Profile

Cover photo
perppis tawau
494,771 views
AboutPostsPhotosYouTube

Stream

perppis tawau

Shared publicly  - 
 
Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu
memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah
hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah
dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan
perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin
bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat
menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim
yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin
mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”.
Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan
ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap
mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama
yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun
dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama
yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-
Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting
dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada
mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta
selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta
selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum
diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada
perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai
mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara
satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas
pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa
kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta
yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah
tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari
sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini
terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah
dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan
ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan
ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah
sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan
survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika
manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di
dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu
menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap
tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan.
Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi
mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah
kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan
anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan
longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan
dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa
tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya
bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan
itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang
tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan
dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan
bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan
kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak
daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh
mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya
menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu
perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu
muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan
memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks
mempunyai hubung kait yang amat besar untuk
berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini
berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda
melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam
mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta
kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana
Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad
s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat
dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar
seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada
pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini
kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian
termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda
berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang
ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa
hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta
yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim
dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang
penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya
jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang
memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan
al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan
Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering
dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya
orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan
matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta.
Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara
dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah
menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi
diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:
tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah,
cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan
cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan
dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w
bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu
belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang
melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan
bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh
berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
 ·  Translate
1
Add a comment...

berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa
tanggungjawab.
 ·  Translate
1
Add a comment...
In his circles
2 people
People
In his circles
2 people
Links
Other profiles
Basic Information
Gender
Male