Profile cover photo
Profile photo
Marzuq Ayam Kampung
63 followers -
Enak, Berkualiti & Halal
Enak, Berkualiti & Halal

63 followers
About
Posts

Post has attachment
Kami telah menganjurkan lawatan teknikal ke Pusat Sembelihan Halal PPNJ Poultry & Processing Sdn. Bhd. yang terletak di Machap Johor. Ini bertujuan memberikan pendedahan kepda penternak mengenai pemprosesan ayam secara komersial dan halal. Selain itu, PPNJ juga memperolehi sijil HACCP, VHM, MESTI dan 1Best Malaysia. Lawatan ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta, kebanyakannya dari johor. Turut serta adalah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Dr. Aida Muhid dan Pengurus Besar PPNJ. Hj Zulkarnain. Terima kasih kepada DVS Daerah Ledang atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.

Layari : http://marzuqbayu.com/ayam-kampung

#ayamkampung #DVS #PPNJ #pusatsembelihanhalal
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
5/31/18
10 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Alhamdulillah, kedai Ayam Kampung Marzuq di Puncak Jalil kini berwajah baru dan lebih ceria. Kini kami menjual ayam kampung frozen free-range. Kami juga masih menjual peralatan penternakan, dedak warisan (makanan khas ayam kampung), ubatan dan lain-lain. Setakat ini sambutan amatlah baik dari penduduk setempat. Harga jualan ayam kampung free-rance ialah Rm16/kg dimana berat ayam adalah antara 1.2-1.5kg. Harga special juga disediakan untuk restaurant and pengedar yang berminat.

Kedai kami buka setiap Isnin-Jumaat dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang. Penghantaran juga disediakan untuk kawasan sekitar.

Layari : http://marzuqbayu.com/ayam-kampung

Alamat Kedai :

Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
43-1, Jln PUJ 3/3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor, MALAYSIA
info@marzuqbayu.com
Phone: 03 89401722 & 016-602 4292
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
5/31/18
5 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
AYAM KAMPUNG FROZEN DIJUAL DISINI !!

kini anda boleh dapatkan bekalan ayam kampung frozen di ofis Marzuq Bayu di Seri kembangan. Harga RM16.00 per kg.

Untuk menempah atau beli boleh hubungi En Syafee www.wasap.my/60166024292

Layari http://marzuqbayu.com/ayam-kampung

#ayamkampung #ayamkampungfrozen #makananayam #dagingayam #dagingayamkampung #ayamkampungkacuk #ayamkampungasli #bekalanayamkampung
Photo
Add a comment...

Post has attachment
Anda berminat untuk menternak ayam kampung kacuk secara komersial? Tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan berminat untuk mempelajarinya secara PERCUMA? Kursus Asas Ayam Kampung anjuran Marzuq Bayu dan PUSAKA sesuai anda hadiri. Jika anda telahpun menternak, digalakkan juga hadir, untuk menambahkan ilmu dan berkongsi pengalaman :

Pengenalan dan potensi penternakan #ayamkampung

Sistem Reban Ayam Kampung yang efektif

Penjagaan Anak Ayam

Pengurusan Pemakanan

Pengenalan penyakit ayam kampung yang sering terjadi.

Tujuan kami menyediakan kursus ayam kampung secara percuma setiap bulan adalah untuk menyemarakkan industri ayam kampung, dan memberi kesedaran serta membuka mata mengenai kepentingan ilmu yang bersesuaian bagi memulakan penternakan ayam kampung dengan meminimumkan kerugian. Insyaallah, kami ingin membantu dan berkongsi ilmu dengan sistem penternakan yang betul kepada bakal penternak ayam kampung.

Selain itu, kami ingin memperkenalkan Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) bagi mewujudkan rantaian perniagaan dan bekerjasama dalam bidang ini.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
marzuqbayu.com
Add a comment...

Post has attachment
#kursusayam kampung asas percuma. http://marzuqbayu.com/kursus-ayam-kampung
Anjuran pusaka & marzuq secara percuma
PhotoPhotoPhotoPhoto
5/12/18
4 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Masih mood PRU 14 ke? Esok May 12 2018, Jgn lupa Kursus percuma di Marzuq Office. Anda berminat untuk menternak ayam kampung kacuk secara komersial? Tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan berminat untuk mempelajarinya secara PERCUMA? CLICK SINI ! Kursus Asas Ayam Kampung anjuran Marzuq Bayu dan PUSAKA sesuai anda hadiri. Jika anda telahpun menternak, digalakkan juga hadir, untuk menambahkan ilmu dan berkongsi pengalaman :

Pengenalan dan potensi penternakan ayam kampung

Sistem Reban Ayam Kampung yang efektif

Penjagaan Anak Ayam

Pengurusan Pemakanan

Pengenalan penyakit ayam kampung yang sering terjadi.

Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
marzuqbayu.com
Add a comment...

