Profile cover photo
Profile photo
Hasbullah Bin Pit
368 followers
368 followers
About
Communities and Collections
View all
Posts

Post has attachment
Kontroversi pekerja Bangladesh: Mesyuarat kabinet berfungsi ke tidak?


Kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang berakhir dengan pembekuan pengambilan warga asing serta-merta oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat memalukan kerana ia mendedahkan betapa lemahnya kepimpinan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Penerangan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot yang menjelaskan bahawa jumlah 1.5 juta yang dinyatakan oleh TPM adalah pekerja yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka lagi mengejutkan. Ia cukup berbeza dengan apa yang dinyatakan TPM sebelum ini di mana kerajaan akan membawa masuk sejumlah 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.



Lebih mengejutkan graduan Oxford dari Umno juga merasakan apa yang diutarakan TPM sebelum ini itu munasabah.


Kenyataan TPM hari ini datang sehari selepas Najib memberitahu wartawan di Amerika Syarikat bahawa beliau akan berbincang dengan timbalan beliau mengenai kemasukan 1.5 juta Bangladesh.


Ini menimbulkan persoalan – apakah menteri-menteri ini menghadiri mesyuarat kabinet? Apakah perkara sebesar ini dibincang di dalam kabinet? Jika tidak, apa yang dibincang di dalam kabinet sebenarnya dalam setiap kali mesyuaratnya? Apakah yang cuma dibincang ialah strategi mempertahankan kedudukan Najib sebagai PM?


Apa yang berlaku dalam kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, saya percaya, adalah hasil daripada tindakan mempertahankan PM dalam episod 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion sehingga ia menjadi satu budaya dalam Umno-BN.


Apa yang disebut oleh pihak atasan diterima bulat-bulat tanpa soal ibarat lembu dicucuk hidung. Apabila pihak atas membuat kesilapan yang terang-terang, tiada siapa yang berani memperbetulkannya sehinggalah nasi menjadi bubur seperti apa yang dilakukan oleh Richard Riot hari ini.


Lebih besar lagi, kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, menonjolkan bahawa PM tiada masa menguruskan negara kerana disibukkan mempertahankan diri. Ahli-ahli kabinet pula turut serta dalam kerja mempertahankan bos sehingga alpa dengan kerja sendiri.


Apa yang rakyat boleh harap lagi daripada kabinet yang gemuk tapi kurang berfungsi ini?


Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden PAS

19 Februari 2015

Post has attachment

Post has attachment
Mencari rasa bangga rakyat yang hilang

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa ingin merasa bangga terhadap negara dan juga institusi-institusi berkuasa dan kewangan negara.

Mereka dahagakan pujian-pujian terhadap Malaysia. Mereka ingin dengan bangganya menyebut ‘Kita orang Malaysia’ tanpa orang lain mengungkit dan bertanya soalan-soalan mengenai skandal berskala antarabangsa yang memalukan.

Mereka juga ingin merasa bangga dan syukurnya Malaysia dipuji kerana negara ini ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, dilihat bersih, sanggup bertanggungjawab, sedia mengaku salah dan memberikan keyakinan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan sistem keadilan negara, mereka ingin merasa bangga apabila Malaysia dipuji kerana adanya seorang Peguam Negara yang boleh bertindak secara berdikari, adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat.

Namun, hari ini, majoriti rakyat Malaysia berasa malu dengan apa yang sedang melanda negara kita.

Sebabnya mudah, nama Malaysia kini terpalit dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang tidak dapat terpisah dengan skandal kewangan yang melanda 1MDB dan juga ‘cerita sebenar’ derma RM2.6 bilion yang muncul di dalam akaun peribadinya. Lebih menyayatkan hati, kini nama Peguam Negara juga diheret bersama sejurus beliau mengumumkan tiada tindakan susulan terhadap PM selepas menerima laporan siasatan SPRM terhadap derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Hari ini, nama Malaysia kini sering disebut bersama 1MDB dan RM2.6 bilion di mana-mana pelusuk dunia. Perkara ini memberatkan hati rakyat kerana ia telah menjejaskan nama baik negara sepenuhnya. Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa memikulnya – dalam bentuk kejatuhan nilai Ringgit, laporan negatif media-media antarabangsa yang bertubi-tubi dan juga pandangan serong negara lain.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia jangan berputus asa. Rakyat Malaysia perlu terus menjadi pendesak kepada kerajaan dan pembangkang, terutamanya para ahli politik negara untuk melakukan yang terbaik untuk negara.

