Profile cover photo
Profile photo
Universiti Putra Malaysia (UPM)
854 followers -
Berilmu Berbakti
Berilmu Berbakti

854 followers
About
Posts

Post has attachment
Usia 60 tahun masih kuat bekerja - Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) dan Presiden Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM), Prof Datuk Dr Tengku Aizan Hamid, berkata undang-undang warga tua perlu dikaji semula termasuk menimbangkan mengambil golongan pesara ke dalam industri pekerjaan.

“Sebenarnya, bersara dalam usia 60 tahun boleh dikatakan masih muda kerana kebanyakannya masih sihat, malah mengikut standard antarabangsa, seseorang itu boleh dianggap warga emas hanya apabila mencecah 65 tahun.

“Faktor penjagaan kesihatan yang semakin berkualiti pada hari ini juga menyebabkan tahap kesihatan semakin baik.

“Golongan ini boleh menyumbangkan tenaga sama ada dalam bidang profesional atau sebaliknya,” katanya pada Persidangan Selatan-Selatan berkaitan Demografi dan Populasi Penuaan, di sini, baru-baru ini.

Persidangan anjuran MyAgeing dengan kerjasama Pusat Kajian Kependudukan, Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Gerontologi Malaysia dengan sokongan Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dan kerajaan.

Ia bertujuan mendapatkan pandangan sekumpulan penyelidik demografi melihat status penuaan di setiap negara dan menangani isu penuaan penduduk.

Dr Tengku Aizan berkata, golongan itu tidak semestinya perlu bekerja sepenuh masa, tetapi boleh memilih untuk bekerja pada waktu anjal.

Katanya, kebanyakan negara Selatan adalah miskin tetapi peratus penuaan meningkat laju iaitu jumlah warga emas lebih ramai berbanding orang muda.

“Malaysia adalah antara lima negara dengan jumlah warga emas yang tinggi selain Singapura, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Baca selanjutnya >>>
Add a comment...

Post has attachment
Consult vet before using antibiotics on livestock, farmers advised - Using antibiotics on livestock without consulting a veterinarian can lead to antibiotic resistance in humans and the emergence of superbugs which can kill, said Universiti Putra Malaysia ruminant medicine senior lecturer Dr Rozaihan Mansor.

The corresponding author of the survey, “Knowledge, attitude and perception regarding antimicrobial resistance and usage among ruminant farmers in Selangor, Malaysia”, said not all diseases were caused by bacteria.

The survey found more than half of the farmers in Selangor used antibiotics on their livestock without a prescription.

“Some infection are viral, parasitic or may not be an infectious disease such as metabolic diseases resulting in deficiency in minerals.

“They do not need antibiotics,” she said of the survey which was reported by The Star on Sunday.

Dr Rozaihan said if an animal had diarrhoea, a veterinarian would normally take stool samples and send them to a laboratory.

Read more >>> https://buff.ly/2RNdqip
Add a comment...

Post has attachment
Adakah anda sedia untuk tidak lagi terima subsidi? - Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, dalam konteks Malaysia, jumlah yang akan menolak subsidi secara sukarela masih kecil.

“Dalam konteks Malaysia sekarang, mungkin ada segelintir yang akan secara sukarela untuk tidak menjadi penerima subsidi. Tetapi jumlahnya masih kecil.

“Hal ini kerana, masih ada lagi yang terbeban dengan kos sara hidup yang disebabkan peningkatan harga barangan berbanding dengan peningkatan pendapatan yang hampir statik,” jelasnya.

Tambah Mohd Yusof, kerajaan perlu menyediakan sistem pangkalan data yang lengkap dengan butiran isi rumah bagi mengenal pasti siapa yang benar-benar layak untuk mendapatkan subsidi berkenaan.

"Kebocoran berlaku kepada kebanyakan dasar dan polisi yang berkaitan dengan subsidi jika kita tiada satu sistem data yang komprehensif dan tepat.

"Oleh itu, cabaran kerajaan adalah memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagaimana mendapatkan data penduduk yang merangkumi pendapatan, jumlah isi rumah, pekerjaan, saiz rumah dan segala maklumat penting berkaitan sosioekonomi mereka," katanya lagi.

Baca selanjutnya >>>
Add a comment...

