Profile cover photo
Profile photo
IQRaC Club
7 followers -
Ai Kiu Rek - kurek~
Ai Kiu Rek - kurek~

7 followers
About
IQRaC Club's posts

Post has attachment

“Apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Al Jumu’ah [62]: 10)

TriP, satu program tahunan yg memberi pendedahan secara jelas kepada semua ahli semester IQRAC tentang bagaimana cara sebenar mengendali satu-satu program rasmi. Daripada adab bermuamalat sesama pelajar sampailah format laporan dan kertas kerja, semuanya dijelaskan.

Bagusnya TriP, program ini dijalankan oleh ahli semester IQRAC sendiri. Penjelasan secara santai dan sistematik menjadikan sesi taklimat ini tidak lama dan mudah difahami. Well, youngsters hate long speech and everyone can tell. Kan?

TriP, nama taklimat saja sudah menarik. Singkatan kpd 3P, 'Pengurusan & Perlaksanaan Program'. Nampak tak?

“Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara ka-lian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik.” (HR Baihaqi, dinilai shahih oleh Al Albani dalam “Silsilah As Shahihah”)

Pentingnya taklimat TriP, pengurusan program secara betul membolehkan ahli IQRAC melatih diri memberi komitmen sepenuhnya dalam kerja sambil memudahkan sesuatu program itu terlaksana tanpa kepincangan. Tambah lagi, ahli IQRAC kebiasaannya pelajar minoriti di DQ ini jadi kualiti seorang kalau boleh, menyamai 3 orang yang bekerja. Kalau boleh lah. Orang putih kata, "Why not?"

Malam Sabtu, 13 Ogos 2016, taklimat TriP berjalan dengan lancar sekali, Alhamdulillah.
Bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor, penyampaian yang diberi berkenaan taklimat 3P dengan lebih terperinci lagi sebenarnya mengandungi points seperti berikut:

1. Adab muamalat
2. Etika mesyuarat
3. Format Kertas Kerja Dasar
4. Implikasi kewangan program
5. Panduan perbendaharaan & sponsor
6. Nombor Rujukan Jawatan

Suka juga dalam kesempatan menulis entri kali ini, saya mengajak para lepasan SPM yang menyimpan cita- cita menghafaz al- Quran sambil tidak mahu melepaskan peluang menceburi bidang professional, joining IQRAC could be the best choice you've ever made. Jujur saya kata.

Taklimat 3P menjadi salah satu bukti bahawa menjadi IQRAC yang merupakan pelajar minoriti di DQ, dan cuma mempunyai peluang untuk menghabiskan hafalan 30 juzuk dalam hanya setahun setengah, tidak menghalang pelajar program ini untuk berkomitmen dengan baik dalam kerja. Bagusnya IQRAC. Kan?

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Assalamualaikum and don't forget to apply IQRAC. Haha.

Post has attachment

Post has attachment
singgah sebentar untuk merehatkan minda :)

Cadangan untuk mewujudkan program ini lahir di dalam Muzakarah Masa Depan Darul Quran yang dianjurkan oleh JAKIM di Awana Golf & Country Resort, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada 21-22 Februari 2000. Y. Bhg. Prof Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin) telah membentang satu kertas kerja bertajuk “ Perancangan Masa Depan Program Akademik Darul Quran”. Beliau mencadangkan supaya Darul Quran bukan sahaja memainkan peranan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak untuk menjadi imam, guru-guru agama malah layak menjadi ahli sains dan ahli profesional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan Tamadun Islam seperti Ibn Sina, Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Ibn Khaldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.

Oleh itu pada 19 Jun 2000 seramai 7 orang pelajar lepasan Matrikulasi UIAM iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di dalam Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran DQ-UIAM di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Selepas tamat pengajian di Darul Quran mereka akan mengikuti pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Falsafah
Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid kearah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.


Objektif
1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendekiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.


Pemilihan Pelajar
Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut :

Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan
Berkemampuan tinggi untuk menghafaz Al-Quran
Personaliti yang tinggi
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum ; dan
Lain-lain perkara yang berkaitan
Pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini.


Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan.


Jangka Masa Pengajian
Pengajian akan bermula pada bulan Januari (selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.


Haluan Pengajian
Pensijilan Tahfiz Al-Quran (1 tahun 6 bulan) di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
Program Matrikulasi UIAM (1 hingga 2 tahun) di Pusat Asasi UIAM
Program Ijazah (3 tahun setengah hingga 5 tahun) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Wait while more posts are being loaded