Rakyat perlu berani menyatakan bantahan dan terus mendesak kepada salahguna kuasapenyelewengan dan penipuan kerajaan. Rakyat perlu bertegas dengan pembangkang pada perkara-perkara yang sama.

Rakyat perlu menghantar mesej bahawa para ahli politik perlu berusaha dan bekerja untuk mendapatkan undi mereka. Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak.

Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama.

Demi masa depan negara tercinta dan misi mencari kembali rasa bangga yang kehilangan, segalanya kini terletak di bahu rakyat - bos sebenar Malaysia tatkala kebanyakan para ahli politik negara terus bercakaran tanpa pertimbangan kesannya terhadap negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 Februari 2015

Post has attachment

Post has attachment
"Adakah `kes kecurian nilai’ ini sehaluan dengan kehendak Shariah? Tambahan pula, jika ini berlaku, siapakah yang akan menanggung dosa `kecurian nilai’ matawang yang dipegang oleh rakyat Malaysia itu?"


http://media.terus.my/2016/01/skim-caruman-tabung-haji-antara-patuh.html




Post has attachment

Post has attachment

Post has attachment
Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan undi ahli parlimen BN

Para pimpinan kerajaan BN tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi yang terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing, terutamanya Amerika Syarikat dan risiko besar terhadap kedaulatan negara dalam keadaan nilai mata wang negara lemah, pendapatan negara menurun kerana kejatuhan harga minyak, pimpinan negara terpalit dengan skandal besar, hutang negara yang semakin membesar dan kos sara hidup yang semakin mencekik leher dengan menandatangani perjanjian TPPA.

Antara perkara yang paling dibimbangi di dalam TPPA ialah kos perubatan yang dijangka melambung yang bakal merompak hak rakyat marhaen untuk menikmati perubatan boleh tampung. Hak rakyat marhaen ini perlu dipelihara dan dipertahan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka. Jangan kerana TPPA menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan.

TPPA memberi kelebihan untuk syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP. Malangnya negara kita tidak akan menikmati perkara ini malah ia membahayakan ekonomi syarikat tempatan.

Umum mengetahui, Malaysia kekurangan syarikat tempatan yang mempunyai produk atau servis yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kekurangan ini berserta dengan nilai Ringgit yang rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat daripada negara lebih maju dari industri yang sama atas faktor modal dan juga kemampuan menggaji pekerja-pekerja tempatan yang pasti lebih terpikat dengan tawaran gaji lebih tinggi oleh syarikat-syarikat dari negara maju yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit. Akhirnya, syarikat-syarikat tempatan terpaksa gulung tikar.

Perjanjian TPPA ini secara langsung akan meletakkan Malaysia di dalam blok Amerika dan sekutunya. Ia bermakna Malaysia akan melepaskan kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang tidak terikat dengan sebarang blok kuasa utama dunia yang sedang bersaing hebat. Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPPA selepas ditandatangani nanti?

Himpunan rakyat membantah TPPA pada 23hb Januari 2016 nanti adalah sebahagian daripada usaha dan kebimbangan rakyat terhadap sikap pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk menyertai perjanjian tersebut. Himpunan ini bakal merupakan satu desakan kepada kerajaan agar mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat terhadap perjanjian TPPA.

Walaupun perbahasan di parlimen merupakan langkah positif bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen membahas dan menyuarakan padanan mereka terhadap TPPA akhir bulan ini, namun PAS merasakan ia mungkin sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar - walhal para ahli parlimen BN telah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA dari pihak atasan.

Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan dan generasi depan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung.

PAS mencadangkan satu referendum rakyat perlu dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat samada menandatangani perjanjian atau sebaliknya. Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS.
15hb Januari 2016

Post has attachment
Aku ada banyak bini

:wq
Photo
Add a comment...
Wait while more posts are being loaded