Profile cover photo
Profile photo
Hamba Allah
17 followers
17 followers
About
Posts

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment

HIMPUNAN HADIS (1-50)

1. Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi) 

2. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)

3. Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)

4. Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabdaan Rasulullah SAW; Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

5. Dari Irbadh bin Sariah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir. (HR Mustadrak Hakim)

6. Dari Sa’ad r.a menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)

7. Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)

8. Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)

9. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

10. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya. (HR Ahmad)

11. Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

12. Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)

13. Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

14. Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan. (HR Muslim)

15. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ditutupilah neraka dengan berbagai kesyahwatan - keinginan - dan ditutupilah syurga itu dengan berbagai hal yang tidak disenangi. (Muttafaq ‘alaih)

16. Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat Takabbur. (HR Baihaqi)

17. Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)

18. Dari Harithah bin Nukman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Memberi sesuatu dengan tangannya kepada orang miskin, menghindarkan daripada kematian yang buruk. (HR Tabrani, Baihaqi)

19. Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah diantara amal yang wajib mendapat pengampunan. (HR Baihaqi)

20. Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)

21. Dari Umar ibn Al Khattab r.a meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai sembahyang secara berjemaah. (HR Musnad Ahmad)

22. Dari Abdullah r.a berkata bahawa aku melihat Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang, dan terdengar dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya. (HR Abu Daud)

23. Dari Ummi Farwah r.ha berkata; Rasulullah SAW telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang terafdhal? Baginda menjawab: Sembahyang di awal waktu. (HR Abu Daud)

24. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir. (HR Muslim)

25. Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)

26. Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. (HR Hakim)

27. Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi)

28. Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah. (HR Tabrani)  

29. Dari Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berwudhuk walaupun dia masih suci (memperbaharui wudhuk), dia akan mendapat sepuluh kebaikan. (HR Abu Daud)

30. Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani) 

31. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)

32. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga. (HR Muslim)

33. Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman. (HR Tabrani)

34. Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

35. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)

36. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)

37. Dari Uthman bin ‘Affan r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Sehari di jalan Allah SWT lebih baik dari seribu hari yang lain. (HR Nasa’i)

38. Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

39. Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah. (at-Targhib, al-Mundziri)

40. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR Bukhari)

41. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang hamba tanpa berfikir panjang mengatakan satu perkara yang kerananya dia akan terhumban ke neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit. (HR Muslim)

42. Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah. (HR Baihaqi)

43. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)  

44. Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)

45. Dari Hind bin Abi Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu. (HR Tirmizi)

46. Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

47. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak merasai kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

48. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada malam lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (HR Ibn Hibban)

49. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)

50. Dari Abdullah bin Umar r.a berkata; telah bersabda Rasulullah SAW: Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan sebarkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan. (HR Tirmizi)
Wait while more posts are being loaded