jika pemimpin perasuah ini dijatuhkan dan diganti dengan yang lain.
14. Untuk ini tolak sebarang jenis rasuah. Jangan terima duit haram hasil pencurian.
Read more at: http://blogtunm.blogspot.my/2017/03/rasuah-di-malaysia.html
Tun Dr Mahathir Mohamad http://blogtunm.blogspot.com

Post has attachment
Rasuah di Malaysia
blogtunm.blogspot.com Tun M  1. Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga Malaysia. Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli UMNO bahawa melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga menjadi menteri dalam Kerajaan. Apabi...

Post has attachment
NAZRI AZIZ
http://blogtunm.blogspot.com/2017/03/cabaran-kosong-nazri-aziz.html
#NAZRIAZIZ
1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.

2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.

3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.

4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan #1MDB , #RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 #billion untuk #keretapi #pantaitimur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.

5. Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di #TanjungMalim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman #bank atau bantuan Kerajaan.

6. Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion #cukai kepada Kerajaan.

7. Kemerosotan Proton bermula apabila #kereta buatan asing dibenar #masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini #menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.

8. Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.

9. Demikian juga dengan kereta buatan #Korea dan #Jepun . Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin #milo . Sekarang tidak siapa berani fitnah.

10. Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.

11. Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun. Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.

12. Kerajaan biasanya membiayai dana untuk #research and #development #R&D dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan #budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.

13. Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk #Malaysia , #Australia dan #Asean . Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah #cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.

14. Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.

15. Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan #Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion #Ringgit pun okay. #TV3 , #Utusan dan #NewStraitsTimes akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.

16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri. Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja.
Read more at: http://blogtunm.blogspot.my/2017/03/cabaran-kosong-nazri-aziz.html
Tun Dr Mahathir Mohamad http://blogtunm.blogspot.com

Post has attachment
Cabaran Kosong Nazri Aziz
blogtunm.blogspot.com Tun M  1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat. 2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri. 3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk b...

Post has attachment
MAHATHIR RUNNING DOWN NATION
http://blogtunm.blogspot.com/2017/03/list-reports-on-corruption-in-malaysia.html
1. The aide to the #PrimeMinister says I have run down the nation with my claim that Malaysia has become one of the 10 most #corrupt countries in the #world .
2. Am I the only person to say this.
3. Let us list the #reports on #corruption in #Malaysia .
Dec 16, 2014 #Washington Dec. 16 Malaysia in top 10 most corrupt developing country Dec 8, 2015 Country #Rankings (Biggest exporters of illicit capital over Decade #China , #Russia , #Mexico , #India , Malaysia) Jan 27, 2016 #Transparency #International Malaysia today rapped Prime Minister #Najib Abdul Razak for not seriously tackling corruption following the #1MDB and RM2.6 billion donation affairs which drags Malaysia down four notches in the latest world Corruption Perception Index (CPI) #rank ing . Sept 2, 2015 #Speech by Jose Ugaz, #Putrajaya , Malaysia “No one can be in Malaysia and not be aware of the corruption allegations of recent months and how damaging they are to the country” Sept 4, 2015 – #TheGuardian #UK #Scandal -list Malaysia PM Najib drops speech at #anti-corruption #conference . The #summit was agreed to be hosted just outside #KualaLumpur #KL   before reports emerged that $700m (£456) linked to the debt – laden #fund 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) had allegedly entered #NajibRazak personal accounts.
Sept 2, 2015 – (Channelnewsasia.com) TITLE: Malaysia PM urged to come clean on scandal at anti- graft meeting Feb 28, 2017 – Malaysia Corruption Rank. No 60 of 175 countries in 2011 No 23 in 1995 No 1 #Denmark No 175 #Somalia Mar 18, 2016 – ( #WallStreet #Journal , #CNBC , #Australian #National #University) 1. #Brazil 2. Malaysia In 2009, Malaysia Prime #Minister Najib Razak established a sovereign #wealth fund called 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) to help the country attract foreign investment and boost its #economy . Long story short, by 2015, 1MDB owed investors $11 #billion . As investigations of the state fund got underway, it was revealed that $681 #million #dollar had been deposited into Najib’s personal account. The Prime Minister copped to the money transfer, but claimed it was a gift from #Saudi #royal family, about $620 millions of which he says he has returned. Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib’s personal account was actually about $1 billion. Malaysia is a de facto one-party country. All the country’s six post-independence prime ministers have come from the #United #Malays National #Organisation #UMNO . That is why Najib owes his position to his #party , not to the Malaysian people – good news for a man currently polling at 23 percent, the lowest ever for a Malaysian head of Government. He has spent the last half-decade strengthening his position within UMNO, and the past year since the 1MDB scandal broke purging his party of potential adversaries. This past summer, Najib fired his attorney-general, who had been leading the 1MDB investigation. Malaysia exemplifies how corruption drives man tall short in countries with a single party and weak governing institutions. Mar 18, 2016 Malaysia on #TimesMagazine list of corruption scandals. Malaysia has made an appearance in the influential Time #magazine again, this time with the dubious distinction of being among a list of five countries whose corruption scandals are being highlighted.
Mar 24, 2016 – Times Malaysia Rated as 2nd Most Corrupt Country IN THE WORLD 4. These are some of the reports on corruption in Malaysia. There are scores of similar reports in the media all over the world. The #US Dep. of Justice #DOJ #FBI reported on #money stolen from 1MDB being #laundered through #purchases of #properties and #paintings and financing #film #production.
5. But in Malaysia the main stream #media have never reported on 1MDB scandal after #TheEdge was forced to #stop #publication following a series of reports by it.
6. The PM’s aide will not know about these reports as Najib’s supporters only read the local papers which are not allowed to #publish anything exposing Najib’s misdeeds. The aide knows about what I said regarding Malaysia’s corruption probably through my blog and reports in the alternative media.
7. Yes, I am working with the opposition parties to topple Najib. Only idiots or corrupt people would still support Najib and ignore the condemnation of him for #moneylaundering by the rest of the world. 8. Yes, I did a U-turn. Only a stupid #driver would drive straight on when seeing the road ahead has been blown up and is no longer passable. To support Najib who has been accused of stealing billions of Ringgit, and a dumb corrupt UMNO would make me a traitor to my country. Hence the U-turn.
9. The aide must have eaten a lot of bran in his mouth to make his stupid statement that I was running down the nation. The whole world has run down this nation.
8. A country that was once labelled an #Asian #Tiger is now labelled as the second most corrupt country in the world. That is the achievement of Najib as Prime Minister of Malaysia. And that achievement is due to Ministers and other #BN leaders corruptly supporting him.

Read more at: http://blogtunm.blogspot.my/2017/03/list-reports-on-corruption-in-malaysia.html
Tun Dr Mahathir Mohamad http://blogtunm.blogspot.com

Post has attachment
List The Reports On Corruption In Malaysia
blogtunm.blogspot.com Tun M  1. The aide to the Prime Minister says I have run down the nation with my claim that  Malaysia  has become one of the  10 most corrupt countries in the world . 2. Am I the only person to say this. 3. Let us list the reports on c...
Wait while more posts are being loaded