Profile cover photo
Profile photo
Tinta Qasih
54 followers
54 followers
About
Posts

Post has attachment
Video Tinta Qasih Jalinan Masyarakat

Post has attachment
**
Alhamdulillah atas segala anugerah dan bantuan dapat kami selesaikan
tugasan Jalinan Masyarakat di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa bagi
memenuhi syarat kursus pada semester kali ini. Melalui tugasan ini, saya diberi
amanat sebagai ketua kumpulan...

Post has attachment
Refleksi ke-2 Anisah Ibrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tanggal 28hb April lalu, merupakan kali ketiga kami melaksanakan program tinta qasih dengan penghuni rumah anak-anak yatim At-Taqwa Puchong. Kami merasa teruja untuk berjumpa dengan adik-adik di sana, setelah seminggu s...

Post has attachment
REFLEKSI 2 - Salwa Hasanah
Assalamualaikum ;) Alhamdulillah , pada 28 April yang lalu kami berjaya menyelesaikan tugasan untuk hari ketiga kami di Rumah anak-anak yatim At-taqwa. Bukan bererti tugasan ini berakhir maka berakhirnya hubungan kami dengan adik-adik disana. Insyallah jika...

Post has attachment
REFLEKSI 2 - Siti Rokiah Binti Mahmud
Refleksi 2 - Siti Rokiah Binti Mahmud Assalamualaikum W.B.T. 28 April 2015 (Selasa) merupakan hari berakhirnya program bagi kumpulan kami ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Puchong. Ketibaan kami ke sana telah disambut dengan riang oleh adik-...

Post has attachment
**
Refleksi 2 : Siti Nazhatul Nadira Binti Azhar (Hari Selasa bersamaan 28/4/2015) Alhamdulilah, Itulah ungkapan yang kami sering ucapkan tatkala selesainya program kami di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa ini. Jika di lihat kembali sebelum ka...

Post has attachment
**
Refleksi 1 : Siti Nazhatul Nadira Binti Azhar (Hari Isnin bersamaan 20/4/15) Saya bersama-sama lapan ahli dalam kumpulan ini telah menjalankan Program Jalinan Masyarakat Bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Taman Putra Perdana, Pucho...

Post has attachment
**
  Refleksi 2 - Siti Rokiah Binti Mahmud Assalamualaikum W.B.T. 28 April 2015 (Selasa) merupakan hari berakhirnya program bagi kumpulan kami ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Puchong. Ketibaan kami ke sana telah disambut dengan riang oleh adi...

Refleksi 2 - Siti Rokiah Binti Mahmud
Assalamualaikum W.B.T. 
28 April 2015 (Selasa) merupakan hari berakhirnya program bagi kumpulan kami ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Puchong. Ketibaan kami ke sana telah disambut dengan riang oleh adik-adik yang menghuni di sana.

Bagi mengeratkan lagi tautan kasih antara kami dan adik-adik, kami telah menyediakan beberapa aktiviti. Antaranya adalah aktiviti melukis dan mewarna menggunakan warna crayon di atas pinggan polistrene. Perasaan gembira tidak terkata apabila diri ini dapat bermain dengan adik-adik di sana. Kadangkala manusia meluahkan perasaan melalui coretan dan lukisan bukannya melalui kata-kata. Saya berharap melalui lukisan yang telah dihasilkan oleh adik-adik tersebut mampu sedikit sebanyak menjadi medium luahan diri masing-masing. Setiap kali memandang mereka, terdetik rasa di hati betapa bersyukurnya kita masih punyai keluarga dan rumah sendiri. Betapa beruntungnya diri apabila mengenangkan dapat makan makanan yang diingini setiap hari. Namun begitu, keberuntungan dan kesyukuran mereka tetap tidak dapat ditandingi. Biarpun perasaan mereka tidak dapat kami teroka tapi melihat senyuman yang terukir di bibir mereka cukup menyejukkan hati. Ada yang melukis rumah, menggambarkan mereka pasti merindui rumah mereka. Saya belajar bahawa seberat manapun ujian Allah, saya harus tersenyum dan melangkah dengan gagah sambil menadah tangan kepada-Nya. Di rumah ini jugalah mereka belajar mengaji di pagi atau petang hari memenuhi kekosongan hari sedangkan kita yang mempunyai segala-galanya mungkin sukar untuk menyelak muka Al-Quran walaupun semuka sehari.

Dalam memenuhi kekosongan waktu, kami telah memasak popia gorang yang berintikan sayuran dan membuat cheesekut untuk adik-adik-adik di sana. Kami dibantu oleh beberapa orang adik di sana ketika menggulung popia. Pepatah ada mengatakan bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kami sangat bersyukur dan berbesar hati kerana mampu memasakkan sesuatu untuk mereka walaupun makanan yang biasa-biasa sahaja.

Dalam keriangan harusnya terselit kenangan. Adik Qoit, seorang kanak-kanak comel yang manja dan comel serta mesra dengan sesiapa sahaja yang dikenalinya. Dirinya sering diusik oleh kawan-kawannya dan dia hanya menangis (sekejap sahaja). Tetapi betapa beruntungnya adik Qoit adalah dia mempunyai abang yang sangat menyayangi dirinya. Setiap kali diusik, abangnya iaitu Danial dan rakannya yang lain akan memarahi sesiapa yang mengusik adiknya. Keadaan ini sudah cukup menjelaskan bahawa biarpun mereka adik-beradik berada jauh daripada keluarga mereka mampu menjaga antara satu sama lain bahkan hubungan mereka juga semakin erat. Di sini saya belajar bahawa walaupun perbezaan antara saya dan orang lain sangat besar saya patut terima orang lain, menghargai mereka dan menjaga mereka seperti keluarga sendiri.

Dalam sibuk melayan keriangan adik-adik, tibalah masa untuk kami pulang ke UM. Perasaan sedih tidak dapat dipendam. Saya yakin setiap ahli kumpulan berasa sedih dan seolahnya kami akan kehilangan sesuatu, biarpun keberadaan kami di sana hanyalah untuk beberapa ketika tapi kami benar-benar jatuh kasih terhadap mereka. Membayangkan bebanan adalah tidak sama dengan menanggung beban itu sendiri. Hanya doa mampu dititipkan setiap hari semoga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat. Harapan juga sangat tinggi agar suatu hari dapat menjejakkan lagi kaki ke sana.

Kegembiraan yang dirasa tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana rindu itu abstrak bentuknya tidak mungkin dapat diukur besar mahupun beratnya. Adik-adik, jika kerana Allah kita bertemu, kasih kita bertaut, maka kerana Allah juga kita akan bertemu lagi selagi panjang umur.

Post has attachment
REFLEKSI 2 - Wan Syahirah bt Mior Lokman
Assalamualaikum hye semua :) Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti kami di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa 28 April yang lalu. Indah, inilah pengalaman yang amat sukar kami lupakan. Menghabiskan masa bersama anak-anak kecil di rumah ini meningga...
Wait while more posts are being loaded