Post has attachment
Lembu Bali ternakan berpotensi di Sarawak - Menurut Pegawai Pertanian Kanan (Doktor Veterinar) dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) Dr Zaidi Suif, terdapat beberapa kelebihan penternakan lembu Bali seperti yang diusahakan oleh UPMKB iaitu antaranya ialah lembu Bali mudah dijinakkan.

Selain itu, kerana habitat asalnya adalah liar, lembu Bali memiliki ciri-ciri lasak seperti tahan kepada cuaca, kelembapan yang tinggi dan tahan dari segi parasit dalaman dan luaran.

Ini akan mengurangkan kos ubatan dan rawatan, ditambah lagi dengan sistem pencernaan yang proaktif iaitu mampu mencerna makanan/rumput yang berkualiti rendah dengan baik.

Oleh itu, agak sukar untuk melihat lembu Bali dengan skor badan yang rendah pada usia matang.

Menurutnya lagi, lembu Bali ini mempunyai tahap dan kadar kebuntingan yang tinggi iaitu mencapai 80-90%. Ini menjadikan kadar kelahiran adalah lebih tinggi.

Dr Zaidi merujuk pengalaman UPMKB sendiri dalam penternakan lembu Bali. Bermula Disember 2012, sejumlah induk asal yang dibeli iaitu sebanyak tiga ekor jantan dan 10 ekor betina dengan berat 98kg hingga 199kg seekor dengan umur antara satu tahun hingga satu tahun enam bulan.

Sehingga Ogos 2018 bilangan lembu yang telah diternak adalah berjumlah 45 ekor iaitu pertambahan 32 ekor bagi tempoh enam tahun dengan jumlah kematian sebanyak dua ekor sepanjang projek penternakan ini bermula.

Baca selanjutnya >>>
Add a comment...

Post has attachment
Pertanian kerjaya berpotensi menjana kekayaan, kata Pahon - Masyarakat perlu melihat bidang pertanian secara positif sebagai kerjaya berpotensi menjana kekayaan dan menjamin keselamatan makanan negara.

Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak Datu Ik Pahon Joyik berkata mereka harus mengetepikan tanggapan pertanian sebagai jijik, kotor, tidak mempunyai kelas tinggi dan hanya untuk golongan miskin.

Katanya, tiada makna hanya melahirkan ramai doktor, jurutera dan akauntan sekiranya negeri dan negara masih kurang bekalan beras atau nasi untuk dimakan, tiada bekalan daging, ayam, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

“Manusia tidak dapat hidup dengan makan bangunan, makan jentera atau makan traktor,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu pada Sabtu lalu.

Justeru katanya, MANRED amat menghargai semua usaha dan sumbangan diberi dalam memajukan bidang pertanian di negeri ini supaya bekalan makanan mencukupi untuk keperluan penduduk.

Beliau berkata, idea mengadakan program mirip mini AGROFEST atau pameran mini Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) terutama bagi tidak dapat menghadiri AGROFEST di Kuching atau MAHA di Serdang, Selangor maka Hari Terbuka TPU UPM Kampus Bintulu julung kali diadakan merupakan peluang terbaik untuk berkunjung menikmatinya.

Katanya, pengurusan dan warga UPM Kampus Bintulu perlu mengambil peluang memasyarakatkan UPMKB, berkongsi teknologi pertanian terkini dengan memperkenalkan kemudahan pertanian dan hasil pertanian kepada masyarakat serta kursus asas pertanian atau kursus jangka pendek kepada petani dan masyarakat.

Baca selanjutnya >>>
Add a comment...

Post has attachment
Tugas tergendala jika selesema - Seawal usia tiga tahun, hidung Joshua Lee Chun Yee telah lali ditusuki variasi bauan. Berada dalam persekitaran kedai menjual ramuan kek yang diusahakan keluarganya di George Town, Pulau Pinang, aroma coklat, mentega, kopi dan lain-lain yang semerbak di udara menjadi hiduan.

Saraf olfaktori hidungnya juga sering dirangsang dengan bauan apabila bapanya yang menggemari minyak wangi lazim menyembur haruman pada tubuh kecilnya saat keluar dari rumah.

Membesar dalam suasana sebegitu, hatinya sudah berdetak untuk menceburi profesion yang sifatnya bergelumang dengan bau-bauan kala dewasa kelak. Hari ini, Joshua yang berusia 41 tahun sudah menjadi antara pembuat atau pereka bau minyak wangi (perfumer) terkemuka di negara ini dengan kelulusan sarjana dalam bidang pembuatan minyak wangi (perfumery) dari International Institute of Perfumery, Cosmetics and Aroma (ISIPCA), Versailles, Perancis.

Dek kerana serius mahu menggapai impian menjadi pembuat minyak wangi jugalah Joshua terdahulu mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kimia di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mengambil kursus alternatif bahasa Perancis.

Baca selanjutnya >>>
Add a comment...

Post has attachment
Jangan jadikan warga asing alasan - Sikap orang ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri membuka peluang kepada warga asing menerima manfaat daripada perkhidmatan bas percuma GO-KL.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, penumpang warga asing hanya dijadikan alasan untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerajaan itu.

Beliau berkata, apa salah­nya warga asing menggunakan GO-KL jika ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota terutamanya pada waktu puncak.

“Di luar ne­gara pun, me­reka tidak meng­halang warga asing menggunakan pengangkutan awam. Mentaliti masyarakat mengenai perkara ini perlu diubah.

“Jika dihadkan kepada ma­syarakat tempatan sahaja, warga asing mungkin akan menggunakan kenderaan sendiri sedang­kan pengangkutan awam diwujudkan bagi mengurangkan penambahan kenderaan di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun tambah Teik Hua, laluan bagi perkhidmatan bas percuma GO-KL perlu ditambah bagi memperluaskan jaringan akses kepada orang ramai ke tempat yang dituju.

Read more >>>
Add a comment...

Post has attachment
University promotes agricultural expertise to local farmers - Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus (UPMKB) held a mini agrofest at its Taman Pertanian Universiti (TPU) over the weekend to promote the university facilities, expertise and short-term courses particularly in agriculture and livestock farming to the local community.

The permanent secretary to the Ministry of Modernisation of Agricultural, Native Land and Regional Development (Manred) Datu Ik Pahon Joyik who officiated at the event congratulated the campus for initiating the programme which he said could act as a catalyst for the food industry.

Ik Pahon said the agriculture sector was very important to the nation’s food security.

“There is no meaning in producing many doctors, engineers, accountants if the country and the state has insufficient rice, meat, fruits and vegetables for local consumption,” he said.

Read more >>>
Add a comment...

Post has attachment
Helmets prevent head injuries among m-cyclists - LAST year, 533,875 road accidents were recorded, with 6,740 fatalities.

From the total number of road fatalities, 64.5 per cent involved motorcyclists. On average, the country loses 1,000 children every year to road accidents.

In 2016, statistics showed that head injuries were the main cause of death among motorcyclists at 56.4 per cent, followed by multiple injuries (29.6 per cent), which may include head injuries.

Thus fatalities among motorcyclists due to head injuries range from 56.4 to 86 per cent.

We need to do more to prevent head injuries among motorcyclists and the only safety tool we have is a helmet.

A helmet can reduce risks of injuries by 72 per cent and the probability of death by 39 per cent.

We need ensure that every motorcyclist (rider or pillion rider) wears a helmet.

We must also ensure they wear helmets certified by the Malaysian Standards MS1:1996 or MS1:2011.

These helmets carry the Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (Sirim) label.

The government had introduced regulations on motorcycle helmets in 1973, yet 40 years on, we are recording high numbers of head injuries among motorcyclists.

Despite having a law and upgrading of helmets, it was found that the use of the right product was low.

Read more >>>
Add a comment...

Post has attachment
3 new firms registered from incubation programme - Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus’ (UPMKB) Agri-Entrepreneur Incubation Programme has seen three new companies registered.

The programme involving 11 participants, which was carried out for five months, provided the graduates with direct exposure to the world of entrepreneurship.

This is in line with the nation’s aspiration to produce graduates who excel not only academically but who are also capable, disciplined, creative, innovative, and entrepreneurial.

The programme started on July 2 and officially ended on Tuesday (Nov 27) with two modules covered — cultivation of rock melons using the fertigation system and hybrid indigenous chicken breeding.

UPM Centre of Entrepreneurial Development and Graduate Marketability (CEM) director Dr Mass Hareeza Ali closed the programme on behalf of UPM vice-chancellor Prof Datuk Dr Aini Ideris.

“This Agri-Entrepreneur Incubation Programme has been specifically designed to produce graduates who are active in agriculture entrepreneurship,” she said, adding the programme was first introduced in 2012 by UPM and the Ministry of Higher Education.

Read more >>>
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded