Profile cover photo
Profile photo
Ana Azman
29 followers -
" Do something special in this world because you life only once "
" Do something special in this world because you life only once "

29 followers
About
Ana's posts

Obviously, kau minat dia kan? Tapi sebab kau nak simpan rahsia kau yang kau takminat sesiapa. Now, kawan kau yang cite kat kau yang dia minat dengan orang yang sama kau minat. Taklawak kayyyy...hahaha. Dearself,just realize, you are always one step's behind. You deserve it!😂😣 #MAY 

Post has attachment
Semalam, Ahad, 25 sept. For the first time in my life, aku daki bukit broga. Hahaha... Macam tak percaya je. Orang macam aku ni nak daki bukit, lepas tu, sampai puncak pula tu. Tapi puncak pertama jelah.. Nak gi puncak kedua, alahai, tak larat mak cik. Dah sampai puncak pertama tu pun, dah kira pencapaian yang paling Bagus. Tapi, tu pun, banyak kali jugalah pancit. Mula-mula, serius cakap, aku memang nak give up. Yelah, dengan bukitnya yang cerun tahpape padahal ade lagi yng cerun. Lepastu, dengan kaki yang dah lenguh. Nafas pun termengah-mengah. Tapi, sebab ada sorang kawan aku, dia bgi support kat aku untuk kitorang naik juga. Aku kesian kat dia and at the same time, aku rasa terharu giler. Aku kesian kat dia, disebabkan dia, kitorang terpaksa sampai lewt kat puncak tu padahal dia boleh je smpai awal. Dia dikira aktiflah juga. Tak macam aku ni, lemak berkilo-kilo... Tapi dia sanggup naik ngan aku sama-sama. Sumpah aku terharu giler. Aku adalah juga cakap "kalau kau nak naik, naik jelah dulu. Aku rasa aku tak bolehlah". Serius, aku cakap banyak kali kot, tapi dia still tunggu aku. Ya Allah, Allah je tahu perasaan aku time tu. Memang aku nak cepat-cepat sampai sebab kesian kat dia. Dia ada balaslah juga"takpelah, kau nak rehat, rehat jelah dulu. Kita naik perlahan-lahan. Takkan aku nak tinggalkan kau sorang2". Seriusly, dia supportive giler kot. Entah jin apa yang rasuk aku. Aku sampai juga puncak. Hahaha... Rasa macam tak percaya. Aku yang berat berkilo-kilo ni boleh sampai puncak. Alhamdulillah. For the first time, smpai punca bukit tu, SubahanAllah, cantik sangat.. Yaman je rasa.. Dengan angin dia. Tapi tak berapa nak damai sangatlah sebab suara-suara orang. Semalam, memang ramai giler yang daki broga tu. Aku macm.. Wowwww!!! Ramai giler. Dari budak-budak sampailah ke orang tu... Huhuhu. Memang pengalaman yang tak dilupakan dan tak mungkin aku lupakan. At least, aku merasa jugalah daki walaupun, mungkin sekali seumur hidup... Huhuhu

P/s: Thank to piyah... Sebab bawa aku daki bukit. Sama-sama dengan aku. Support aku. Bantu aku. Thank weyh. Aku sayang kau dunia akhirat 😘❤
PhotoPhotoPhoto
9/26/16
3 Photos - View album

Assalamualaikum guys. Hey, know what?! Now I'm back to usim again to carry on my study in sem 3 this years. Truly, memang berat hati gila nak balik sini. Yelah, sebabnya, kena berjauhan dengan parents... Huhuhu. Aku ni lemah sikit kalau bab2 jauh ngan parents. Walaupun dah nak lebih kurang 4 tahun aku dibiasakan untuk duduk asrama. Tetapi, setiap kali ada cuti panjang dan nak balik ke asrama. Pergh!!! Perasaan dia memang bercampur baur. Aku tak boleh nak jauh dengan parents aku especially mak aku. Aku anggap mak aku tu macam nyawa aku sendiri. Aku anggap, sebab aku masih hidup lagi sampai sekarang, sebab aku masih bertahan lagi smpai adalah kekuatan mak aku. Kekuatan mak aku yang sanggup masak macam2 untuk aku bawa balik ke asrama. Mak aku selalu bangun pagi, dan masak sesuatu sebagai bekalan. Sebab aku sayang gila nak mati kat mak aku. Aku tak tahu apa akan jadi kat aku suatu hari nanti kalau mak aku dah tak ada. Aku anggap mak aku tu macam saluran pernafasan aku, tong oksigen aku untuk aku terus hidup dan terus berjuang kat sini. Untuk ayah pula, ayah sanggup drive aku jauh2 balik sini dengan penatnya lepas bekerja lepas tu, nak kena layan kerenah aku yang mengada-ngada nak balik suruh parents hati. Gila manja aku. Kadang-kadang, aku rasa serba salah dengan parents aku. Yelah, diorang sanggup hntar aku jauh2 macam ni, dengan tambang minyak ye lagi, dengn tol ye lgi. Semua tu bukannya sikit. Kitorang ni bukannya datang dari keluarga yang kaya. Kitorang ni datang dari keluarga yang boleh dikatakan miskin kalau kitorang ni menetap kat kl.. Huhuhu. Tapi, ayah aku tak pernah merungut. Cuma adalah beberapa kali aku balik sini naik bas sebabnya masalah kewangan dan kesihatan ayah aku tak mengizinkan. Mak n ayah aku terlalu baik orangnya. Mak aku terlalu peramah. Walaupun dia penat, dia ngantuk lepas bangun pagi, nak kena masak. Tapi diorang tak pernah merungut pun bila nak kena hntar brang aku dri bawah naik ke tingkat 3. Mak aku pun bukannya kuat lgi. Setiap kali aku tengok muka mak aku masa tido. Aku nampak kerutan didahi dan kepenatan seharian membuat kerja rumah ada di mukanya. Macam tu juga ayah aku. Aku nekad sem ni aku nak belanja betul-betul, aku nak gembirakan hati mak ayah aku. Aku nak letak senyuman bahagia dan gembira di bibir diorang. Aku nak diorang lupa sekejap segala kepayahan dan kepenatan yang diorang alami dengan keputusan yang akan aku berikan. Aku nekad. Itu janji aku. Mak, ayah.. Akak janji, akak akan buat terbaik sepanjang akak berada di usim dan akak janji akan buat mak ayah gembira dengan kejayaan akak dan akak janji akak akan buat kehidupan kita sekeluarga senang. Nanti mak ayah tak payahlah nak keje kuat-kuat lgi. Akak nak masa itu, mak ayah cuma berehat, tenangkan fikiran. Akak nak bayar balik semua pengorbanan yang mak ayah beri untuk akak dan adik-adik. Walaupun, pengorbanan dan kepayahan mak ayah tak setanding dengan apa yang bakal akak berikan. Tapi akak harap, hadiah ni boleh mengembirakan hati mak ayah walaupun untuk seketika. Aku terlalu sayangkan dan terlalu cintakan keluarga aku. Aku terlalu sayangkan adik-adik aku dan aku pun terlalu sayangkan mak ayah aku hingga ke syurga... 

Hai guys. What's up? Hari 1 september... Dah bulan 9 dah. Lagi beberapa hari, aku dah nak balik nilai untuk sambung sem 3 dalam matematik kewangan. Dahlah, malas nak cite lebih-lebih pasal tu. Hari ini aku nak senaraikan beberapa cerita korea yang aku dah tengok dan on-going drama yang tgah aku tengok sekarang ni. Saje je, aku nak tahu berapa banyak drama korea yang aku dah lain. Huhuhu. Kalau bosan, jngan baca sebab aku buat ni khas untuk aku dan sesiapa yang berminat nak tahu. Thank you. So, let's go~

1. Pasta
2. Another Oh Hae Young
3. Birth of a beauty
4. Cheese in the trap
5. Doctors
6. Entertrainet
7. Ex-girlfriend clubs.
8. High-school- love on
9. It's okay that's love
10. Kill me, heal me
11. Dream high
12. Bring it on! Ghost
13. Moorim school
14. My girlfriend is a gumiho
15. Heart string
16. Oh my ghost
17. Oh my venus
18. Emergency couple
19. Pinocchio
20. Please come back, mister
21. Producer
22. She was pretty
23. The time we were not in love
24. Secret garden
25. Secret
26. Descendants of the sun
27. The flatterer
28. Rooftop prince
29. Sensory couple
30. Marriage not dating
31. Cinderella stepsister
32. Cheongdamdong alice
33. Lie to me
34. Exo next door
35. Flower boy next door
36. Goong
37. Playful kiss
38. My girl
39. My princess
40. The master's sun
41. To the beautiful you

On-going drama
1. Uncontrolabbly fond
2. Jealousy incarnate
3. Love in the moonlight
4. Scarlet heart:ryeo
5. W
6. Cinderella and four knights.
7. Beautiful gong shim
8. The gentleman of wolgyesu tailor shop

Hai guys. What are you doing now? Probably ada yang dah tido. Atau mungkin baru balik dari dataran untuk sambut hari kebangsaan. Saya nak ucapkan selamat hari kebangsaan, happy indepence day for my lovely malaysia. Alhamdulillah, dah 57 tahun negara kita bebas dari penjajah. Semoga kita bebas selamanya dan hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera dengan bangsa yang berbilang kaum. Walaupun, begitu banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku di sini, aku tak nak cakaplah apa perkara itu. Tapi aku harap kita still boleh hidup sebagai satu bangsa atau satu warga yang masih sayang dan cintakan tanah air kita. Pupuk rasa sayang itu dalam-dalam hati kita agar kita tidak mudah lupa akan asal usul kita, walau di mana kita berada. Tak kiralah di dalam malaysia atau di luar malaysia. Yang pastinya, kita ber'ic'kan malaysia, kita kenalah bertanggungjawab dengan tanah air kita. Wah!!! Gila patriotik aku. Semangat weiiii. Apapun selamat hari kebangsaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Hey guys. What's up? I'm not in a good mood. Tetiba. Sometimes, kita fikir orang sebenarnya faham kita, tapi actually diorang tak faham pun perasaan kita. Kita sangka orang yang rapat dengan kita faham perasaan dalam hati kita, tapi sebenarnya takde siapa pun yang faham kita. Kita baru sedar yang sebenarnya kita sendirian. Lonely. Aku terlalu takut dengan perkataan lonely. Aku terlalu takut untuk sendirian walau sebenarnya aku dah biasa sendiri. Macam orang cakap, diluar kita nampak tabah dan kuat dan kita mampu buat semuanya sendiri, tapi hakikatnya dalam hati kita, kita sendirian dan kita sebenarnya kita perlukan teman. Teman yang sentiasa ada dengan kita. Teman yang kita percaya yang boleh sentiasa ada disisi kita. Teman yang faham apa yang kita rasa. Teman yang tahu untuk menjaga hati kita. Teman yang sedar tentang kepentingan diri kita dalam kehidupan mereka. Teman yang sentiasa faham atas alasan apa kita buat sesuatu. Tapi dalam hidup aku. Aku takde teman seperti itu. Semuanya hanya mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang aku yang sentiasa menjaga perasaan dan cuba untuk faham diorang. Sampaikan ada suatu ketika, aku pernah terfikir dan nak cuba macam mana agaknya kalau aku start pentingkan diri aku sendiri dan start pentingkan perasaan aku sendiri tanpa fikir apa yang orang cakap tentang aku. Tapi, in the end, aku yang tak mampu. Aku yang sakit. Aku yang serba salah. Aku akan fikir apa yang aku rasa. In the end, I would be no one di mata semua orang and I will live my life as low as possible because no one will realize the presence of me in their life. I am just invisible. 

Oh~. It is weird. Can I used this account as my diary. Urmm.. Not to diary but something in my heart and my mind that I cannot tell to anyone with my mouth but I wanna express it here from my heart. Aku takdelah segan sangt nak post something kat sini sebab orang pun jarang buka google plus ni, right? Maybe ada, but more to foreigners.

So, mcm mana aku nak mulakan kesah aku ni yea. Hurmmm.. Aku tak tahu nak mulakan dari mana sebab aku ni seseorang yang terlalu memikirkan banyak masalah. Bukannya memikirkan masalah, tapi seseorang yang terlalu risaukan sesuatu perkara padahal benda tu belum terjadi pun dan akan terjadi. Aku terlalu memikirkan apa yang bakal terjadi, mcm mana kalau jadi mcm ni, mcm tu. Aku terlalu risau. Kadang-kadang kerisauan aku ni boleh jadikan aku stress dan aku tak nak fikir dah tentang semua perkara yang jadi kat aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku jadi and how to overcome it. Sesiapa yag mungkin terbaca post aku ni. Tolonglah aku mcm mana nak kurangkan curiosity aku yang pada aku sendiri memang melampau gila. Seriusly, hati aku ni dah gila agaknya. Selalunya orang cakap orang yang gila, tapi aku, hati aku yang gila. Aku tak tahu nak buat mcam mna dah. Aku pun sebenarnya ada satu penyakit yang mana aku tahu aku ada sakit ni pun sebab aku suka cari sesuatu yang pelik tentang aku. Apa yang aku alami ni, adakah normal ataupun tak. Rupa-rupanya ianya memang suatu penyakit sebab dia tergolong dalam kalangan disorder. Aku ada penyakit social anxiety disorder. Mungkin ramai yang tak tahu, dan mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga ada disorder dengan aku. Sakit ni pun, aku dapat tahu bila setiap kali aku ada perasaan nak social sikit not social yang gi clubbing ,mix laki perempuan tapi social more to cakap dengan orang, tanya khabar ke. Senang cerita peramahlah. Bila setiap kali aku nak buat benda mcm ni, aku teragak-agak. Aku tak tahu kenapa. Sebab tu kat sekolah aku ni dikategorikan pendiamlah juga. Kadang-kadang malulah juga bila cikgu sendiri tak kenal kita bila kita ni oendiam sangat. Aku ni jenis tak pandai nak berborak. Lepas tu, malu nak berborak or nak bergurau dengan orang yang aku tak rapat or dengan orang yang memang aku dah lama tak jumpa. Actually, seriously aku mengaku yang aku emmang tak rapat gila dengan sedara mara aku. Sometimes aku jeles dengan kawan-kawan aku yang rapat dengan sedara mara diorang. Siap boleh keluar sama2, tidur sama2, ambil gambar sana sini. But in my 20 years life, I had never done any of that. What a bored life.... Seriously, malu aku ni memang tak bertempat wa cakap lu. Kadang-kadang ada juga aku cuba nak ajak berbual or nak try conversation dengan sesiapa, but I can't. It is just like something hold me from doing that. Memang annoying kan perangai aku ni. Aku pun tak suka perangai aku. I hate it so much. Aku benci gila ngan perangai aku ni. Aku nak juga have fun dengan life aku ni. Yelah, kita hidup ni kan sekali je seumur hidup and kita pun tak tahu bila nyawa kita Alan ditarik. So, at least before I go, I wanna feel something like this too. I just wanna feel freedom with my life's. I wanna do what I'm gonna do. One more thing that hold me from doing such thing is aku terlalu merendah diri. Ni bukan merendah diri yang tahap biasa biasa. Ni merendah diri yang tahap memang orang cakap aku "gilalah Minah ni, lek2 sudah dengan life kau. Kau biar jelah orang apa kat kau. Confidence sikit".huhuhu... Mungkin orang cakap macam tu. Aku terlalu takut untuk kenal orang lebih sebab aku terlalu risau dengan fizikal badan aku. Aku ni bukan yang jenis kurus, yang pakai baju saiz s, m lepas tu pakai seluar saiz kecik sebab ada paha kecik. Aku gemuk, aku terlalu takut untuk bergaul sebab aku gemuk. Aku terlalu takut untuk judgement orang. Aku terlalu takut bila orang start cakap pasal fizikal diorang yang ramai cakap diorang dah gemuklah, dah lemak sana sini, dah besar bahagian sana sini, padahal diorang kecik je and still boleh pakai baju s, m, l and baju yang lawa2, baju yang glamour. Aku ni, nak cari baju, aku kena fikir baju apa yang sesuai untuk aku. Aku kena cara saiz yang betul ada untuk aku. Aku terlalu takut untuk bergaul dengan orang sebab aku takut sakit. Aku takut hati aku sakit. Aku takut untuk terima keadaan. Bila aku dengan diorang2 yang cantik, yang kurus aku selalu fikir, orang macam aku ni layak ke kawan dengan diorang. Orang mcm aku ni, boleh ke jadi kawan diorang. Diorang tak malu ke dengan aku. Sometimes, aku malu dengan diri aku sendiri. Aku ni dahlah tak hebat dengan semua benda, gemuk pula tu. Ada ke yang sanggup, yang ikhlas kawan dengan aku. Ada ke yang boleh terima aku sebagai kawan seikhlas hati mereka. Ada ke lagi yang mcm tu. Aku pernah cuba beberapa kali untuk kuruskan badan, untuk turunkan berat bdan. But I just can't. I don't have anyone to support me and to do with me. In the end, aku give up mcm tu. Banyak dah suplement aku banyak start dari collagen sampailah ke cmd ntah pape tu. Tapi aku tak boleh. Aku tak mampu nak lakukan sorang. Kadang-kadang, aku berangan sendiri aku imagine sendiri diri aku bila aku kurus, cantik. But it is all only an imagination. In real life, i'm just a fat girl who hoping that she would never wake up from dreaming of becoming a beautiful and charming lady and meet her handsome prince. But that is all dream. Semua tu hanya mimpi semata mata. Aku tak tahu bila aku boleh jadi kurus, aku tak tahu sama ada aku boleh jadi kurus ke. Sebab aku tak nampak future diri aku untuk masa depan. Yang aku nampak hanyalah seorang perempuan gemuk yang bermimpi untuk jadi sesuatu yang dia takkan mungkin akan dapat. That's her. Aku tertekan kadang. Tapi aku ignore perasaan aku tu. Sampai hati aku sakit, pedih dan aku tak mampu nak bernafas. I just wanna life my live happily, smile everywhere, ease everywhere. Hirup udara segar setiap pagi, dengar kicauan burung tiap hari, matahari yang cerah dan tenang, langit yang luas dan cantik ditutupi dengan awan putih yang redup, kucing yang dibelai setiap hari, taman bunga yang banyak dan mengeluarkan bau yang harum dan wangi, suasana yang tenang, damai, takde permusuhan, takde pergaduhan, takde kritikan, takde pandangan-pandangan mata yang menjengkelkan, takde kata-kata yang menyakitksn, yang cuma ada hanya aku, kucing, keluarga aku yang ceria dan suasan rumah yang ceria dan sentiasa diberkati. I just wanna that. Persoalannya, adakah aku mampu capai semua itu?

Aku cuma harap,. Aku mampu tempuh dengan tenang jalan-jalan yang bakal aku tempuhi ini dan ujian-ujian yang mendatang. Buang sifat malas kau jauh. Sekarang buat masa untuk kau bermalas di dunia ni asya. Kau hidup hanya sekali, capailah sesuatu yang luar biasa untuk hidup kau. 

Post has attachment
hey, I'm back. Do pray for me that I will 'istiqomah' to write back. Thank you ^^

Post has attachment
Ukhuwah itu indah.
Simpulkan ia dengan kasih sayang dan kemanisan iman.
In shaa Allah, ukhuwah itu terjalin dengan sebuah senyuman dan ketenangan. :)

Post has attachment
Jangan benci, nanti sayang. :p
Wait while more posts are being loaded