Saya banyak meluangkan masa di hadapan komputer. Ada kalanya terasa malas untuk bangun untuk menekan suis lampu dan kipas bilik.

Saya terlintas untuk membina sesuatu yang dapat mengawal suis lampu dan kipas melalui komputer, lalu membeli beberapa peralatan dari Kickstarter.

Di sini, Spark Core buatan +Spark digunakan bersama relay shield untuk mengawal arus elektrik. Peranti tersebut bersambung dengan internet melalui wi-fi untuk menerima arahan.

Pengawalan dibuat melalui satu webpage dimana boleh dimasuk mana-mana peranti dengan talian internet. Pengecaman suara pula menggunakan Web Speech API yang terdapat pada pelayar Chrome. Terdapat juga kawalan automatik lampu dan kipas yang dapat ditetapkan pada masa tertentu.

Cahaya yang dipancarkan dari belakang monitor adalah daripada +Lightpack. Dengan gabungan API dari MPC-HC dan pengawal, lampu bilik ditutup secara automatik dan dibuka semula selepas video habis dimainkan.

Sekian perkongsian alat merepek saya. Haha.
Shared publiclyView activity