Post has attachment
📢📢Program Lawatan dan Perkongsian Teknikal Ayam Kampung JDT 📢📢

Tarikh : 8th May 2018
Masa: 10.00am - 4ptg
Yuran : RM30 (Lunch Ayam Kampung disediakan) Percuma Agensi kerajaan/Bank.
Anjuran Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) & DVS Daerah Ledang.

1. Lawatan Pusat Pemprosesan Ayam PPNJ dan perkongsian info sembelihan Halal dan pensijilan HACCP & VHM.
Masa : 10.00pagi - 12.30tghari
Lokasi : PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd., Machap. Johor.

2. Lawatan ladang ayam kampung secara free range dan perkongsian pengalaman, SJ Poultry Farm, Senggarang Batu Pahat. (30min dari PPNJ). Kapasiti reban 9k.
Masa 1pm - 4pm. (Lunch disediakan disini)

Pendaftaran hubungi Najib Habeb Marzuq Bayu Sdn. Bhd. http://www.wassap.my/60175434940
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
marzuqbayu.com
Add a comment...

Post has attachment
Semua ayam termasuk ayam kampung di muka bumi ini berasal dari 4 jenis ayam hutan yang telah dikacukkan. Ayam kampung tempatan di Malaysia adalah hasil kacukanayam hutan merah Malaysia(Gallus gallus) dengan baka ayam tulen luar Negara seperti Barred Plymouth Rock, New Hampshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish, Canton, dsbnya.

Baka ayam tulen dari pelbagai Negara diimport seawal tahun 50'an sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat memelihara ayam sebagai sumber protein yang murah.

Pembakaan tidak terkawal serta pengurusan penternakan yang kurang baik telah menghilangkan ketulenan baka asal. Pengurusan pemakanan dan pembiakan yang kurang bermutu telah menghasilkan generasi ayam yang kecil dan pengeluaran telur yang sedikit dan bersaiz kecil.

Pengaruh kacukan ayam hutan telah mengecilkan saiz dan mempelbagaikan corak dan warna ayam kampung tempatan. Perbezaan ketara adaiah dari saiz badan dan telah menjadikan ayam kampung tempatan mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri.

Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, Ayam Katik dan berbagai-bagai gelaran mengikut tempat dan loghat.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
marzuqbayu.com
Add a comment...

Post has attachment
Booth Marzuq Bayu sekali lagi dilawat oleh YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin selaku Ketua Pengarah Veterinar. Kehadiran beliau ke booth adalah untuk melihat dan memberi semangat kepada para usahawan supaya terus maju dalam industri penternakan. Team Marzuq Bayu mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit info tentang produk keluaran marzuq yang terbaru iaitu Dedak Warisan Premium dan Dedak Warisan Starter. Beliau mengatakan ianya adalah satu usaha yang bagus untuk membangunkan industri ayam kampung supaya lebih berkembang dan boleh tembusi pasaran global.

Layari : http://marzuqbayu.com

#ayamkampung #livestockasia2018 #makananayam #dedakayam #dedakayamkampung #DVS
PhotoPhotoPhotoPhoto
4/30/18
4 Photos - View album
Add a comment...

Post has attachment
Pada hari-3 ekspo Livestock Asia 2018, Pihak Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) dan Jabatan Veterinar Seksyen Unggas telah menganjurkan satu seminar iaitu "Seminar Transformasi Ayam Kampung". Seminar ini bertujuan untuk memberi ilmu dan hala tuju akan industri ayam kampung kepada bakal penternak dan juga penternak yang sedia ada. Layari http://marzuqbayu.com/kursus-ayam-kampung

Antara topik-topik yang dibincangkan adalah :

• Penternakan Ayam Kampung - Prospek dan Dimensi Baharu, Dr. Mohd Hishamfariz b. Mohd Amin Seksyen Unggas, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

• Pasaran & Modal Projek - Dimanakan kucari ? Sesi Dialog oleh Unit Agropreneurmuda, Agrobank & SME Corp.

• Perasmian Seminar Transformasi Ayam Kampung oleh Ketua Pengarah Veterinar YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin.

• Tembusi pasaran “Ayam Kampung Premium” oleh Ahmad Najib Habeb, Marzuq Bayu Sdn. Bhd.

• Pemprosesan & Pemasaran Ayam Kampung Komersial oleh En. Yani Hardinata Hairuddin, Ladangku Maju Sdn. Bhd.

• Mengatasi halangan penyakit dan teknik vaksinasi yang berkesan oleh Dr Nik Mohd Faiz b. Nik Mohd Azmi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia & Dr. Abdul Muhaimin b. Abdul Wahab Malaysian Vaccines And Pharmaceuticals Sdn Bhd.

#ayamkampung #dedakayam #makananayam #seminarayamkampung #kursusayamkampung #DVS #livestockasia2018
PhotoPhotoPhotoPhotoPhoto
4/30/18
9 Photos - View album
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded