Profile cover photo
Profile photo
Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK
58 followers -
PMBK sebagai Syarikat Pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan (GLIC)
PMBK sebagai Syarikat Pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan (GLIC)

58 followers
About
Posts

Post is pinned.Post has attachment
Anda seorang usahawan?
Anda tiada premis perniagaan?
Anda ingin memulakan perniagaan?
Anda ingin mengembangkan perniagaan?

Program "JOM NIAGA 2017"

# PERCUMA sewaan lot kedai sehingga Disember 2017.
# Tingkat 3, Bazar Tok Guru.
# Jumlah Lot kedai TERHAD.
# Kelolaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
# Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berminat?

Sila hubungi;
Pn Izziani (019-9322295)
Pn Julia (013-9016532)

FB page / Bazar Tok Guru
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Jom berbual bicara bersama mereka...
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Jom sertai...
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Salam takziah dan al-Fatihah dari kami, warga kerja PMBK dan Kumpulan
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sudahkah anda menyemak harga emas anda pada hari ini?

Adakah anda tahu bagaimana untuk membuat semakan harga semasa emas anda? Kalau anda sudah tahu, 'Bagus' dan jangan lupa untuk menyemak harga emas anda pada setiap hari. Bagi yang belum tahu bagaimana caranya, sila teruskan membaca post ini!!

Kini Kelantan Gold Trade menyediakan aplikasi mudah untuk pelanggan membuat semakan semasa bagi emas dan perak iaitu Dinar, Wafer, dan Dirham.

Bagaimana caranya untuk dapatkan aplikasi ini? Anda hanya perlu ikuti langkah mudah ini,,

(1) Sila tekan link ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.buduroid.kgt untuk dapatkan aplikasi semakan harga semasa emas KGT.
(2) Jangan lupa untuk tekan butang 'muat turun/install' pada paparan tersebut.
(3) Tunggu sehingga siap 'muat turun/install' , anda terus boleh buka aplikasi tersebut dan semak harga emas anda.
(4) Setiap kali anda ingin membuat semakan, jangan lupa untuk menekan butang 'refresh' pada paparan dalam aplikasi tersebut.
(5) Untuk semakan harga, harga akan 'di update' sebanyak 2 kali sehari iaitu pada jam 9.30pagi dan 5.00petang.

Anda sudah faham? Ok, jom dapatkan sekarang aplikasi percuma ini hanya di google play store!! 😊😊

Untuk sebarang pertanyaan atau urusan pembelian, hubungi kami di talian 09-7441901 atau whatsapp ke 019-3521901.

#kelantangoldtrade #thelandofdinardirham #matawangsyariah #dinardirham #kalisinflasi #pemulihekonomi #jomsimpanemas #1dinar1bulan #1wafer1bulan #1dirham1bulan
Add a comment...

PELUANG KERJAYA DI KBC

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan industri Bioteknologi di Kelantan .

Sehubungan dengan itu, permohonan adalah di pelawa bagi mereka yang layak untuk bersama kami meneruskan agenda pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan .

1) Jawatan : Pegawai Pemasaran
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Diploma
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan produk kosmetik.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti pengilangan
• Berupaya merancang dan menyiapkan kerja mengikut arahan.
• Boleh bekerja secara berpasukan, berdikari, kreatif, sistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi
• Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
• Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan sanggup bekerja lebih masa di luar waktu pejabat
• Bersifat siddiq dan amanah

2) Jawatan : Eksekutif Pemasaran
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Ijazah
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Kelulusan Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

3) Jawatan : Penolong Eksekutif Pemasaran
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Ijazah
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang berkaitan bagi kelulusan diploma.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat..
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

4) Jawatan : Pegawai Mikrobiologi
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Diploma dalam bidang bidang berkaitan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Mempunyai pengetahuan dalam teknologi mikrobiologi.
• Mempunyai kemahiran pembentangan dan kemahiran berkomunakasi yang baik dan menarik.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari , kreatif , bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.
• Pengalaman dalam khidmat nasihat , pemasaran dan promosi dalam produk teknologi mikrob adalah satu kelebihan.

5) Jawatan : Eksekutif Kanan Pemasaran
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Ijazah
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Kelulusan Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

6) Jawatan : Penolong Eksekutif Pengembangan Industri
Kekosongan : L = 1
Kelayakan : Ijazah
Gaji : Mengikut skim perkhidmatan
Keterangan :
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang bioteknologi dan pertanian bagi kelulusan Diploma.
• Berupaya merancang dan melaksana pelan pembangunan perniagaan dan projek.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari , kreatif, bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Pengalaman dalam merancang dan menguruskan projek dan pengurusan acara

7) Jawatan : Pegawai Operasi (FOOD)
Kekosongan : L/P = 1
Kelayakan : Diploma
Gaji : Boleh dirunding
Keterangan :
• Membantu menjalankan kajian dan penyelidikan produk-produk berasaskan bioteknologi pemakanan.
• Membantu mengawal selia makmal bioteknologi pemakanan agar sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi.
• Mempunyai kemahiran pembentangan dan kemahiran berkomunikasi yang baik dan menarik.
• Boleh bekerja berpasukan , berdikari , kreatif, bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.

.
Permohonan boleh dihantar melalui hrd@kelantanbiotech.com.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Muharram 1439H bersamaan 14 Oktober 2017.

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit HR (Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd) untuk maklumat lanjut.
Add a comment...

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJAARI SERVICES SDN BHD (MSSB)

Majaari Services Sdn Bhd (MSSB) beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan merupakan anak
syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mempelawa calon-calon yang berminat,
berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk memohon jawatan tersebut di bawah
dengan mengemukakan resume peribadi menyatakan kelayakan, pengalaman, butir-butir
peribadi yang lengkap, gaji semasa dan gaji diminta serta nombor untuk dihubungi dengan
gambar berukuran passport (tidak dikembalikan). Kami mempunyai kekosongan jawatan :-

PEMBANTU OPERASI (1 kekosongan)
(Status Perjawatan : TETAP)

Bertanggungjawab kepada :- Eksekutif Kanan Operasi

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:-

a) Mempunyai Lesen memandu GDL dan E.
b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
c) Mahir dan berpengalaman dalam pengendalian lori 10 tan.
d) Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum.
e) Mempunyai sijil kemahiran daripada institusi kemahiran yang
diiktiraf seperti ILP dan IKM adalah satu keutamaan.
f) Berpengalaman didalam bidang yang berkaitan dengan sistem
pembetungan adalah satu keutamaan
g) Berkemahiran dalam pembaikian jentera berat seperti lori adalah
satu kelebihan
h) Boleh bekerja lebih masa
i) Boleh berinteraksi dengan pelanggan dengan baik
j) Penampilan yang kemas.

Permohonan boleh dihantar ke alamat atau email seperti berikut :-

Majaari Services Sdn Bhd
Lot 188A, Seksyen 21, Jalan Tengku Ismail,
Off Jalan Telipot, 15200
Kota Bharu, Kelantan

Atau email ke :- sumbermanusia@majaari.com.my

Tarikh tutup permohonan : 12 Oktober 2017
Add a comment...

Post has attachment
YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sempat bersarapan di kedai roti canai bersebelahan Pasar Besar Jeli.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
PELUANG KERJAYA DI PMBK

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (S2)
STATUS PERJAWATAN: TETAP

Bertanggungjawab kepada: Eksekutif Komunikasi Korporat PMBK/ Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan PMBK

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN
Lelaki dan perempuan.
Memiliki kelulusan Minimum Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat dan yang berkaitan.
Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang komputer, teknologi maklumat dan kerja-kerja berkaitan.

SKOP TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Menguruskan aktiviti-aktiviti pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan sumber ICT.
Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima.
Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin.
Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan dalam perolehan sumber ICT dan peningkatan keupayaan infrastruktur serta aplikasi di PMBK.
Menguruskan perolehan dan mengawal selia alat ganti ICT.
Membantu pihak pengurusan dalam menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan sumber ICT.
Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT.
Mengurus dan merancang perlaksanaan ‘back-up’ dan ‘recovering’ bagi sistem dan data.
Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

DISKRIPSI TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bantuan Teknikal
-Menyemak rekod laporan bulanan bagi perkhidmatan bantuan teknikal / penyelenggaraan ICT
-Memantau kerja-kerja penyelenggaraan ICT
-Menyediakan spesifikasi perolehan perkakasan komputer/server dan perisian

Pentadbiran Server,Firewall, Sistem dan Database
-Pemasangan dan konfigurasi firewall – pfSense, Watchguard
-Pemasangan server dan sistem operasi / aplikasi
-Menyelenggara dan menyelaras sistem dan server / aplikasi / firewall serta memantau pengurusan pentadbiran server dan sistem / aplikasi
-Membantu merancang pembangunan sistem yang telah dikenalpasti
-Memastikan server dan sistem berjalan dengan baik dan lancar
-Merangka dan mentadbir sistem database

Keselamatan ICT
-Menyedia dan memantau khidmat sokongan teknikal oleh pengguna antivirus
-Menjalankan dan memantau kerja-kerja pengurusan insiden
-Memastikan dan memantau alat kawalan pencerobohan sistem dan Internet (seperti firewall dan gateway) berada di dalam keadaan baik

Pembangunan & Pentadbiran Laman Web
-Membangun dan Menyelaras pembangunan laman web (in-house atau bantuan pihak ketiga)
-Mengurus, mengendalikan dan memantau kerja pengemaskinian laman web PMBK
-Mengendalikan dan menyelaraskan pendaftaran domain dan hosting
-Menguruskan perkhidmatan email PMBK dan anak syarikat
-Mengemaskini laman web PMBK.

Pentadbiran ICT
-Mengeluarkan spesifikasi untuk pembangunan perisian, perolehan aset / perkakasan ICT
-Menyediakan sebutharga dan invois yang berkaitan kepada pelanggan
-Menyediakan kertas cadangan penyelesaian ICT (ICT solutions)

Permohonan boleh dihantar melalui jobs@pmbk.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Muharam 1439H bersamaan 05 Oktober 2017. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Modal Insan PMBK untuk maklumat lanjut.
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Photo
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded