Profile cover photo
Profile photo
Mohd Najib
18 followers
18 followers
About
Posts

9.8.5. {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:8.
Surah Al-Anfal, Ayat 5:

Allah memerintahkan supaya keluar dari Madinah untuk menemui salah satu dari dua pasukan kaum msyrikin di Badar, dan sebahagian mereka ada yang tidak menyukai kerana mereka keluar tidak untuk berperang kerana bilangan orang musyrikin terlalu ramai dengan kelengkapan perang yang cukup.

.
previous, [G+] https://t.co/my1xORXXd3
via, ekonomi.selangor@gmail.com

9.8.2~4. {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:8.
Surah Al-Anfal, Ayat 2~4:

Ayat ini menjelaskan tentang orang yang beriman sebenarnya mempunyai 5 sifat;
1. Apabila disebut nama Allah, hati mereka penuh ketakutan dan taat.
2. Apabila dibacakan Quran nescaya bertambah keimanan mereka.
3. Mereka menyerah diri kepada Allah dan tidak mengharapkan kepada yang lain.
4. Mereka mengerjakan sembahayang.
5. Mereka membelanjakan rezeki kepada jalan Allah, dengan berzakat, mamberi nafkah wajib dan membelanjakan harta semata-mata kearah mentaati Allah.

Ayat ini merupakan pujian Allah kepada mereka yang berkenaan yang berjaya mencapai sifat yang terpuji, dan disamping itu mereka akan mendapat kehormatan tertinggi serta keampunan dan mendapat rezeki yang disediakan dan tempat mereka adalah Syurga yang penuh nikmat iaitu suatu jaminan Allah kepada mereka yang beriman serta bertakwa.


.
previous, [G+] https://t.co/PkFQx1OXEg
via, ekonomi.selangor@gmail.com

9.8.1 {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:8.
Surah Al-Anfal, Ayat 1:

Mereka bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang rampasan perang. Maka katakanlah bahawa rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasulnya, yang mana Allah lah yang akan menghukumkan pembahagian tersebut mengikut peraturan, dan Rasul Nya yang akan menjalankan pembahagian mengikut peraturan yang ditetapkan Allah.
Allah menegah adanya pertengkaran perselisihan antara kaum Muslimin dalam perkara rampasan perang yang boleh menyebabkan perpecahan sesama mereka.
Kalau kamu semua benar beriman hendaklah patuh kepada Allah dan Rasul Nya dengan mengerjakan perintah dan meninggalkan yang ditegah Nya.

.
previous, [G+] https://t.co/A9qUmRRigk
via, ekonomi.selangor@gmail.com

Post has attachment

9.7.206. {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 205:

Lanjutan dari surah diatas, Allah menyatakan bahawa Malaikat disisi Nya, adalah tidak menyombong diri dan sentiasa merendah diri dengan membaca tasbih dan sujud kepada Allah.
Ada pun bertasbih dan sujud itu adalah ibadat pengabdian diri untuk menyembah Allah. Tasbih itu ialah amalam hati dan sujud adalah amalan pergerakan badan.
Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik hidayat Nya untuk beramal dengan suruahn Nya sesuai dengan apa yang disyariatkan Nya. Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

.
previous, [G+] https://t.co/G9TefYcXYA
via, ekonomi.selangor@gmail.com

9.7.204~205. {Tafsir awalaan}

Juz:9, Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 204~205:

Allah menyatakan bahawa Quran itu bila dibaca, maka hendaklah mendengarkan dan diam, supaya memahami memikir dan merenung akan erti dan kandaungan Quran tersebut, serta mengambil contoh pengajaran kitab tersebut. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian maka Allah akan menurunkan rahmat Nya.
Membaca Quran dengan mengikut peraturan tajwid adalah wajib dan dibaca dengan suara yang merdu untuk menambahkan kesan perasaan khusyuk kepada pendengar.
Dan hendaklah sentiasa mengingatkan Allah didalam hati dengan merendah diri dan takut kepada Allah, dan janganlah membaca Quran dengan suara yang keras, dan bacalah dengan suara yang lembut pada waktu pagi (Subuh) dan petang (Asar) supaya kamu tidak lalai mengingatkan Allah.


.
Previous, [G+] https://t.co/w6U7IR81BW
via, ekonomi.selangor@gmail.com

9.7.203. {Tafsir awalan}

Juz:9, Surah:7.
Surah Al-A’raf, Ayat 203:

Allah memberitahu kepada Nabi s.a.w, bahawa apabila orang musyrik tidak dibawa keterangan segera kerana terlambat membawa mukjizat quran kepada mereka, maka mererka berkata; mengapakah engkau sendiri tidak dapat mengadakan keterangan sendiri ? .
Maka Allah menyuruh katakan kepada mereka; Saya hanya ditugaskan mengikut Quran yang diturunkan kepada saya, dan tidak sekali-kali boleh mengadakan rekaan keterangan mukjizat. Saya hanya menunggu wahyu apa yang diturunkan oleh Allah , dan kalau tidak diturunkan maka akan mendiamkan diri dan tidak akan melaksanakan perkara yang direka-reka sendiri.
Quran merupakan hujjah dapat memberi pemandangan yang nyata kepada manusia yang berakal untuk melihat dengan jelas bukti ke’esaan Allah dan kenabian yang dilakasnakan dan akhirat yang dijanjikan. .

.
previous, [G+] https://t.co/5SS4w5yLjl
via, ekonomi.selangor@gmail.com

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
Wait while more posts are being loaded