Profile cover photo
Profile photo
Joshua Ong
Woot! I'm officially on Google+ today on July 7 on our wedding anniversary!
Woot! I'm officially on Google+ today on July 7 on our wedding anniversary!
About
Joshua's posts

Post is pinned.Post has shared content
Himpunan rakyat bersatu atau himpunan maruah Melayu?  – Zasyaf Ishak
Published: 2 September 2015 3:36 PM

Di ruang maya ini, sudah banyak analisa dilakukan terhadap himpunan Bersih 4.0 yang baru lalu. Macam-macam ulasan. Analisa yang dirasakan paling afdal dan kononnya sahih, adalah ia sudah menjadi rali kaum Cina untuk menidakkan pentadbiran kerajaan (Melayu).

Pada pandangan mata kasar, analisa itu mungkin benar. Tetapi masih lagi tidak mampu meletakkan angka/peratusan sebenar penglibatan orang Melayu.

Apakah komposisi Melayu hanya setakat 20%, 25% atau berapa? Jika itu peratusannya, nyata perhimpunan Bersih tidak mencapai takat pencapaian ekonomi Bumiputera pun – iaitu 30%.

Apakah petanda ini bagus kepada politik Cina? Atau ini petanda kembalinya Melayu bersolidariti dengan kerajaan yang lalai dan tidak kompeten?

Mengapa Melayu tak turun?

Apakah dengan angka kurang 20% itu, maka kerajaan bolehlah menggembar-gemburkan berita jadian yang sokongan 80 % Melayu sudah solid dan utuh bersama kerajaan sedia ada.

Jika berlaku pilihan raya, daripada 10 orang Melayu, hanya 2 yang tidak menyokong, sementara 8 lagi akan memberikan taat setia kepada kerajaan?

Melayu tidak turun itu tidak boleh disabitkan yang mereka menyokong kerajaan. Ada Melayu yang takat menyampahnya sudah ke tahap tidak boleh melihat muka.

Malah jika ada iklan dahi berkerut selepas sembang kosong dengan rakan-rakan, 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!' itu pun sudah mendatangkan mual yang tidak keruan.

Melayu pun tahu rasa benci. Melayu pun bosan dan kecewa dengan fiil pemerintah yang bermuka toya. Melayu pun sakit hati dengan budaya berbelanja boros, sedang rakyat masih bertatih mengurus ekonomi rumah tangga.

Melayu tidak turun, tidak bermaksud kerana Melayu sudah reda dan menganggap kepimpinan palsu, lemah, “membangsatkan” lagi toya, sebagai ujian Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah al Ankabut, ayat 2 yang bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji dengan (sesuatu cubaan)?"

Apakah ini ujian Allah kepada bangsa Melayu dan umat Islam. Setelah 58 tahun merdeka, nah, 6 tahun ini dapatlah kalian kepimpinan yang longgar iman dan cemerkap pengurusan. Mungkin juga!

Jadi, tak perlulah agaknya bangga diri dengan mengatakan Melayu masih bersamamu sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Himpunan maruah Melayu?

Maka itu, timbullah idea yang umat Melayu mesti mengembalikan maruahnya yang tercalar kerana Cina sudah membuktikan mereka bisa berteriak di jalanan. Himpunan kuning mesti dilawan. Mahu dilawan dengan apa?

Pantas, kita kaitkan sahaja ini sebagai himpunan menjaga maruah yang kononnya tercalar.

Sahabat Melayuku,

Sebenarnya maruahmu sudah lama tercalar. Calar dan robek, kerana jiwa perjuanganmu sudah diisi dengan tebal poket dan ketoyaanmu menerima kepimpinan yang lemah dan tidak kompeten.

Kita yang merelakan “maruah” kita tercalar apabila kita beria-ia mengangkat kepimpinan yang merintih dermawan Arab untuk memenangi pilihan raya.

Kita yang merelakan “maruah” kita dinodai kerana memaafkan negeri ini dikembalikan kepada sistem “residen” yang menjaga usaha komunikasi kerajaan.

Kita yang bertepuk sakan apabila kaya sekejap dengan BR1M dan pemberian yang menjadi pengubat kemarahan.

Bagi mengelakkan kita kekal tolol, maka adalah sahabat Melayu kita yang bijak, mahu memposisikan diri di hadapan, atas nama kononnya menjaga maruah Melayu.

Fakta sebenar, mungkin sahaja mereka yang membenarkan kita dinodai selama ini.

Terpulang, jika kamu merasakan dengan turun memakai baju merah di Bukit Bintang dan Petaling Street itu mengembalikan maruah dan martabat, maka teruskanlah.

Jika kamu merasakan mengalir darah anak Cina di Low Yatt itu membawa kebahagiaan sebagai kaum Melayu; nak aku apakan.

Namun harus aku ingatkan, kepada Melayu yang berbinkan “permainan sukan”, mahupun lelaki separa Melayu yang berbinkan “restoran sendiri” – kalian adalah perlambangan level IQ dan EQ Melayu mutakhir ini.

Jangan basahkan lidah kalian dengan kata perjuangan Melayu, kerana semuanya dilakukan atas nama dan kepentingan diri sendiri.

Siapapun di belakang kalian, mereka juga tidak punya kematangan pemikiran. Mereka terdesak, untuk mengaitkan perjuangan Melayu bagi menjaga punggung sendiri.

Sudah-sudahlah dibodohkan Melayu dengan acara tolol yang berjemaah ini. Kami hanya ingin hidup tenang dan harmoni. Kami hanya ingin mencari rezeki yang sedikit di bumi bertuah ini.

Kami sedikitpun tidak rasa terhina dengan himpunan baju kuning. Malah, kami merasakan mereka jauh lebih berani daripada kami yang hanya jadi pemerhati.

Benar, kami juga tidak setuju dengan perbuatan memijak wajah pemimpin. Bab itu, kita bersama.

Namun itu tidak bermakna kita perlu berarak dan membuat onar yang sama.

Kalau himpunan maruah ini bertujuan menjulang nama peribadi dan parti, percayalah ia akan hanya menambah hanyir, busuk dan bacin kepimpinan yang ada.

Sudah-sudahlah. Apa kalian tidak takut dosa memperbodohkan bangsa sendiri? Kalaupun jahil dan bodoh, tak bolehkah ambil pendekatan nafsi-nafsi.

Jika himpunan menjaga maruah inilah respons paling bijak yang mampu kita fikirkan, ia suatu hakikat yang amat menyedihkan. Kurang benar agaknya kaum kita ini menggunakan akal dan otak, atau sel sudah banyak rosak kerana terlalu kerap menelan Catuaba dan Viagra.

Mungkin sudah perlu kita jadikan minyak lintah sebagai gel rambut. Supaya kaum Melayu kita jadi senonoh dan lebih bijak. – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/himpunan-rakyat-bersatu-atau-himpunan-maruah-melayu-zasyaf-ishak#sthash.16NOZPKt.dpuf
#Malaysia
Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
#Malaysia
The engine oil that moves your car.
Animated Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
Photo

Post has attachment
#Malaysia
Early lunch.
Photo

Post has attachment
Photo
Wait while more posts are being loaded