Profile cover photo
Profile photo
sharminie zainul abidin
58 followers
58 followers
About
sharminie's posts

Alhamdulillah selesai sesi #QuranicCoaching, Cik Mien sampai ulang tayang 2 x.huhu...

Betapa berat tanggungjawab kita sebagai umat terakhir Nabi Muhammad S.A.W
Paling terkesan bila nanti di sana kita akan ditanya kenapa kita tak bantu orang lain? kenapa kita biarkan orang lain (walapun orang lain tu duduk di luar Malaysia sekalipun) mati kelaparan? kenapa dan kenapa?

haa...nganga nak jawab. Jadi selama ni kita hanya fikir untuk diri kita, keluarga kita, sanak saudara kita je. sedangkan kita ni perlu sehabis daya usaha untuk membantu orang lain juga.

sebab tulah kita kena keluar dari zon selamat. dah tak boleh fikir yang eh tak pe la ada orang lebih kaya dari aku patutnya tolong. biarlah pemimpin negara je yang fikirkan. atau eh memang ini je yang aku mampu pun bukan hal aku nak fikir hal orang lain pula.

jadi mulai hari ini jom fikir apa sumbangan kita, tak dapat beri wang ringgit, cuba beri dengan tenaga kudrat kita. Dan kalau kita rasa yang kita boleh pergi lebih jauh lagi bila kita benar2 berusaha, maka usahakanlah. tambah income melalui pendapatan sampingan supaya kita berpeluang untuk bantu mereka yang kesusahan di luar sana.

apapun terima kasih Master Z atas ingatan dan perkongsian hari ini.

wassalam.

Ya Allah,
Sekiranya hati ini telah dikotori, sucikanlah.
Sekiranya hati ini telah dilukai, sembuhkanlah.
Ya Allah, ceriakanlah air mata yang mengalir dan kesedihan kepada kebahagian yang berpanjangan dan berikanlah kepada hati ini kekuatan untuk membalas setiap kebencian dengan kebaikan dan senyuman.

aminn.

#ramadhan2

KKM duk promote #sukusukuseparuh,
Shaklee pula duk promote detoks dan eat clean.

Cik Mien suka dua2 ni. Memang duk mood berdetoks juga dengan geng turbo.
Bila berjemaah lagi semangat tau. Jom le join jemaah detoks kami.

Cara Cik Mien sempoi je. Setkan menu sarapan seminggu kita. Cik Mien tak de la cut terus semua makanan sebab awal2 ni kena beri masa pada badan kita. contoh dulu suka hati je makan nasi lemak 2-3 kali seminggu. Mula tahun 2017 ni Cik Mien jadikan sekali seminggu je boleh makan. Sama juga dengan makanan lain.

Bila dah ok dengan step ni barulah kita ubah ke arah eat clean. Mudah bukan?

Esok dah berpuasa, tak sabar nak berdetoks dengan jayanya di bulan mulia ini.

Haa... tu yang best dengan detoks shaklee ni. sambil berpuasa pun kita boleh detoks tau. ada resipi, jadual, tips dan banyak lagi yang nak bantu kita mudah berdetoks. best kan?

Salam Jumaat semua,

Alhamdulillah syukur esok kita bakal ketemu Ramadhan Ya Karem.
Hari ini Cik Mien cuti nak pulun bersiap sebelum masuk bulan puasa.hehe...
Mudah sikit nak fokus bila banyak perkara setel dari awal,betul ?

Post has attachment
Wah teringat masa duk bz sediakan slide presentation tempoh hari.
Serius Cik Mien pulun sampai le dah siap. Selagi tak siap tak bergerak dari kerusi.hihi
Mata lebam tak cukup tidur tu tok sah cakap le gara-gara menyiapkan task.
Jadi bila tengok diri sendiri boleh push semata-mata nak siapkan task tu, terus rasa semangat nak kejar impian dan target Cik Mien.

#daretodream
Photo

Assalamualaikum w.b.t,

Jom sama-sama aminkan doa Cik Mien di pagi Jumaat ini,

Ya Allah. Di hari Jumaat yang mulia ini, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibu bapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ahli keluargaku,tunjukkanlah kami jalan yang benar, berkatilah kami dunia akhirat.

Aaminn...

Post has attachment
Hari ini Cik Mien nak cerita bagaimana boleh terjebak dengan Shaklee. Kalau nak tahu Cik Mien mula kenal Shaklee melalui mama yang gojes dalam gambar ni, Lydzar Rusman.hihi...

Contact dengan dia untuk beli set menyusu. Masa tu beli set trialpack je. Sempat Cik Mien merasa beli set trialpack yang bungkus dalam zip bag tuh. Sekarang ni dah tak de dah. Cik Mien berjual beli dengan dia sebab dia kawan sekolah Cik Mien. Ye la duk tengok dia hari2 cerita pasal vitamin dia.hihi...

Asal dulu Cik Mien tak de la lepas ambil Shaklee terus melompat nak biz. Bukan.
Cik Mien secara perlahan-lahan dari set trial pack hinggalah berbotol-botol vitamin dalam almari.hihi...Sangat best berurusan dengan dia sebab dia guide satu persatu.

Mula2 kenal setiap vitamin tu dulu dan barulah jatuh cinta sebab dah rasa keberkesanan dan kebaikannya. Sebelum ini badan sokmo rasa lemau je, dalam setahun mesti ada MC sebab demam atau cuti sebab famili pun kurang sihat. Itu dulu.

Sekarang Alhamdulillah kualiti hidup Cik Mien dan keluarga bertambah baik sejak Cik Mien dah shakleekan keluarga kami.hehe...Dan ini semua atas kesedaran sendiri. Bila usia meningkat, Cik Mien tengok macam2 penyakit yang kita berisiko untuk terima.

Dan anak sulung kami pula eczema. Baca pasal steroid je Cik Mien dah kecut. Seram bila baca risiko ambil steroid ni walaupun krim je pun. Jadi Cik Mien usahakanlah dengan Shaklee dan jenama yang menyokong produk semulajadi juga. Alhamdulillah eczema Dania Ziyad terkawal walaupun ada masa akan teruk dan ada masa normal. Nak merawat eczema ni bukan kerja sehari dua.huhu... ia mengambil masa. Bertabahlah ibu2 yang mempunyai anak eczema.

Mujurlah Cik Mien kenal Shaklee, sebab melalui Shaklee, kita amalkan supplemen, dalam masa yang sama, kita juga digalakkan makan secara sihat dan gaya hidup aktif.

Bila kita dah terima manfaat, sudah tentulah kita rasa nak berkongsi dengan semua orang, betul? Siapa sangka dengan berkongsi bersama rakan-rakan, keluarga dapatlah duit extra. Syukur mampulah Cik Mien bahagiakan anak-anak melalui duit bonus dan untung runcit.

Duit extra ni sangat bermakna di zaman sekarang ni. Inflasi makin meningkat, kuasa beli kita dah berkurang. Tipulah duduk di bandar cukup dengan makan gaji je.
Lagipun selagi ada kudrat dan peluang tak salah kita mencuba. Cuma carilah biz yang betul.
Janganlah cari biz yang belum apa2 dah suruh letak modal tinggi sampai perlu berhutang, dan beli produk penuh bawah katil. Last2 tak terjual. Owh memang nightmare.

Sebab tu lah Cik Mien pilih mama gojes ni. Dia mula dengan bertatih. Dari makan gaji hinggalah bertukar menjadi suri rumah dengan bergajikan Shaklee. Selalu pesan pada kami, setiap usaha yang dibuat pasti ada ganjarannya. Dalam biz Shaklee, siapa yang usaha lebih dia mesti dapat.

Apapun paling penting Cik Mien ada misi sendiri, nak sihat, cantik, dalam kehidupan yang lebih baik. Cik Mien nak bila tua Cik Mien mampu menguruskan diri sendiri dan tidak menyusahkan anak-anak. In sya Allah. Aminn.
Photo

Post has attachment
Nak berjaya kena jadi katak yang pekak.

Itu penting. Tok sah duk layan mereka yang berkata-kata.

Sebab kata-kata mereka tidak memberikan kita faedah pun. Bukan mereka yang menentukan rezeki kita. Ingat, yang memberi rezeki ialah Yang Maha Pemberi.

Jadi doa dan usahalah sehabis baik, itu paling penting.

Cheer up ok.
Photo

Post has attachment
Erm... jauh benar target yang dicapai kali ini. Banyak lagi mereka yang belum kenal Shaklee yang Cik Mien belum jumpa. Jadi sebab itulah Cik Mien tak leh berhenti. Lebih-lebih lagi Ramadhan al karem bakal menjelma. Cik Mien nak bantu mereka yang mempunyai gastrik dan kencing manis sebab kedua-dua golongan ini yang sentiasa mengalami kesukaran untuk berpuasa. Ruginya bila kita tidak berpeluang untuk berpuasa di bulan yang mulia. Semoga usaha Cik Mien tercapai,doa2kan ye. aminn
Photo

Ya Allah, Jadikan awalnya rahmat, pertengahannya nikmat dan penghujungnya berkat.

Kawan-kawan FB Cik Mien jom amin kan doa ini.
Wait while more posts are being loaded